Cari Nota Dengan Cepat...!

Sunday, November 18, 2012

Ciri Kaedah Mengalami - Menghayati Dalam Sastera


Ciri-ciri Kaedah Mengalami Menghayati

• Setiap individu ada pengalaman tersendiri hasil daripada pengalaman lalu dan nilai warisan. Pengalaman dan penghayatan pelajar diutamakan. 
• Guru membimbing pelajar dan mendapatkan emosi dan pengalaman daripada karya.
• Objektif terakhir pengajaran kesusasteraan ialah penikmatan dan penghayatan. Analisis pengalaman pelajar sangat penting. BBM dan teknik menyoal akan membantu guru bagi mencapai objektif pengajaran.
• Pelajar perlu diberikan peluang membaca karya-karya kesusasteraan dahulu dalam masa tertentu untuk memperoleh kesan keseluruhan penghayatan. Elemen-elemen struktur akan disentuh secara tidak langsung  dalam perbincangan tentang keindahan karya.
• Para pelajar juga dilatih menggunakan fikiran dengan kritis dan kreatif. Ini dicapai melalui teknik menyoal yang sistematik – soalan mencungkil pandangan, pendapat, pertimbangan dan penilaian para pelajar. Jawapan guna daya kreatif dan imaginasi masing-masing.
• Aktiviti-aktiviti  pelajar bersama-sama bimbingan guru  amat dipentingkan. Para pelajar digalakkan  melakonkan episod-episod sendiri dan membincangkan  persoalan-persoalan tertentu yang wujud dalam fikiran masing- masing tanpa ditetapkan acuannya terlebih dahulu oleh guru. Dalam hal ini teknik perbengkelan amat sesuai digunakan. Ini akan menentukan penglibatan para pelajar secara menyeluruh.
• BBM amat penting  dalam mewujudkan penikmatan dan penghayatan. Antara alat-alat yang sesuai  ialah pita rakaman, gambar-gambar, kostum serta objek sebenar tentang sesuatu perkara. 
• Pendekatan ini membantu guru mewujudkan sebuah kelas yang aktif dan hidup. Para pelajar juga dapat membina kemahiran menganalisis melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...