Cari Nota Dengan Cepat...!

Showing posts with label bahasa melayu sosiolinguistik. Show all posts
Showing posts with label bahasa melayu sosiolinguistik. Show all posts

Saturday, June 20, 2009

Fungsi Bahasa Melayu

FUNGSI BAHASA MELAYU

DEFINISI BAHASA RASMI:
· Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan.

PENGENALAN BAHASA RASMI:
· Tergolong dalam bahasa inklusif iaitu salah satu bahasa yang ditempatkan atas bahasa atau bahasa-bahasa yang sedia ada.

· Antara ahli perancang bahasa terkenal ialah Bruno Migliorimi dan Sprang Hansen.

· Sebagai lambang serta simbol identiti sebuah negara merdeka.

· Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi.

FUNGSI BAHASA RASMI
· Antara fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi ialah:

1. Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi negara.

2. Sebagai media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan.

3. Digunakan dalam semua rekod kerajaan.
4. Sebagai media untuk menulis semua undang-undang negara dan pentadbiran.

5. Digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara .


DEFINISI BAHASA KEBANGSAAN
· Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan.

PENGENALAN BAHASA KEBANGSAAN
· Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu :
· Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
· Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 ( disemak 1971 )
· Pemberitahuan undang-undang No.410 ( tahun 1967)

FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN
Menyatukan rakyat
Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini
Menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya.
Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara.
Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum.


ASPEK PEMILIHAN
Aspek pemilihan Bahasa Kebangsaan :
1. Sosial
2. Ekonomi
3. Politik

PERATUS BILANGAN PENDUDUK
Melayu : 43%
Cina : 36%
India : 8%
Lain-lain : 10%

PENINGKATAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Peningkatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan dan ditinjau melalui dua aspek iaitu:
· Kesedaran orang Melayu terhadap Bahasa Melayu
· Keperluan untuk memperoleh sokongan terhadap negara dan dasar-dasarnya.

DEFINISI BAHASA ILMU
Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan atau satu hasil kajian

SEJARAH BAHASA ILMU
· Pernah menjadi Lingua Franca atau Bahasa perantaraan di Nusantara.

· Mencapai taraf Bahasa Ilmu sejak beberapa abad lalu disebabkan oleh:
Adanya Islam yang membawa fahaman intelektualisme dan Rasionalisme.

· Kegemilangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu memuncak pada zaman kebesaran kerajaan Acheh, dalam abad ke-17. Sebabnya :
-Muncul pemikir Melayu yang menghidupkan tradisi ilmu dengan menggunakan Bahasa Melayu seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai,Abdul Rauf Singkel, dan Nuruddin Al-Raniri.
Tokoh-tokoh yang meluaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu ke daerah lain di nusantara ialah :
-Abdul Samad al-Falambani di Palembang.
-Arsyad Al-Banjiri di Banjar Masin
-Mohd Ismail Daut Pattani di Patani
-Raja Ali Haji di Riau

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Ilmu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar pendidikan kebangsaan.

Langkah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan kemudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di institut pengajian tinggi bermula pada tahun 1983.

FUNGSI BAHASA ILMU
Menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan tertentu.
Menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan masalah dan memerlukan penelitian.
Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat difahami oleh pembacanya, tanpa menimbulkan keraguan penafsiran dalam Bahasa Melayu.
Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu.

DEFINISI BAHASA PENGANTAR
Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.

FUNGSI BAHASA PENGANTAR
Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza.
Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu.
Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.
Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

DEFINISI BAHASA PERPADUAN
Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain.

FUNGSI BAHASA PERPADUAN
1. Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.
2. Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.
3. Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara.
4. Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.

language translations,
language services
foreign language


Ciri-ciri Bahasa Melayu

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU

Bahasa Sebagai Satu Simbol
Ta’rif: Perkataan yang terdapat dalam suatu bahasa dinamakan lambang atau simbol.
Ahli logik dan kaji makna menggolongkan lambang sebagai satu kod pada kumpulan objek yang dinamakan isyarat.
Tiga jenis lambang: a. Indeks
b. Ikon
c. Konvensi

Indeks
Terbahagi kepada dua jenis:
Manusia
contoh:Tangis ( Lambang Sedih )
Bukan Manusia
contoh: Jalan raya basah ( Lambang hujan )

Ikon
Melambangkan sifat yang ada pada dirinya sendiri.
contoh: bunyi-bunyi anomopeik seperti –gedebum, miau

Konvensi
Takrif – tidak ada ikatan antara simbol itu dan benda rujukannya.
Lambang jenis inilah yang disebut simbol
Simbol konvensional adalah bukan bahasa, contoh: Tolak (-) dan Darab (x) dalam bidang ilmu hisab.


Simbol Dalam Konteks
Terdapat pelbagai jenis simbol dan konteks dimana simbol itu hadir iaitu:

Konteks Tepat
Sesuatu simbol yang digunakan untuk merujuk objek atau benda yang ada didalam persekitaran terdekat.

Konteks Teralih
Dalamkonteks ini orang atau objek yang menjadi rujukan tidak ada sewaktu ia disebut.konteks yang sering ditemui dan digunakan untuk menyebut benda dan orang yang tidak ada dalam sekitaran terdekat kita.

Konteks Terpindah
Simbol sebagai alat untuk memindahkan kegunaannya dari satu kumpulan objek atau situasi kepada kumpulan yang setaraf.
Contoh: Gadis itu manis tetapi mukannya masam.
-manis dan masam biasanya merujuk kepada
sifat benda tertentu seperti gula atau buah,
tetapi ciri wajah manusia boleh diterangkan
dengan istilah tersebut.


Pendekatan Saintifik Dalam Kajian Makna

Teori Imej Mental
Makna sesuatu perkataan itu sama dengan imej mentalyang berkaitan dengan simbolnya.
Kelemahan
Tidak dapat menjelaskan beberapa masalah pokok mengenai makna.
contoh : Tiga segi yang ideal, sebab banyak bentuk boleh disebut segi tiga.

Teori Behaviorisme
Golongan behavioris mengemukakan teori mereka berdasarkan ransang dan tindak balas.
Kelemahan
Ia tidak dapat menerangkan perkataan linguistik.
contoh: jenis kata sendi

Teori Logik Simbolik
Dikenal dengan nama analisis logik @ analisis linguistik
Terdapat tiga kajian makna:
-Semantik
-Sintaksis
-Pragmatik

Semantik
Mengkaji hubungan antara lambang dengan rujukan, biasanya ditafsirkan sebagai makna perkataan.
Untuk membuat asas penilaian dan jangkaan proses pergolongan perlu dibuat antaranya:
Pembahagian :
Dengan memebezakan sifat am sesuatu benda atau
perkara.

Sintaksis
Mengkaji hubungan yang terdapat antara satu lambang dengan lambang lain.
Bermaksud, sesuatu ayat bergantung kepada susunan dan tingkatan lambang itu.

Contoh: unsur orang dan kaya
-menghasilkan dua makna yang berbeza iaitu
orang kaya dan orangkaya.
Perbezaan makna antara keduanya ialah tidak semua orang kaya itu kaya.

Pragmatik
Mengkaji hubungan antara lambangdan perlakuan.
Unsur ini mendapat perhatian daripada para pengkaji makna kerana dalam proses komunikasi makna sesuatu maklumat dinilai dari sudut adakah ia sampai kepada penerimanya atau tidak.


Bahasa Sebagai Alat Komunikasi
Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar.

Komunikasi dalam masyarakat:
Penghasilan maklumat
Orang yang menghasilkan maklumat
contoh:pakar perubatan, para pengarang pakar sains
dan sebagainya.

Penyampai Maklumat
Orang yang menyebarkan maklumat.
contoh: Wartawan, juru hebah, guru dan pembawa cerita.

Penapis Maklumat
Orang yang menyekat sesuatu maklumat daripada disebarkan.
contoh: ahli politik, golongan tua, ahli agama, pegawai kerajaan dan para pengembang agama.


Penerima Maklumat
orang yang menerima maklumat.
contoh: kanak-kanak, orang awam dan golongan yang hanya menerima sahaja maklumat umpamanya orang yang terlalu tua atau cacat.

Seseorang akan mengubah bahasanya sesuai dengan peranan yang dimainkan pada masa atau keadaan tertentu.

Faktor Yang Mengubah Bahasanya.
a.Pendengar: orang yang dilawan bercakap.
ciri-ciri hubungan antaranya dengan pendengar menentukan bahasa yang digunakan.
b. Tempat: situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah benda- benda yang berada di sekitarnya.
c.Butir Pertuturan: Tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.


Komunikasi berlaku dalam tiga arah:
a. Komunikasi setaraf: antara ahli-ahli kelompok yang setaraf kedudukannya.
Contoh: antara dua orang sahabat baik, rakan sejawatan, antara angota sesuatu kelab sukan.
b. Komunikasi dari atas ke bawah:
Terjadi antara pekerja dan majikan ibu bapa kepada
anak, antara anggota polis kepada penjenayah.
c. Komunikasi dari bawah keatas:
Terjadi antara anak murid kepada guru, rakyat
kepada menteri, adik kepada abang.
Tiga Peranan Bahasa Sebagai Alat Komunikasi.
-Menyimpan maklumat
-Menyatakan perasaan
-Menyatakan suruhan atau larangan


VARIASI
TAKRIF :

1. KAMUS DEWAN BAHASA EDISI KE-4
· PENYIMPANGAN / SESUATU YANG MENYIMPANG DARIPADA KEADAAN
· ( SIFAT/ CIRI-CIRI ) YANG LAZIMNYA STANDARD

· ( SIFAT/ CIRI-CIRI ) YANG LAZIMNYA STANDARD
· * BENTUK DAN LAIN-LAIN YANG TIDAK SERAGAM / BERBEZA KELAINAN / PELBAGAIAN.
· * PENYIMPANGAN PADA CIRI-CIRI ORGANISMA DARIPADA YANG BIASA BAGI KUMPULANNYA.

DALAM RANGKA SEMENANJUNG MALAYSIA – PELBAGAI ‘DIALEK’
· KELANTAN
· TERENGGANU
· N. SEMBILAN
· PAHANG
· MELAKA
· JOHOR


KELAINAN ANTARA INDIVIDU-INDIVIDU - ‘IDIOLEK’ – VARIASI BAHASA SESEORANG

Sebab-sebab berlakunya variasi:
· SIFAT FISIOLOGI / ALAT PERTUTURAN INDIVIDU:
ALAT PERTUTURAN KURANG SEMPURNA SEHINGGA MENGHASILKAN PENYENGAUAN BUNYI YANG SEPATUTNYA TIADA
· TABIAT-TABIAT PERTUTURAN :
TERLALU CEPAT / TERLALU LAMBAT, GAGAP, TERTAHAN-TAHAN
· FAKTOR-FAKTOR SOSIAL:
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN, JENIS PEKERJAAN, DAN KEDUDUKAN SOSIOEKONOMI – PENUTUR YANG BERBEZA



Arbitrari
Dalam sistem perhubungan manusia,pertalian sesuatu bentuk bahasa dengan maknanya didapati hanya arbitrari.
Misalnya bunyi perkataan rumah itu merupakan bentuk suatu unsur dalam bahasa melayu.
Bntuk itu boleh diberi lambang bertulis dan maknanya ialah” rumah”
Pertalian bentuk dengan makna itu hanyalah secara kebetulan sahaja iaiatu ditentukan oleh kebudayaan.
Kalau anggota dalam masyarakat itu bersetuju semuanya untuk menukar bentuk itu dengan sesuatu bentuk lain,itu terpulanglah kepada anggota masyarakat itu sendiri.
Jadi bentuk (bunyi)perkataan itu akan berubah tapi orang atau maksudnya masih sama.
Ini menunjukkan bahawa hubungan di antara bentuk dan mkna itu hanya arbitrari,ditentukan menurut persetujuan anggota masyarakat itu.
Dalam sistem perhubungan binatang,pertalian ini tidak arbitrari.panggilan rusa jantan dalam musim bunga memang bermaksud untuk mencari pasangan betina.Ini adalah tetap dan tidak akan berubah.
Ketetapan wujud sejak binatang itu mula lahir dan ia tetap serupa bagi semua binatang jenis itu.
Bentuk panggilan itu tidak mungkin akan berubah


Bahasa Bersifat Sejagat
Benjamin L.Whorf (1976) yang telah banyak mengkaji bahasa –bahasa orang asli telah berkata bahawa ada suatu kesejagatan dalam bahasa asli manusia walaupun pada zahirnya terdapat banyak perbezaan.

Persamaan Bahasa
Semua bahasa manusia menggunakan tiga jenis bunyi yang umum iaitu vokal,konsonan dan diftong.

Perbezaan Bahasa
Julat bunyi-bunyi vokal ,konsonan dan diftong yang digunakan itu berbeza-beza.
Bunyi-bunyi bukan segmental iaitu kepanjangan,tekanan , nada dan intonasi juga berbeza.

Dari segi binaan perkataan pula semua bahasa manusia mempunyai unsur asas perkataan yang terdiri daripada morfem.
Morfem-morfem itu dua jenis pula iaitu:
1) Morfem bebas yang secara langsung boleh menjadi perkataan.
2) Morfem terikat yang harus bergabung dengan morfem yang
lain untuk membentuk perkataan.
· Perkataan pula ialah unsur terkecil bagi ayat.
· Ayat pula merupakan bentuk bahasa minimum yang lengkap dari segi ucapan dan juga makna.
· Ayat mempunyai dua komponen binaan
· iaitu komponen ‘diterangkan’ atau subjek dan komponen ‘menerangkan’ iaitu predikat.
· Kedua-dua komponen itu boleh dibentuk oleh satu perkataan sahaja atau sederetan perkataan.

Sederetan perkataan terdiri daripada frasa.
Frasa terdiri daripada beberapa perkataan yang hanya dapat membentuk satu komponen sahaja dalam ayat.

Demikianlah unsur dan komponen yang sejagat yang ada dalam bahasa-bahasa asli manusia…..

online univercity,
learning language
language courses

Dialek-dialek Melayu dan Dialektologi

PENDAHULUAN

Dialek-dialek Melayu dan Dialektologi:

Masyarakat Malaysia cukup sedar akan kepelbagaian dialek Melayu di wilayah negara ini. Dengan bertambah luas penyebaran televisyen dan filem, loghat-loghat Melayu semakin dikenal hingga loghat Jakarta pun tidak asing bagi penonton dan penggemar wayang gambar. Bahkan justeru perbezaan dialek yang dialek yang menjadi salah satu unsur pokok dalam perkembangan sastera, budaya dan humor Malaysia. Kononya, Hang Tuah dan para biduan Inderapura pula pernah memperkatakan perbezaan dialek daerah serta masalah sosioliguistik sezaman.
Secara perbandingan, penelitian terhadap dialek sosial merupakan satu gejala baru. Minat ahli-ahli bahasa pada amnya tertumpu pada perbezaan-perbezaan yang dikaitkan dengan daerah, yakni dialek-dialek geografi. Berdasarkan kesedaran bahawa unsur-unsur sosial memainkan peranan penting dalam penggunaan bahasa sehari-hari, ahli-ahli bahasa mula memberi perhatian pada perbezaan-perbezaan bahasa yang berkait rapar dengan masyarakat. Halliday (1968), misalnya, berdasarkan perbezaan yang terdapat dalam bahasa kepada dua faktor iaitu pengguna dan penggunaan. Mengikut beliau, variasi-variasi bahasa yang timbul, berkait dengan penggunanya (yakni dengan maksud variasi yang digunakan oleh seseorang penutur untuk sebahagian besar penggunaan bahasanya sehari-hari) ialah dialek , dan variasi yang berkaitan dengan penggunaan (dengan maksud variasi-variasi yang dipilih untuk digunakan pada situasi-situasi tertentu ialah register atau laras.

Dialek Sosial Dan Daerah: Pengenalan

Seperti yang telah disebutkan di atas, dialek adalah variasi bahasa yang dibezakan mengikut penggunanya: orang yang tinggal di Kelantan bercakap dialek Kelantan, sementara mereka yang tinggal di Negeri Sembilan mengunakan dialek Negeri Sembilan. Tiap-tiap dialek mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakannya daripada dialek-dialek lain. Perbezaan bahasa juga dapat dilihat dari segi penggunaannya, kerana bahasa berbeza apabila fungsinya berbeza. Konsep register atau laras digunakan untuk memperkatakan bagaimana bahasa digunakan oleh penutur-penuturnya dalam kehidupan sehari-hari.
Persoalan perbezaan bahasa dari segi sosial (dalam erti yang luas) boleh dan telah dibuat berdasarkan berbagai-bagai segi. Quirk dan Greenbaum (1973), misalnya, semasa membicarakan variasi-variasi bahasa Inggeris telah menurunkan enam ciri utama (masing-masing dengan subjenisnya pula) berdasarkan faktor-faktor penentu seperti yang berikut: Daerah, pendidikan dan kedudukan sosial, tajuk, cara penyampaian, sikap, dan gangguan. Semua faktor ini menghasilkan ciri-ciri tertentu dalam penggunaan bahasa yang memisahkannya daripada variasi lain. Masing-masing dikenal dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Dialek golongan terpelajar, misalnya, mengandungi struktur tersendiri dan digunakan dalam situasi-situasi tertentu. Variasi bahasa yang timbul berdasarkan sikap ialah variasi-variasi yang bentuknya ditentukan oleh sikap penutur terhadap pendengar/pembaca, bahasa yang sedang diperkatakan (tajuk) atau sebab-sebab perhubungan itu berlaku.
Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat atau komuniti bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam sesuatu kawasan tertentu atau oleh suatu kumpulan penutur tertentu. Keadaannya berbeza daripada bentuk bahasa yang standard dari segi sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Walau bagaimanapun, perbezaan itu tidaklah besar sehingga ia boleh dianggap sebagai suatu bahasa.
Dialek bagi sesuatu bahasa itu dapat dibahagikan kepada dua, iaitu dialek daerah dan dialek sosial.

Dialek Daerah:
Antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam satu bahasa terdapat beberapa perbezaan. Dalam sesuatu daerah yang luas, dialek-dialek berdekatan biasanya mempunyai lebih banyak persamaannya daripada yang letek berjauhan.
Kadang-kadang terdapat perbezaan yang amat ketara sehingga sukar bagi penutur-penutur memahami dialek yang dituturkan antara satu sama lain. Contoh, dialek Kelantan dengan Johor. Walau bagaimanapun, mereka tetap boleh menghubungi antara satu sama lain.

Antara faktor wujudnya dialek:
1. Keadaan geografi
2. Persekitaran pergaulan
3. Faktor politik

Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah daripada bahasa Melayu. Malah, dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia terdapat pula ideolak, iaitu kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu dan kelainan stilistik. Hal ini terjadi kerana perbezaan konteks. Kesemua kelainan ini disebut dialek tetapi penuturnya masih dapat memahami pertuturan antara satu sama lain.

Dialek Sosial:
Dialek sosial disebut juga sebagai register atau laras bahasa, iaitu variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Laras bahasa merupakan variasi-variasi yang dipilih untuk digunakan dalam situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari.
Terdapat beberapa faktor-faktor yang menetukan pemilihan dan penggunaan sesuatu dialek sosial. antara faktor itu ialah:
1. Taraf pendidikan
2. Kedudukan sosial
3. Cara penyampaian
4. Sikap penutur
5. Gangguan
6. Latar belakang keluarga dan tempat tinggal
7. Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa
8. Hubungan sosial dan peribadi
9. Bahasa yang diperkatakan
10. Aspek-aspek linguistik

education degrees, student education

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...