Cari Nota Dengan Cepat...!

Showing posts with label bahasa melayu sejarah. Show all posts
Showing posts with label bahasa melayu sejarah. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Penggunaan Bahasa Melayu Abdullah Munsyi Yang Menimbulkan Rasa Kurang Senang Orang Melayu

Catatan Abdullah Kadir Munsyi tentang perihal orang-orang Melayu dalam karya beliau dalam Hikayat Pelayaran Abdullah kurang disenangi oleh orang-orang Melayu adalah kritikan terhadap orang-orang patai timur. Malah ada yang mengganggap Abdullah merupakan tali barut Inggeris yang sengaja memperlekeh dan merendah-rendahkan kemampuan orang Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh Abdullah Kadir Munsyi sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan orang-orang Melayu tersebut adalah seperti berikut :

i. Bahasa kesat
Penulis menggunakan bahasa kesat seperti malas, lalai, adat bodoh dan jahat dalam penulisannya. Ini kerana penulis melihat orang-orang di pantai timur hidup dalam keadaan daif, miskin, berpakaian compang-camping menyebabkan penulis mentafsirkan bahawa mereka ini malas serta lalai dalam mencari rezeki sehingga mengakibatkan kehidupan mereka masih di takuk lama. Selain itu, penulis menyatakan bahawa lelaki-lelaki di situ semuanya malas kerana yang keluar mencari nafkah manakala orang-orang lelaki leka membaiki senjata, bersabung ayam, berjudi serta berhibur di malam hari.

ii. Bahasa Melayu
Sejak kedatangan Islam, hampir semua penduduk tanah Melayu telah memeluk Islam. Ditambah lagi dengan adanya bukti Batu Bersurat di Terengganu. Penulis menyatakan bahawa masyarakat Melayu ini sejak kecil hingga dewasa telah mempelajari al-Quran, namun kandungannya tidak difahami. Dalam kalangan masyarakat, mereka tidak menuturkan bahasa Arab tetapi menuturkan bahasa Melayu dalam perbualan hariannya. Masyarakat tidak berusaha untuk mencari seorang guru bagi membimbing mereka membaca, menulis dan mengarang kitab-kitab sebagai panduan hidup masyarakat lain.

iii. Sikap anak-anak raja
Penulis menggambarkan bahawa anak-anak raja di sana sering membuat onar dimana juga mereka berada bersama-sama rakan-rakan mereka yang bilangannya agak ramai selain daripada kehidupan mereka yang selalu berjudi, mengutip cukai pada rakyat jelata serta menyabung ayam. Tambahan pula, mereka sering membuat kacau di sekitar negeri serta di rumah-rumah rakyat jelata menyebabkan mereka yang takut dibunuh oleh anak-anak raja itu lalu tunduk menyembah mengabdikan diri menjadi hamba sahayanya. Maka, hamba tersebut serta seisi keluarga juga akan menjadi hamba kepada raja buat selamanya. Mereka juga sesuka hati melarikan anak-anak dara yang cantik-cantik yang ada di daerah itu untuk dijadikan hambanya di istana.

iv. Tidak berpelajaran
Penulis menceritakan bahawa kelemahan Kerajaan Melayu pada masa itu terjadi kerana bermulanya sikap-sikap anak-anak raja yang teramat jahat. Anak-anak raja ini tidak menunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakyat jelata kerana mereka banyak menghabiskan masa hanya dengan menyabung ayam dan berjudi sedangkan seharusnya mereka menimba sebanyak ilmu yang perlu kerana mereka akan menjadi contoh kepada rakyat jelata. Penulis mengibaratkan bahawa sistem pemerintahan kerajaan ini kelak akan sama keadaannya seperti di gelanggang sabung ayam.

v. Tempat tinggal
Semasa penulis berjalan melalui rumah-rumah orang Melayu di tepi pantai, penulis melihat keadaan rumah-rumah mereka. Mereka menjadikan kawasan bawah rumah mereka sebagai tempat takungan najis serta tempat pengumpulan sampah-sarap sehinggakan penulis terpaksa menutup hidung ketika melalui kawasan tersebut. Sesungguhnya Allah telah menyuruh kita menjauhi tempat-tempat dan bau-bau yang sebegitu daripada tempat kediaman kita keran disitu bermulanya penyakit-penyakit yang akan memudaratkan manusia itu sendiri. Namun begitu, itulah tempat dan bau-bauan yang disukai orang Melayu sehinggakan mereka tidak menghiraukan keadaan dibawah rumah mereka. Malah, mereka tidak berusaha untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah serta membakar sampah-sarap di kawasan kampung mereka. Penduduk di situ mendirikan pondok-pondok buruk yan tidak sesuai dijadikan tempat tinggal. Mereka beranggapan bahawa kehidupan mereka sudah memadai dan bertepatan dengan pepatah Melayu rezeki secupak tidak akan menjadi segantang.

Saturday, August 22, 2009

Asal Usul Bangsa Melayu

•DUA TEORI YANG MENERANGKAN ASAL USUL ORANG MELAYU

-BANGSA MELAYU DARI UTARA ASIA TENGGARA

-BANGSA MELAYU MEMANG SEDIA ADA DI KEPULAUAN MELAYU ERTINYA MEREKA ADALAH ORANG TEMPATAN.


DUA ORANG SARJANA MELAYU IAITU

-SLAMET MULJANA (INDONESIA)

-ASMAH BT HAJI OMAR (MALAYSIA)


SLAMET MULJANA MEMBUAT PENYELIDIKAN BAHASA

-(BERPENDAPAT BAHASA AUSTRONESIA YANG DIDALAMNYA TERMASUK BAHASA MELAYU BERASAL DARI ASIA)

ASMAH BERPENDAPAT
1)PERPINDAHAN ORANG MELAYU DARI DARATAN ASIA KE NUSANTARA TIDAKLAH SEKALI GUS DAN TIDAK DARI MANA-MANA
2)ADA YANG MELALUI DARATAN IAITU MELALUI TANAH SEMENANJUNG,LAUTAN HINDI DAN LAUTAN CHINA

Sunday, August 16, 2009

PERISTIWA-PERISTIWA PERANCANGAN BAHASA SEBELUM MERDEKA

KONGRES BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU

-KONGRES 1(PADA 12 DAN 13 APRIL 1952)

MENYATUKAN SEBARANG USAHA BADAN- BADAN

PERSURATAN MELAYU DI PERSEKUTUAN TANAH

MELAYU, SINGAPURA, DAN BORNEO UTARA


-KONGRES 2(PADA 1 DAN 2 JANUARI 1952)

MENGANJURKAN RAPAT BESAR BAGI AHLI

PERSURATAN MELAYU DENGAN INDONESIA


-KONGRES 3(PADA 16 -21 SEPTEMBER 1956)

TUBUHKAN LEMBAGA TETAP KONGRES BAHASA,

PERSURATAN MELAYU TANAH MELAYU DAN

MENUBUHKAN BALAI PUSTAKA


-KONGRES 4( PADA 7-10 DISEMBER 1984)

UNTUK TINGKATKAN IMEJ BAHASA MELAYU SEBAGAI

BAHASA BAGI SEMUA BIDANG,PENULIS-PENULIS ILMIAH

HENDAKLAH MENGUTAMA DAN MEMPERBANYAKKAN

PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno

•BEKAS-BEKAS MELAYU KUNO YANG ADA SEKARANG SANGAT SEDIKIT,SEKITAR 50 BARIS SAHAJA.
•CIRI-CIRI UTAMA BAHASA TERSEBUT
-BAHASA MELAYU PENUH DENGAN KATA PINJAMAN DRPD BAHASA SANSKRIT
-SUSUNAN AYAT BAHASA MELAYU KUNO TETAP BERSIFAT MELAYU,TIDAK TERPENGARUH OLEH SUSUNAN AYAT BAHASA SANSKRIT.
-BUNYI “B”DALAM BAHASA MELAYU MODEN IALAH “V”DALAM BAHASA MELAYU KUNO.
•CONTOHNYA

BULAN - VULAN

BANYAK - VANYAK

•E-PEPET TIDAK ADA DALAM MELAYU KUNO

CONTOH:DENGAN - DANGAN

•“BER”- “MAR” BAHASA MELAYU KUNO

CONTOH: BERLEPAS - MARLAPAS

•BUNYI “H” TLH HILANG DLM BAHASA MELAYU MODEN

CONTOHNYA: SEMUA - SAMUHA


Semasa Kerajaan Majapahit:

-KERAJAAN MAJAPAHIT DIDIRIKAN PADA AKHIR TAHUN 1293
-PUSAT PEMERINTAHAN ADALAH KEDIRI
-UNTUK MELUASKAN KERAJAAN MAJAPAHIT MENGGUNAKAN SASTERA SEBAGAI ALAT PROPAGANDA UNTUK MENGAGUNGKAN RAJANYA.MAKA CERITA-CERITA PANJI DITULIS
-KAWASAN YANG MENERIMA CERITA TERSEBUT – KEPULAUAN MELAYU HINGGA KE SIAM DAN KAMPUCHEA.
-SECRA TIDAK LANGSUNG BHSA JAWA DIPERLUASKAN.
-BANYAK PERKATAAN BAHASA JAWA DIMASUKKAN KE DLM PERBENDAHARAAN KATA BAHASA MELAYU.

ANTARA CERITA PANJI YANG DI TULIS

*KUDA BERASPATI
*KELANA WIRA
*ASMARA
*PANJI JAWA PERARA
*PANJI TAMAN JAYENG KUSUMA
*PANJI KUDA SEMIRANG

Sunday, June 21, 2009

Perkembangan Bahasa Melayu.

2. Perkembangan Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke-7 dan dianggap satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Antara Kerajaan Melayu yang wujud pada masa itu ialah Kalingga, Kendiri, Singgahsari dan Majapahit.
Salah satu faktor meluasnya penggunaan bahasa Melayu adalah disebabkan ciri-ciri keterbukaannya di samping keupayaan menerima pengaruh bahasa-bahasa lain.

2.1 Bahasa Melayu pada Zaman Kegemilangan Melaka.

Bahasa Melayu berkembang pesat di Kepulauan Melayu pada abad ke-13 apabila Islam bertapak di situ. Faktor yang mempengaruhinya ialah:
· Peranan pendakwah
· Melaka sebagai pelabuhan yang terkenal
· Peranan golongan istana dan pedagang
Bermula dengan kejatuhan Melaka pada tahun 1511, penjajah bersilih ganti bermula dengan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Peranan yang dimainkan oleh Inggeris berjaya mempengaruhi golongan bangsawan. Rakyat kebanyakan dan sebilangan kecil cendekiawan masih memberi sokongan untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
Selepas kejatuhan Melaka, pusat kesusasteraan perkembangan Islam beralih ke Riau, Acheh dan Palembang.

2.3 Bahasa Melayu pada Zaman Pramerdeka

Semangat untuk mengembangkan bahasa Melayu di Nusantara termuat dalam Sumpah Pemuda (1928) yang mendaulatkan bahasa Melayu/ bahasa Indonesia sebagai bahasa politik dan perjuangan. Perkembangan politik di Indonesia turut mempengaruhi Tanah Melayu dalam usaha mencapai kemerdekaan.
Di Tanah Melayu Persatuan Penulis ASAS 50, pelajar-pelajar Sekolah Inggeris, pelajar-pelajar SITC, pelajar Timur Tengah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap British.
Persoalan bahasa terus dibincangkan sehingga kemuncaknya pada tahun 1955-1959 apabila wujudnya Laporan Razak (1956). Antara perkara penting dalam laporan tersebut ialah:
· Satu sukatan pelajaran yang sama
· Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib.
· Pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 yang berlangsung pada 16-21 September 1956 bertempat di Johor Bahru dan Singapura telah bersetuju menubuhkan Balai Pustaka yang kemudiannya dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.4 Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Selepas Merdeka:-
* bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara.
* Perlaksanaan Laporan Razak untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
* Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur.
* Menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan 1970, istilah bahasa Melayu telah ditukar kepada bahasa Malaysia untuk menimbulkan semangat kekitaan di kalangan rakyat. Selepas perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) istilah ini ditukar pula kepada bahasa Melayu.

Saturday, June 20, 2009

Fungsi Bahasa Melayu

FUNGSI BAHASA MELAYU

DEFINISI BAHASA RASMI:
· Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan.

PENGENALAN BAHASA RASMI:
· Tergolong dalam bahasa inklusif iaitu salah satu bahasa yang ditempatkan atas bahasa atau bahasa-bahasa yang sedia ada.

· Antara ahli perancang bahasa terkenal ialah Bruno Migliorimi dan Sprang Hansen.

· Sebagai lambang serta simbol identiti sebuah negara merdeka.

· Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi.

FUNGSI BAHASA RASMI
· Antara fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi ialah:

1. Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi negara.

2. Sebagai media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan.

3. Digunakan dalam semua rekod kerajaan.
4. Sebagai media untuk menulis semua undang-undang negara dan pentadbiran.

5. Digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara .


DEFINISI BAHASA KEBANGSAAN
· Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan.

PENGENALAN BAHASA KEBANGSAAN
· Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu :
· Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
· Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 ( disemak 1971 )
· Pemberitahuan undang-undang No.410 ( tahun 1967)

FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN
• Menyatukan rakyat
• Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini
• Menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya.
• Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara.
• Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum.


ASPEK PEMILIHAN
• Aspek pemilihan Bahasa Kebangsaan :
1. Sosial
2. Ekonomi
3. Politik

PERATUS BILANGAN PENDUDUK
Melayu : 43%
Cina : 36%
India : 8%
Lain-lain : 10%

PENINGKATAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Peningkatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan dan ditinjau melalui dua aspek iaitu:
· Kesedaran orang Melayu terhadap Bahasa Melayu
· Keperluan untuk memperoleh sokongan terhadap negara dan dasar-dasarnya.

DEFINISI BAHASA ILMU
Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan atau satu hasil kajian

SEJARAH BAHASA ILMU
· Pernah menjadi Lingua Franca atau Bahasa perantaraan di Nusantara.

· Mencapai taraf Bahasa Ilmu sejak beberapa abad lalu disebabkan oleh:
Adanya Islam yang membawa fahaman intelektualisme dan Rasionalisme.

· Kegemilangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu memuncak pada zaman kebesaran kerajaan Acheh, dalam abad ke-17. Sebabnya :
-Muncul pemikir Melayu yang menghidupkan tradisi ilmu dengan menggunakan Bahasa Melayu seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai,Abdul Rauf Singkel, dan Nuruddin Al-Raniri.
• Tokoh-tokoh yang meluaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu ke daerah lain di nusantara ialah :
-Abdul Samad al-Falambani di Palembang.
-Arsyad Al-Banjiri di Banjar Masin
-Mohd Ismail Daut Pattani di Patani
-Raja Ali Haji di Riau

• Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Ilmu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar pendidikan kebangsaan.

• Langkah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan kemudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960

• Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di institut pengajian tinggi bermula pada tahun 1983.

FUNGSI BAHASA ILMU
• Menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan tertentu.
• Menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan masalah dan memerlukan penelitian.
• Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat difahami oleh pembacanya, tanpa menimbulkan keraguan penafsiran dalam Bahasa Melayu.
• Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu.

DEFINISI BAHASA PENGANTAR
• Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
• Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.

FUNGSI BAHASA PENGANTAR
• Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan
• Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza.
• Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu.
• Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.
• Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

DEFINISI BAHASA PERPADUAN
• Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain.

FUNGSI BAHASA PERPADUAN
1. Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.
2. Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.
3. Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara.
4. Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.

language translations,
language services
foreign language


Ciri-ciri Bahasa Melayu

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU

Bahasa Sebagai Satu Simbol
Ta’rif: Perkataan yang terdapat dalam suatu bahasa dinamakan lambang atau simbol.
Ahli logik dan kaji makna menggolongkan lambang sebagai satu kod pada kumpulan objek yang dinamakan isyarat.
Tiga jenis lambang: a. Indeks
b. Ikon
c. Konvensi

Indeks
Terbahagi kepada dua jenis:
Manusia
contoh:Tangis ( Lambang Sedih )
Bukan Manusia
contoh: Jalan raya basah ( Lambang hujan )

Ikon
Melambangkan sifat yang ada pada dirinya sendiri.
contoh: bunyi-bunyi anomopeik seperti –gedebum, miau

Konvensi
Takrif – tidak ada ikatan antara simbol itu dan benda rujukannya.
Lambang jenis inilah yang disebut simbol
Simbol konvensional adalah bukan bahasa, contoh: Tolak (-) dan Darab (x) dalam bidang ilmu hisab.


Simbol Dalam Konteks
Terdapat pelbagai jenis simbol dan konteks dimana simbol itu hadir iaitu:

Konteks Tepat
Sesuatu simbol yang digunakan untuk merujuk objek atau benda yang ada didalam persekitaran terdekat.

Konteks Teralih
Dalamkonteks ini orang atau objek yang menjadi rujukan tidak ada sewaktu ia disebut.konteks yang sering ditemui dan digunakan untuk menyebut benda dan orang yang tidak ada dalam sekitaran terdekat kita.

Konteks Terpindah
Simbol sebagai alat untuk memindahkan kegunaannya dari satu kumpulan objek atau situasi kepada kumpulan yang setaraf.
Contoh: Gadis itu manis tetapi mukannya masam.
-manis dan masam biasanya merujuk kepada
sifat benda tertentu seperti gula atau buah,
tetapi ciri wajah manusia boleh diterangkan
dengan istilah tersebut.


Pendekatan Saintifik Dalam Kajian Makna

Teori Imej Mental
Makna sesuatu perkataan itu sama dengan imej mentalyang berkaitan dengan simbolnya.
Kelemahan
Tidak dapat menjelaskan beberapa masalah pokok mengenai makna.
contoh : Tiga segi yang ideal, sebab banyak bentuk boleh disebut segi tiga.

Teori Behaviorisme
Golongan behavioris mengemukakan teori mereka berdasarkan ransang dan tindak balas.
Kelemahan
Ia tidak dapat menerangkan perkataan linguistik.
contoh: jenis kata sendi

Teori Logik Simbolik
Dikenal dengan nama analisis logik @ analisis linguistik
Terdapat tiga kajian makna:
-Semantik
-Sintaksis
-Pragmatik

Semantik
Mengkaji hubungan antara lambang dengan rujukan, biasanya ditafsirkan sebagai makna perkataan.
Untuk membuat asas penilaian dan jangkaan proses pergolongan perlu dibuat antaranya:
Pembahagian :
Dengan memebezakan sifat am sesuatu benda atau
perkara.

Sintaksis
Mengkaji hubungan yang terdapat antara satu lambang dengan lambang lain.
Bermaksud, sesuatu ayat bergantung kepada susunan dan tingkatan lambang itu.

Contoh: unsur orang dan kaya
-menghasilkan dua makna yang berbeza iaitu
orang kaya dan orangkaya.
Perbezaan makna antara keduanya ialah tidak semua orang kaya itu kaya.

Pragmatik
Mengkaji hubungan antara lambangdan perlakuan.
Unsur ini mendapat perhatian daripada para pengkaji makna kerana dalam proses komunikasi makna sesuatu maklumat dinilai dari sudut adakah ia sampai kepada penerimanya atau tidak.


Bahasa Sebagai Alat Komunikasi
Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar.

Komunikasi dalam masyarakat:
Penghasilan maklumat
Orang yang menghasilkan maklumat
contoh:pakar perubatan, para pengarang pakar sains
dan sebagainya.

Penyampai Maklumat
Orang yang menyebarkan maklumat.
contoh: Wartawan, juru hebah, guru dan pembawa cerita.

Penapis Maklumat
Orang yang menyekat sesuatu maklumat daripada disebarkan.
contoh: ahli politik, golongan tua, ahli agama, pegawai kerajaan dan para pengembang agama.


Penerima Maklumat
orang yang menerima maklumat.
contoh: kanak-kanak, orang awam dan golongan yang hanya menerima sahaja maklumat umpamanya orang yang terlalu tua atau cacat.

Seseorang akan mengubah bahasanya sesuai dengan peranan yang dimainkan pada masa atau keadaan tertentu.

Faktor Yang Mengubah Bahasanya.
a.Pendengar: orang yang dilawan bercakap.
ciri-ciri hubungan antaranya dengan pendengar menentukan bahasa yang digunakan.
b. Tempat: situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah benda- benda yang berada di sekitarnya.
c.Butir Pertuturan: Tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.


Komunikasi berlaku dalam tiga arah:
a. Komunikasi setaraf: antara ahli-ahli kelompok yang setaraf kedudukannya.
Contoh: antara dua orang sahabat baik, rakan sejawatan, antara angota sesuatu kelab sukan.
b. Komunikasi dari atas ke bawah:
Terjadi antara pekerja dan majikan ibu bapa kepada
anak, antara anggota polis kepada penjenayah.
c. Komunikasi dari bawah keatas:
Terjadi antara anak murid kepada guru, rakyat
kepada menteri, adik kepada abang.
Tiga Peranan Bahasa Sebagai Alat Komunikasi.
-Menyimpan maklumat
-Menyatakan perasaan
-Menyatakan suruhan atau larangan


VARIASI
TAKRIF :

1. KAMUS DEWAN BAHASA EDISI KE-4
· PENYIMPANGAN / SESUATU YANG MENYIMPANG DARIPADA KEADAAN
· ( SIFAT/ CIRI-CIRI ) YANG LAZIMNYA STANDARD

· ( SIFAT/ CIRI-CIRI ) YANG LAZIMNYA STANDARD
· * BENTUK DAN LAIN-LAIN YANG TIDAK SERAGAM / BERBEZA KELAINAN / PELBAGAIAN.
· * PENYIMPANGAN PADA CIRI-CIRI ORGANISMA DARIPADA YANG BIASA BAGI KUMPULANNYA.

DALAM RANGKA SEMENANJUNG MALAYSIA – PELBAGAI ‘DIALEK’
· KELANTAN
· TERENGGANU
· N. SEMBILAN
· PAHANG
· MELAKA
· JOHOR


KELAINAN ANTARA INDIVIDU-INDIVIDU - ‘IDIOLEK’ – VARIASI BAHASA SESEORANG

Sebab-sebab berlakunya variasi:
· SIFAT FISIOLOGI / ALAT PERTUTURAN INDIVIDU:
ALAT PERTUTURAN KURANG SEMPURNA SEHINGGA MENGHASILKAN PENYENGAUAN BUNYI YANG SEPATUTNYA TIADA
· TABIAT-TABIAT PERTUTURAN :
TERLALU CEPAT / TERLALU LAMBAT, GAGAP, TERTAHAN-TAHAN
· FAKTOR-FAKTOR SOSIAL:
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN, JENIS PEKERJAAN, DAN KEDUDUKAN SOSIOEKONOMI – PENUTUR YANG BERBEZA



Arbitrari
• Dalam sistem perhubungan manusia,pertalian sesuatu bentuk bahasa dengan maknanya didapati hanya arbitrari.
• Misalnya bunyi perkataan rumah itu merupakan bentuk suatu unsur dalam bahasa melayu.
• Bntuk itu boleh diberi lambang bertulis dan maknanya ialah” rumah”
• Pertalian bentuk dengan makna itu hanyalah secara kebetulan sahaja iaiatu ditentukan oleh kebudayaan.
• Kalau anggota dalam masyarakat itu bersetuju semuanya untuk menukar bentuk itu dengan sesuatu bentuk lain,itu terpulanglah kepada anggota masyarakat itu sendiri.
• Jadi bentuk (bunyi)perkataan itu akan berubah tapi orang atau maksudnya masih sama.
• Ini menunjukkan bahawa hubungan di antara bentuk dan mkna itu hanya arbitrari,ditentukan menurut persetujuan anggota masyarakat itu.
• Dalam sistem perhubungan binatang,pertalian ini tidak arbitrari.panggilan rusa jantan dalam musim bunga memang bermaksud untuk mencari pasangan betina.Ini adalah tetap dan tidak akan berubah.
• Ketetapan wujud sejak binatang itu mula lahir dan ia tetap serupa bagi semua binatang jenis itu.
• Bentuk panggilan itu tidak mungkin akan berubah


Bahasa Bersifat Sejagat
Benjamin L.Whorf (1976) yang telah banyak mengkaji bahasa –bahasa orang asli telah berkata bahawa ada suatu kesejagatan dalam bahasa asli manusia walaupun pada zahirnya terdapat banyak perbezaan.

Persamaan Bahasa
Semua bahasa manusia menggunakan tiga jenis bunyi yang umum iaitu vokal,konsonan dan diftong.

Perbezaan Bahasa
Julat bunyi-bunyi vokal ,konsonan dan diftong yang digunakan itu berbeza-beza.
Bunyi-bunyi bukan segmental iaitu kepanjangan,tekanan , nada dan intonasi juga berbeza.

Dari segi binaan perkataan pula semua bahasa manusia mempunyai unsur asas perkataan yang terdiri daripada morfem.
Morfem-morfem itu dua jenis pula iaitu:
1) Morfem bebas yang secara langsung boleh menjadi perkataan.
2) Morfem terikat yang harus bergabung dengan morfem yang
lain untuk membentuk perkataan.
· Perkataan pula ialah unsur terkecil bagi ayat.
· Ayat pula merupakan bentuk bahasa minimum yang lengkap dari segi ucapan dan juga makna.
· Ayat mempunyai dua komponen binaan
· iaitu komponen ‘diterangkan’ atau subjek dan komponen ‘menerangkan’ iaitu predikat.
· Kedua-dua komponen itu boleh dibentuk oleh satu perkataan sahaja atau sederetan perkataan.

Sederetan perkataan terdiri daripada frasa.
Frasa terdiri daripada beberapa perkataan yang hanya dapat membentuk satu komponen sahaja dalam ayat.

Demikianlah unsur dan komponen yang sejagat yang ada dalam bahasa-bahasa asli manusia…..

online univercity,
learning language
language courses

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...