Cari Nota Dengan Cepat...!

Tuesday, May 3, 2011

Komponen Litosfera

KOMPONEN LITOSFERA

i. lapisan luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan(benua dan pulau
ii. meliputi 29.3 % permukaan bumi dan selebihnya dasar laut. Ketebalam 50 km di permukaan bumi dan 5 km di dasar laut.
iii. Komponen utama- batuan dan mineral
iv. Sumber tanih yang subur untuk aktiviti pertanian-tanih laterit. Tanih gambut, tnih aluvium

Komponen Biosfera

KOMPONEN BIOSFERA

i. Bahagian kerak bumi dan atmosfera – yang dihuni oleh manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan mikro organisme , bakteria, protoza dll
ii. terdiri daripada beberapa ekosistem- ekosostem hutan, paya bakau, tasik, muara dll
iii.menjadi habitat atau tempat tinggal untuk segala hidupan, membekalkan makanan, dan kaya dengan sumber biologi/ biodivesiti flora dan fauna kayu balak
iv. kepentingan kepada manusia- makanan,perubatan, tadahan air, ekopleancongan, kayu dll

Tuesday, April 19, 2011

Kelebihan Power Point dan Kelemahan Power Point

Kelebihan Power Point

a) Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.

b) Menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian.

c) Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan bila-bila sahaja.

d) Dapat melahirkan animasi slaid.

e) Sesuai untuk membina kemahiran menulis pelajar terutamanya dalam merumuskan karangan.

Kelemahan Power Point

a) Perlu mempertimbangkan keperluan penggunaan kesan animasi dalam menyediakan slaid supaya pelajar tidak hanya tertarik kepada animasi slaid.

b) Memerlukan kemahiran dan pengetahuan dari segi peruntukan wang, pengawalan masa pembelajaran sebenar, tempat yang sesuai serta kemudahan teknologi komputer yang lengkap.

c) Perlu mempertimbangkan kesan penglihatan pelajar terhadap slaid yang disediakan.

d) Dari segi pengawalan dan pengurusan kelas, perlu sentiasa peka dan menggunakan ‘eye contact’ dalam pengajarannya supaya hubungan dan interaksi dua hala dapat dilakukan di antar guru dengan pelajar.

Penggunaan Perisian Grafik: Power Point

Penggunaan Perisian Grafik: Power Point

Power Point ialah sejenis fail program yang biasanya digunakan untuk menyediakan bahan-bahan persembahan slaid atau pembentangan kertask kerja denga cara yang lebih menarik dan dalam bentuk yang bersepadu dari segi kesan warna, cahaya, pergerakan dan bunyi.

Kelemahan Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan

Kelemahan Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan

  • Penyalahgunaan komputer di kalangan masyarakat termasuk golongan pelajar kerana sukar untu dikawal. Contoh: penyebaran unsur lucah di Internet.
  • Apabila pelajar mendapati apa yang mereka perlukan tidak terdapat dalam PBK, pembelajaran yang berjalan akan menjadi pasif dan membosankan.
  • Pelajar tidak mempunyai pilihan lain selain dari terpaksa melihat dan mempelajari apa yang dipaparkan dalam skrin komputer. Ini menyebabkan pelajar hilang kebolehan membaca dan berfikir.

Thursday, March 3, 2011

Prinsip Penggunaan BBM

Prinsip Penggunaan BBM

a) Pelbagaikan bahan supaya deria pelajar terlibat secalara langsung dalam pengajarn dan pembelajaran. Pelbagai bahan yang meliputi pelbagai jenis dan bentuk akan memberi

§ Pengalaman langsung

§ Pengalaman rekaan

§ Pengalaman dramatik

§ Pengalaman demonstrasi

§ Pengalaman pameran

b) Kualiti BBM sesuai dengan pengajaran dah tahap pelajar

c) Kecekapan penggunaan BBM supaya pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan

d) Kesessuaian alataan dengan pelajar

e) Pemilihan bahan sesuai dengan pencapaian pelajar dan memberi faedah kepada semua pelajar

f) Harus menilai penggunaan bahan

g) Mengandungi nilai muris dan bahasa yang sesuai

Sunday, January 23, 2011

Tuntutan Inovasi Terhadap Profesionalisme Keguruan Dan Kepentingannya

Tuntutan Inovasi Terhadap Profesionalisme Keguruan Dan Kepentingannya

a) Memahami dan berupaya mengaplikaskan kandungan TPN ke dalam pengajaran

pelajar dalam bilik darjah.

b) Memastikan tahap kefahaman pelajar berada pada tahap yang tinggi mengenai

program KBSM

c) Memahami dengan jelas objektif mata pelajaran

d) Menguasai strategi strategi pengajaran dan pembelajaran

e) Mempunyai kemahiran membina dan mengguna BBM yang sesuai

f) Menguasai Bahasa Melayu

g) Menjadi Role Model

h) Mengamalkan nilai murni

Takrif Reformasi Kurikulum

Takrif Reformasi Kurikulum

a) Perubahan total yang melibatkan aspek kurikulum seperti kandungan, kaedah pengajaran, penilaian, pentadbiran sekolah dan latihan perguruan

b) Untuk merangsangkan pertumbuhan, pembelajaran dan pengubahsuiaian persepsi dan nilai bagi semua pihak yang prihatin dengan kurikulum tersebut

Thursday, January 13, 2011

Inovasi Kurikulum

Inovasi Kurikulum

a) Pembaharuan terhadap kurikulum yang sedia ada

b) Meliputi aspek-aspek seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran, pengurusan masa, utiliti staff, mutu pentadbiran dan pengembangan sumber dan penggunaan media.

c) Adalah menyeluruh dan pelbagai

d) Dilaksanakan secara sukarela dan atas arahan

Takrif kurikulum, definisi kurikulum, maksud kurikulum

Takrif kurikulum

a) Suatu rancangan yang teratur yang merangkumi aktiviti akademik dan bukan akademik.

b) Harus meliputi objektif pendidikan, segala pengalaman yang terancang dan penilaian pencapaian pelajar.

Wednesday, January 12, 2011

Takrif, Maksud, Definisi Inovasi

a) Idea, amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan seseorang individu atau sistem sosial. Menekankan sebarang idea atau amalan yang menunjukkan tanda penerimaan disebabkan terdapat perbezaan dan pembaikan ke arah yang lebih baik daripada lepas.

b) Berasaskan teori bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan yang berterusan untuk saling melengkapi sesama mereka supaya boleh membangun ke arah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami.

Thursday, December 9, 2010

DEFINISI LINGUISTIK

DEFINISI LINGUISTIK:


Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis“langage-langue”; Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan Inggeris“language”.

Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain.

Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2)


Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.


Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.


STRUKTUR BAHASA

Menurut Levi Strauss (1963: 279), (1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain.

Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis

Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis.

Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik.


fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik.


morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.

sintaksis: hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran.


semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks.


leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.

Definisi Bahasa

Definisi Bahasa:


Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.


Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Kamus besar Bahasa indonesia Edisi kedua cetakan kesepuluh (1999:77) pula mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang diperguna oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.


Beberapa pendapat mengenai bahasa:


Abdullah Hassan (1984:14) berpendapat “dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan”


Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) “banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.

Arbak (1983:7) bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan.


Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam sekali lagi memberi definisi bahawa bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.


Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sitem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.


Raja Mukhtaruddin (1980: 25) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.


Lutfi Abas (1975: 4 ) mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.


Asmah Omar (1983: 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusiaDisebalik ciri fizikal ini terdapat makna.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...