Cari Nota Dengan Cepat...!

Monday, May 14, 2012


MODEL PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN
PERINGKAT KELAB

FASAL 1.  NAMA
Badan Sukan ini dikenali dengan nama ____________ atau ringkasnya disebut sebagai __________ di dalam Perlembagaan ini.

FASAL 2.  ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
2.1   Alamat Berdaftar
         Alamat berdaftar (termasuk alamat tempat urusan, surat menyurat dan operasi badan sukan) Kelab_______ ialah di _________

2.2  Alamat berdaftar ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk Kelab dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya. Perubahan alamat berdaftar hendaklah  dimaklumkan kepada badan gabungannya di peringkat daerah.

FASAL 3.  DEFINISI
3.1 KELAB bermakna  Kelab  _______
3.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang diadakan oleh Kelab ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam Fasal 14 perlembagaan ini.
3.3 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA bermakna mesyuarat yang diadakan oleh Kelab ini seperti yang disebut dalam Fasal 16 perlembagaan ini.
3.4 JAWATANKUASA INDUK bermakna jawatankuasa tertinggi yang mentadbir perjalanan Kelab dan hendaklah mempunyai kuasa eksekutif dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar Kelab yang disebut dalam Fasal 17 perlembagaan ini.
3.5 JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut Fasal 21.
3.6 PEGAWAI bermakna semua Ahli Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa-Jawatankuasa dan mana-mana orang yang diberikan kuasa untuk menjalankan tugas dan fungsi Kelab.
3.7 PEMEGANG JAWATAN bermakna mana-mana orang yang dipilih atau dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan atau dilantik oleh Presiden atau Jawatankuasa Induk Kelab.
3.8 PEJABAT bermakna alamat berdaftar Kelab seperti yang ditetapkan dalam Fasal 2  Perlembagaan ini.
3.9 AHLI KELAB bermakna ahli yang disebutkan dalam Fasal 6 Perlembagaan ini.
3.10 PESURUHJAYA bermakna Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Seksyen 10 Akta Pembangunan Sukan 1997.

FASAL 4.  OBJEKTIF DAN FUNGSI
4.1 Objektif Kelab antaranya seperti berikut:
(a) untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan_________ di kalangan ahli-ahli;
(b) untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan _______di peringkat kelab;
(c) untuk memilih atlet bagi mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan sukan _______; dan
(d) untuk bergabung dengan badan perwakilan di peringkat daerah.
4.2 Fungsi Kelab antaranya seperti berikut:
(a) bertindak sebagai badan yang mengendali, mempromosi dan mengurus sukan ________di peringkat kelab;
(b) mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan _________ di kalangan ahli-ahli;
(c) mengendali kursus dan latihan di kalangan ahli-ahli;
(d) menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan ________ diperingkat kelab. Bagi penganjuran di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa kelab hendaklah mendapat kelulusan daripada badan pengelola / perwakilan;
(e) menyelesaikan isu-isu dan konflik dalaman yang melibatkan ahli;
(f) mengekalkan hubungan baik dengan badan pengelolanya / perwakilan dan persatuan-persatuan sukan atau agensi yang lain;
(g) memastikan prosedur pemilihan bagi mewakili kelab ke pertandingan-pertandingkan yang disertai adalah terbuka dan adil;
(h) memastikan bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah  berlandaskan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di bawahnya;
(i) memastikan perlembagaan dan peraturan kelab dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli;
(j) memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan sebelumnya disediakan;
(k) memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah kewangan Kelab tidak bercanggah dengan undang-undang negara; dan
(l) memastikan semua keuntungan yang diperolehi oleh Kelab melalui apa-apa perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk meningkatkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Kelab ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji atau perbelanjaan kepada ahli atau pekerja Kelab ini. Kelab juga boleh menubuhkan syarikat perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Kelab.

FASAL 5.   LOGO / LAMBANG
Logo/lambang Kelab ini ialah seperti berikut __________ (terangkan secara ringkas bentuk dan makna logo).

FASAL 6.  KEAHLIAN
Keahlian Kelab ini terbahagi kepada kategori berikut:
6.1   Ahli Individu
        Terdiri daripada Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas.
6.2   Ahli Remaja
       Terdiri daipada Individu-individu yang berumur di bawah lapan belas (18) tahun yang mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga.
6.3   Ahli Kehormat
         Terdiri daripada Individu-individu yang pernah berjasa kepada Kelab  atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada Kelab.

FASAL 7.   YURAN KEAHLIAN

7.1 Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Kelab seperti berikut :
BIL JENIS KEAHLIAN YURAN PENDAFTARAN YURAN TAHUNAN
1 Ahli Individu RM RM
2 Ahli Remaja RM RM
3 Ahli Kehormat RM RM

7.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan
7.3 Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh _______ tahun menyebabkan keahliannya terbatal.
7.4 Mana-mana ahli yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi ahli semula, hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti sebanyak RM______.  Penerimaan keahlian ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.

FASAL 8.  PERMOHONAN MENJADI AHLI
8.1 Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan kepada Setiausaha. Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan.
8.2   Sekiranya permohonan menjadi ahli ditolak, sebab-sebab penolakan hendaklah dikemukakan kepada pemohon secara bertulis.

FASAL 9.   KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI
9.1 Semua ahli mempunyai hak dan kesitimewaan seperti berikut:

(a) berhak untuk menyertai segala kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab ini;
(b) berhak menerima dengan percuma satu salinan perlembagaan Kelab semasa pendaftaran dan diberi sekali sekali sahaja; dan
(c) berhak menggunakan kemudahan dan premis Kelab ini tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.

9.2 Tiap-tiap ahli hendaklah mengakui dan bersetuju untuk mematuhi:

(a) perlembagaan, undang-undang dan peraturan-peraturan termasuk peraturan-peraturan kecil, amalan-amalan terbaik yang diterimapakai oleh badan-badan sukan di peringkat tempatan dan antarabangsa;
(b) segala bidang kuasa Kelab sukan ini; dan
(c) segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan sukan ini.

FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG
10.1  Ahli Individu
Semua ahli individu yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari tahun tersebut berhak untuk mengundi dan diundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

10.2  Ahli Remaja
Semua ahli remaja yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari  tahun tersebut berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi dalam Mesyuarat tersebut.      
10.3  Ahli Kehormat
Ahli Kehormat tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh menghadiri  Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemerhati.

FASAL 11.   PERWAKILAN KE  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
11.1 Setiap ahli berhak untuk hadir ke dalam Mesyuarat Agung  Tahunan.
11.1 Nama-nama ahli hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

FASAL 12.  DISIPLIN AHLI, PEGAWAI DAN PEMEGANG JAWATAN
 Jawatankuasa Tatatertib setelah mendapati mana-mana ahli, pegawai dan pemegang jawatan:
(a) telah melanggar, gagal, enggan, atau tidak mematuhi mana-mana peraturan dan  undang-undang termasuk gagal memenuhi komitmen sebagai ahli sepertimana Fasal 9.2;
(b) bertindak secara tidak wajar atau memudaratkan Kelab dan kepentingannya; dan tidak selari dengan matlamat Kelab dan sukan itu sendiri; dan
(c) membawa keaiban kepada Kelab, ahli Kelab, sukan itu sendiri dan negara.
boleh memulakan prosiding disiplin terhadap ahli, pegawai atau pemegang jawatan tersebut tertakluk kepada kuasa, prosedur disiplin yang ditetapkan oleh Jawatnkuasa Induk.  Ahli, pegawai dan pemegang jawatan yang terlibat, berhak untuk mendapat keadilan semulajadi (natural justice ).

FASAL 13.  PEMBERHENTIAN, PENGGANTUNGAN DAN PEMECATAN AHLI  / PEGAWAI DAN PEMEGANG  JAWATAN
13.1  Mana-mana ahli atau pemegang jawatan yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Jawatankuasa Induk adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli kelab.
 13.2 Penggantungan atau pemecatan ahli atau pemegang jawatan boleh dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib setelah melalui proses keadilan semulajadi.
13.3   Pemberhentian atau pemecatan mana-mana pegawai atau pemegang jawatan yang dilantik oleh Presiden atau Jawatankuasa Induk adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam perlantikannya.
13.4  Setiap ahli atau pemegang jawatan yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan perlembagaan Kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya atau jawatannya bagi tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah. Surat tunjuk sebab hendaklah dikemukakan kepada ahli atau pemegang jawatan tersebut sebelum tindakan pemecatan atau penggantungannya dibuat.
13.5  Penggantungan atau pemecatan itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib.
13.6 Mana-mana ahli, pegawai atau pemegang jawatan yang keahliannya dipecat atau jawatannya digantung boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Induk dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib
13.7 Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa sama ada untuk menerima, menolak atau membuat apa-apa keputusan lain yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib dan keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad.

FASAL 14.    MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
14.1  Mesyuarat  Agung Tahunan ialah mesyuarat yang dihadiri oleh semua ahli Kelab. Ia merupakan kuasa  perundangan  tertinggi untuk membuat keputusan.
14.2 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh_____ (nyatakan tarikh/bulan) tiap-tiap tahun.
14.3  Jika Kelab gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya mengikut tempoh yang ditetapkan dalam fasal 14.2 dan 14.7,  Kelab hendaklah merujuk kepada Pesuruhjaya untuk pelanjutan masa bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan itu.
14.4 Notis Mesyuarat Agung Tahunan
(a) Dua (2) notis Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar secara bertulis sama ada melalui fax, e-mail, surat berdaftar atau serahan tangan.

(b) Notis pertama hendaklah dihantar kepada setiap ahli sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan yang  menyatakan perkara-perkara berikut:

(i) Tarikh
(ii) Hari
(iii) Masa
(iv) Tempat Mesyuarat diadakan

(c) Notis kedua hendaklah dikeluarkan kepada setiap ahli sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari   sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan yang disertakan dengan perkara-perkara berikut;

(i) Agenda
(ii) Laporan aktiviti
(iii) Laporan kewangan
(iv) Borang maklumat perwakilan ke Mesyuarat Agung
(v) Borang pencalonan (jika berkenaan)
(vi) Borang permintaan usul daripada ahli untuk dibawa dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

(d) Borang pencalonan (jika berkenaan) dan borang maklumat perwakilan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
14. 5   Usul
(a) Semua usul yang hendak dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

(b) Jika usul ditolak oleh Jawatankuasa Induk, usul tersebut atau usul baru yang mempunyai maksud yang sama tidak boleh dikemukakan semula. Usul tersebut hanya boleh dikemukakan semula selepas enam (6) bulan dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan itu.
14.6    Korum
(a) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang dari satu perdua (1/2)  daripada bilangan keahlian yang layak mengundi.
(b) Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari masa yang ditetapkan, maka Mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh  tiga puluh (30) hari dari tarikh mesyuarat itu.
(c) Sekiranya korum masih tidak mencukupi pada mesyuarat yang ditunda itu maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat tetapi tidak boleh meminda perlembagaan dan membuat apa-apa keputusan berkaitan dengan kepentingan ahli .
14.7   Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan.
(a) Mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan yang ditangguhkan selain daripada perkara 14.3, Pengerusi boleh dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada ahli mesyuarat yang berhak mengundi, menangguh mesyuarat kepada masa dan tempat yang lain.
(b) Sekiranya mesyuarat Agung Tahunan ditangguhkan dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari, mesyuarat itu boleh disambung tanpa mengeluarkan notis mesyuarat yang baru. Walau bagaimanapun tiada perkara baru boleh dibincangkan selain dari apa yang telah dinyatakan dalam agenda. Ia hanya untuk menyelesaikan agenda mesyuarat terdahulu yang masih belum selesai.
(c) Jika mesyuarat itu ditangguhkan melebihi daripada tiga puluh (30) hari, notis mesyuarat baru hendaklah dikeluarkan sama seperti notis asal menurut fasal 14.4. Walau bagaimanapun tiada perkara baru boleh dibincangkan selain dari apa yang telah dinyatakan dalam agenda. Ia hanya untuk menyelesaikan agenda mesyuarat terdahulu yang masih belum selesai.
14.8   Pengendalian Mesyuarat Agung Tahunan
Apa-apa perkara yang berbangkit semasa Mesyuarat Agung Tahunan berkaitan dengan agenda mesyuarat, prosedur dan tatacara pengendalian mesyuarat hendaklah dirujuk kepada pengerusi Mesyuarat yang keputusannya adalah muktamad.
14.9 Kaedah Mengundi Dan Keputusan
14.9.1 Apa-apa keputusan yang memerlukan pengundian, pengundian hendaklah dibuat  dengan cara:
(a)  mengangkat tangan; atau
(b)  jika diminta oleh:
(i) Presiden dengan persetujuan majoriti ahli mesyuarat;  atau
(ii) satu perdua (1/2)  daripada ahli Mesyuarat yang berhak mengundi.
menggunakan kertas undian tertutup.
14.9.2 Keputusan undian tersebut hendaklah diisytiharkan oleh Presiden sebaik sahaja proses pengiraan selesai dan keputusan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat.
14.10 Penghantaran Dokumen dan Minit Mesyuarat Agung Tahunan
(a) Setiausaha hendaklah menghantar setiap minit Mesyuarat Agung Tahunan yang belum disahkan kepada ahli-ahli dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Mesyuarat itu diadakan.

(b) Setiausaha hendaklah menyerahkan kepada Pesuruhjaya dokumen-dokumen yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan. Dokumen-dokumen tersebut ialah:

(i) Minit Mesyuarat Jawatankuasa yang menetapkan Mesyuarat Agung Tahunan;
(ii) Minit Mesyuarat Agung Tahunan;
(iii) Laporan Aktiviti Tahunan;
(iv) Laporan Kewangan Tahunan;
(v) Senarai Ahli Jawatankuasa terkini; dan
(vi) dokumen-dokumen lain seperti yang diarahkan oleh Pesuruhjaya.

FASAL 15.  AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah  mengandungi perkara-perkara seperti berikut :
(a) menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan sebelumnya;
(b) menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan  Kelab sepanjang tahun sebelumnya;
(c) menerima dan meluluskan laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah  diaudit bagi  tahun sebelumnya;
(d) pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk (jika berkenaan); dan
(e) hal-hal lain yang berkaitan.

FASAL 16.  MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA
16.1   Mesyuarat  Agung Luar Biasa boleh diadakan dalam keadaan berikut:
(a) dengan kehendak  Presiden;
(b) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Induk; atau
(c) atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada separuh (1/2) jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menyatakan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.

16.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta hendaklah diadakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

16.3 Setiausaha hendaklah mengedarkan notis pemberitahuan dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa  kepada semua ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.

16.4 Korum Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah sama dengan korum Mesyuarat Agung Tahunan.  Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat itu maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan pada hari, masa dan tempat  yang sama pada minggu berikut atau pada hari, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Presiden dan jika korum masih tidak mencukupi pada mesyuarat yang ditangguhkan itu selepas setengah jam daripada masa yang ditetapkan maka mesyurat itu terbatal.

16.5 Tiada pemilihan Jawatankuasa Induk boleh diadakan semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa.

FASAL 17.   JAWATANKUASA INDUK
17.1 Jawatankuasa Induk Kelab hendaklah terdiri daripada :
(a) seorang Presiden
(b) seorang  Timbalan Presiden
(c) seorang  Setiausaha
(d) seorang  Bendahari
(e) Tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa
17.2 Jawatankuasa Induk hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan memegang jawatan untuk tempoh selama ______(  ) tahun.
17.3 Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah:
(a)  Warganegara Malaysia
(b)  berumur lapan belas (18) tahun ke atas;
(c)  bukan seorang yang muflis;
(d)  tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan sukan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu;
(e)  tidak disabitkan kesalahan jenayah atau sivil dengan denda tidak kurang daripada RM2,000 dalam tempoh lima (5) tahun  yang lalu; dan
(f)   sempurna akal.    

17.4 Mana-mana pemegang jawatan yang disabitkan dengan suatu kesalahan di Mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah terlucut jawatannya dengan serta-merta.
17.5 Sekiranya terdapat kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa Induk yang disebabkan pemegang jawatannya telah melepaskan jawatan atau telah meninggal dunia, calon yang mendapat undi kedua terbanyak semasa pemilihan Jawatankuasa Induk yang lepas  adalah dengan sendirinya layak untuk memegang jawatan tersebut. Jika tiada calon yang sedemikian atau calon itu menolak tawaran jawatan itu, pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

FASAL 18. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK
18.1 Tugas-tugas Jawatankuasa Induk antaranya adalah seperti berikut:
(a) menubuh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil;
(b) melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil;
(c) menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa;
(d) mengurus dan mentadbir kelab secara teratur;
(e) merancang, melaksana dan menilai program kelab;
(f) mengkaji dan mencadangkan program-program dan perbelanjaan yang berkaitan;
(g) meluluskan atau meminda peraturan-peraturan untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa;
(h) menimbang rayuan ke atas keputusan Jawatankuasa Tatatertib;
(i) memantau dan memastikan semua ahli, pegawai dan pemegang jawatan mematuhi perlembagaannya dan peraturan-peraturan yang ditetapkan Kelab ini;
(j) melantik dan mengisi mana-mana jawatan kosong yang bergaji;
(k) membangun dan merangka pelan strategik pembangunan sukan berkenaan di peringkat kelab;
(l) mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pemegang jawatan yang melanggar perlembagaan dan peraturan Kelab;
(m) menimbang permohonan menjadi ahli Kelab; dan
(n) menyelesaikan apa-apa masalah pelanggaran peraturan, peraturan kecil, dan disiplin di kalangan pegawai, pemegang jawatan dan ahli melalui prosedur-prosedur yang  ditetapkan.

FASAL 19.  TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK
19.1 Presiden
Presiden dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
19.2 Timbalan Presiden
Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran kelab. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan tanggungjawab Presiden selama ketiadaan Presiden.
19.3 Setiausaha
Setiausaha bertanggungjawab dalam segala pengurusan dan pentadbiran kelab mengikut Perlembagaan dan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau Jawatankuasa Induk. Beliau bertanggungjawab mengenai surat-menyurat, menyimpan apa-apa dokumen seperti buku, surat dan kertas kecuali buku kira-kira dan buku kewangan.  Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.
19.4 Bendahari
Bendahari hendaklah membuat kutipan yuran keahlian dan menyimpan buku kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

FASAL 20.  MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK
20.1 Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga (3) bulan.  Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat.  Presiden dengan bersendirian atau satu pertiga (1/3) ahli jawatankuasa secara bersama boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa.
20.2 Korum mesyuarat Jawatankuasa Induk hendaklah tidak kurang daripada satu perdua(1/2) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Induk.

FASAL 21. JAWATANKUASA -JAWATANKUASA KECIL
 21.1  Jawatankuasa Induk boleh menubuhkan jawatankuasa yang dirasakan perlu untuk membantu perjalanan Kelab seperti berikut:
(a) Jawatankuasa Kewangan;
(b) Jawatankuasa Tatatertib; dan
(c) Jawatankuasa-Jawatankuasa lain yang difikirkan perlu.

21.2   Tugas Pengerusi Jawatankuasa Kecil
Pengerusi Jawatankuasa Kecil hendaklah menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Induk.
21.3  Tugas Jawatankuasa Kecil
(a)    Jawatankuasa Kewangan
        Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mencari sumber pendapatan kelab  seperti tajaan, bantuan dari kerajaan, derma atau cara-cara lain yang sah dari segi undang-undang kelab dan undang-undang negara.
(b)   Jawatankuasa Tatatertib
        Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan kes-kes berhubung salah laku ahli termasuk individu dan pemegang jawatan; dan menentukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pihak yang telah dikenakan tindakan.

FASAL 22.  KEWANGAN
22.1 Sumber kewangan Kelab boleh diperoleh  melalui:

(a) yuran tahunan dan penalti kemasukan semula ahli;
(b) derma dan tajaan;
(c) bantuan dari kerajaan atau badan-badan yang dibenarkan;
(d) hasil-hasil perniagaan kelab; dan
(e) sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara.

22.2. Pendapatan Kelab yang diperolehI hendaklah digunakan untuk mencapai objektif seperti yang disebut dalam perlembagaan Fasal 4.1.
22.3  Semua cek atau baucer pembayaran kelab hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Presiden atau Setiausaha.
22.4  Perbelanjaan yang lebih daripada RM___ bagi sesuatu masa tidak boleh dibuat tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk.
22.5    Perbelanjaan kurang daripada RM___bagi sesuatu masa boleh dibuat tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk.
22.6    Perbelanjaan melebihi daripada RM___ bagi sesuatu masa hendaklah mendapat kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa .
22.7    Bendahari  boleh menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM __ dalam sesuatu masa.  Wang yang lebih daripada jumlah itu mesti dimasukkan ke dalam akaun kelab.
22.8 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari  dan diperiksa oleh Juruaudit dalam tempoh tiga puluh (30) hari  setelah tamat tahun kewangan. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.
22.9  Tahun kewangan Kelab ini ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tiap-tiap tahun.

FASAL 23.  JURU AUDIT
23.1 Dua orang yang bukannya pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk boleh dilantik sebagai Juruaudit. Pelantikan hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatan yang dipegang ialah selama tempoh dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.
23.2 Tugas Juruaudit ialah membuat pemeriksaan terhadap penyata kewangan kelab  dan membuat laporan dan pengesahan ke atas penyata kewangan tersebut.
23.3 Mesyuarat Agung Tahunan boleh juga melantik Firma Audit yang bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja auditan Kelab.

FASAL 24. DISKRIMINASI, EKSPLOITASI DAN GANGGUAN SEKSUAL.
24.1 Kelab dan ahli kelab ini termasuk individu, pegawai, pemegang jawatan, jurulatih serta atlet bertanggungjawab menjamin keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira gender, agama dan bangsa.
24.2  Kelab hendaklah memastikan tiada ekploitasi, gangguan fizikal, emosi dan seksual dilakukan terhadap mana-mana orang dalam Kelab.

FASAL 25.  KESELAMATAN, INSURAN DAN PERUBATAN
 25.1 Kelab bertanggungjawab terhadap keselamatan ahli atau atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan atau pertandingan sama ada di dalam atau luar negara.
25.2 Ahli Kelab atau atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan,  pertandingan sama ada di dalam atau di luar negara hendaklah dilindungi oleh insuran yang dibiayai dan diuruskan oleh Kelab.
25.3  Kelab bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan perubatan kepada ahli  atau atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan atau pertandingan sama ada di dalam atau luar negara.

FASAL 26. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
Di antara Mesyuarat Agung Tahunan, Jawatankuasa Induk boleh memberi tafsiran terhadap perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini selagi tafsiran tersebut tidak bercanggah dengan dasar dan objektif kelab.

FASAL 27.  PERTIKAIAN DALAMAN
Jawatankuasa Induk dengan kerjasama Jawatankuasa Tatatertib bertangungjawab untuk mewujudkan satu mekanisme bagi menangani apa-apa pertikaian yang timbul di kalangan ahli-ahlinya  mengikut prosedur dalaman yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan Kelab itu. Jika pertikaian gagal diselesaikan, Kelab tersebut hendaklah merujuk kepada persatuan sukan itu di peringkat daerah untuk penyelesaian.

FASAL 28.  PENAUNG ATAU PENASIHAT
Jawatankuasa Induk Kelab boleh juga melantik individu-individu tertentu untuk menjadi penaung atau penasihat bagi kelab ini, sekiranya perlu. Penaung atau Penasihat tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran kelab dan juga tidak boleh mengundi dan diundi.

FASAL 29. PINDAAN PERLEMBAGAAN
29.1 Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan dua pertiga (2/3) daripada ahli yang layak mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa.

29.2 Apa-apa pindaan kepada perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pesuruhjaya dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh ia diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa. Pindaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis daripada Pesuruhjaya.

29.3 Pesuruhjaya boleh mengarahkan kelab untuk meminda perlembagaan bila ada keperluan untuk berbuat demikian.

FASAL 30.  LARANGAN
30.1 Segala bentuk perjudian dan aktiviti-aktiviti yang bertentangan  dengan undang-undang Malaysia dilarang dilakukan dalam mana-mana premis kelab.

30.2 Kelab tidak boleh terlibat, bergabung atau mengadakan hubungan dengan apa-apa jua kegiatan politik atau mana-mana parti politik dan menggunakan nama kelab dalam apa jua isu-isu politik.

FASAL 31.  PEMBUBARAN
31.1 Kelab ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa dan dengan keputusan oleh dua pertiga(2/3) daripada ahli kelab yang layak mengundi.
31.2 Sekiranya kelab  ini dibubarkan secara yang disebut di atas, maka semua baki wang atau harta benda (aset) yang tinggal hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.
31.3 Keputusan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu melalui borang-borang yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.


Disahkan betul oleh:

Presiden             Setiausaha

Nama: Nama:
Tarikh:                                       Tarikh:

Monday, May 7, 2012

Klasifikasi Sumber Alam


KLASIFIKASI SUMBER ALAM


  • Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui

Sumber yang akan pupus apabila digunakan secara berterusan, tidak boleh diganti, diwujudkan atau dicipta. Kejadian mengambil masa yang lama berjuta-juta tahun. Contoh : bahan fosil
Ada dua jenis : yang boleh dikitar semula seperti mineral dan yang tidak boleh dikitar semula seperti gas asli dan arang batu.


  • Sumber alam yang boleh diperbaharui

Terdiri dari dua jenis:
i. sumber yang berterusan dan tidak pupus- air,udara, ombak, suria
ii. sumber yang boleh diganti atau diwujudkan semula seperti hutan, tanah pertanian.


KESAN PERTUMBUHAN DAN TUMPUAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL
i. Kesan terhadap geomorfologi- penebukan bukit
ii. kesan terhadap sistem hidrologi- laut, tasik, kolam, sungai.
iii. kesan terhadap atmosfera- bahangan, kerpasan, suhu, kabut, kelembapan udara
iv. kesan ke atas sistem ekologi- organisme-organism hidup dan persekitarannya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...