Cari Nota Dengan Cepat...!

Showing posts with label praktikum. Show all posts
Showing posts with label praktikum. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Garis Panduan Penulisan Jurnal Praktikum

GARIS PANDUAN
  1. Pelatih dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum.
  2. Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah, pencapaian dan bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan dan cadangan.
  3. Satu jangkamasa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasi masalah yang telah dicatatkan.
  4. Pelatih dikehendaki membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan.
  5. Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka sebagai guru.
  6. Pelatih diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang masa praktikum untuk disemak.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENULISAN JURNAL

Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan.

Kandungan jurnal mesti dirancang bersama antara pelatih, pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

CONTOH FORMAT

  • Pernyataan masalah
  • Huraian masalah
  • Cadangan mengatasi
  • Tempoh
  • Analisis keputusan
  • Tindakan susulan

*sumber Unit Praktikum IPGKTAA

Konsep Dan Objektif Penulisan Jurnal Praktikum

KONSEP

- Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan.

- Jurnal bertujuan membantu pelatih merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan.

OBJEKTIF

Pelatih dapat :-
- Menyimpan catatan penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk renungan.
- Menilai tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankan.
- Menjadikannya asas / panduan tindakan susulan.
- meningkatkan kepekaannya terhadap bidang tugas guru.
- Menjadikannya sebagai bahan perbincangan dengan
pensyarah penyelia / guru pembimbing.
- Meningkatkan kemahiran profesionalisme.

*sumber Unit Praktikum IPGKTAA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...