Cari Nota Dengan Cepat...!

Showing posts with label bahasa melayu morfologi. Show all posts
Showing posts with label bahasa melayu morfologi. Show all posts

Thursday, August 27, 2009

Jenis Ayat Majmuk.


Terdapat 3 jenis utama:
lAyat majmuk gabungan.
lAyat majmuk pancangan.
lAyat majmuk campuran.

Ayat majmuk gabungan
lAyat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.
Contohnya:
1.Murid-murid berlari dan menyanyi.
2.Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
3.Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?
Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri.
Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut.
Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung; apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan pernyataan.
1.Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.
2.Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan.
Dalam contoh di atas, kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam bentuk tulisan, dipisahkan oleh tanda baca koma (,).
Ayat majmuk pancangan .

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.

Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.


Ayat majmuk campuran.

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.

Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.

Biasanya, ayat jenis ini panjang.

Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah.

Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.


Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.tutor.com.my/stpm/ayat_majmuk_pancangan/ayat_majmuk_pancangan.htm

Ayat Majmuk.

Definisi
lAyat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Contoh
1.Ali sedang membaca buka dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.
a)Ali sedang membaca buku.
b)Fatimah sedang membuat latihan matematik.
2.Abu rajin tetapi adiknya malas.
a)Abu rajin.
b)Adiknya malas.
3.Guru sekolah saya tekun dan berdedikasi.
a)Guru sekolah saya tekun
b)Guru sekolah saya berdedikasi
4.Dia membeli buku yang tebal.
a)Dia membeli buku.
b)Buku itu tebal.
5.Ayah mendapat berita bahawa abang telah tamat latihan.
a)Ayah mendapat berita.
b)Abang telah tamat latihan.



Saturday, June 20, 2009

Definisi Kata Majmuk

KATA MAJMUK
I. Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah.

II.Ada tiga kelompok kata majmuk.

A.Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya:
gambar rajah alat tulis
biru laut bandar raya
air hujan tengah hari
jalan raya meja tulis
nasi minyak jam tangan
terima kasih bom tangan
luar biasa kapal terbang
merah muda kuning langsat

Di dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contohnya :
Perdana Menteri Ketua Menteri
Penolong Pendaftar Naib Canselor
Raja Muda Profesor Madya
Setiausaha Politik Duta Besar
Timbalan Ketua Pustakawan
Ketua Setiausaha Negara

b.Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus .

Contohnya:
model linear hak milik
garis pusat mata pelajaran
telefon dail terus pita suara
lesung sendi darah panas
kanta tangan kertas kerja
segi tiga batu kapur
cari gali atur cara
lut sinar urus setia

c.Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya:
kaki ayam anak emas
buah hati bulan madu
duit kopi manis mulut
makan angin tumbuk rusuk
pilih kasih berat tangan

Bentuk kata majmuk yang telah mantap
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah diangap mantap sebagai satu perkatan yang utuh.
Perkataan ini dieja satu perkataan. Kata tersebut adalah:
antarabangsa beritahu kakitangan kerjasama
setiausaha sukarela olahraga matahari
suruhanjaya jawatankuasa tandatangan
tanggungjawab warganegara pesuruhjaya

Penggandaan kata majmuk
Melibatkan penggandaan unsur pertama
sahaja.
Cth: alat-alatulis, suku-sukukata,garis-garispusat
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap, penggandaanya melibatkan keseluruhan unsur

Cth: pesuruhjaya-pesuruhjaya,
setiausaha- setiausaha

Pengimbuhan kata majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk
menghasilkan kata terbitan.

Terdapat dua bentuk:

Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
cth:
campur aduk ----- bercampur aduk
ambil alih ----- mengambil alih
daya serap ----- daya serapan

ii. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.
Cth:
campur aduk ---- mencampuradukkan
daya serap ---- kedayaserapan
garis pusat ---- menggarispusatkan
urus niaga ---- diurusniagakan
satu padu ---- menyatupadukan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...