Cari Nota Dengan Cepat...!

Wednesday, January 2, 2013

Benelli Keeway RKV200G Malaysia Review & Price

Pasaran motosikal bawah 250cc di Malaysia bagi penulis agak lembab. Kurang inovasi dan pembaharuan. Model motosikal baru yang keluar selalunya berspesifikasi biasa-biasa sahaja. Hanya kemasan luaran dan reka bentuk berubah. Penunggang motosikal terutamanya golongan pelajar dan muda di mana tahap kewangan mereka terhad membataskan kemampuan untuk memiliki motosikal berkuasa besar. 

Jika dilihat 15 tahun lalu, motosikal enjin 2 lejang mendominasi pasaran motosikal berkapasiti kecil. Namun, enjin 2 lejang cukup berkuasa walaupun cc enjin kecil. Lihat sahaja model Yamaha 125ZR, walaupun hanya 125cc, namun kuasa dan kelajuan yang diberikan cukup mantap. Model seperti Yamaha TZM 150, Honda NSR 150, Modenas Dinamik, Suzuki RGV dan Kawasaki KIPS 150 memang menjadi idaman budak muda ketika zamannya. Walaupun enjin 120cc-150cc sahaja, tapi motosikal tersebut cukup berkuasa.

Kini, enjin 2 lejang bukan lagi popular. Katanya atas dasar alam sekitar dan penggunaan bahan api yang kurang efisyen. Kebanyakan motosikal baru adalah enjin 4 lejang. Walaupun lebih menjimatkan dan senyap, namun ia kekurangan kuasa. Bagi penulis, enjin 4 lejang 150cc masih lagi kurang berkuasa namun masih memuaskan. Tidak seperti enjin 150cc 2 lejang yang kuasanya mampu menandingi enjin 250cc 4 lejang.

Memandangkan pengeluar motosikal Jepun dilihat kurang membawa pembaharuan dalam pasaran motosikal bawah 250cc, jenama dari Korea dan China dilihat mula agresif membawa motosikal mereka ke Malaysia kerana melihat permintaan yang positif. Jenama seperti SYM, Benelli, Nimota dan sebagainya dilihat membawa perubahan positif. Mereka mengeluarkan motosikal berkapasiti 250cc, 200cc dan 150cc yang mampu milik dan lebih berkuasa.

Benelli-Keeway RKV200G (200cc 4 lejang)



Terbaru, syarikat Benelli dari China telah membawa masuk model Keeway RKV200G. Motosikal naked ini mempunyai kapasiti enjin 200cc dan dilengkapi USD fork seperti kebanyakan superbike. Dengan panel meter yang canggih, tayar yang lebar sudah tentu membawa imej yang tegap dan yakin.

Benelli-Keeway RKV200G. Harga RM7299.00

Menurut komen dari seorang otai di laman forum motosikal, kualiti motosikal Keeway RKV200G ini berkualiti menyamai kualiti motosikal Jepun. Part plastiknya dibuat daripada plastik bermutu tinggi. Enjin Keeway RKV200G ini menggunakan oil cool seperti Suzuki Belang. Jadi ia sesuai untuk perjalanan jauh dengan yakin. Kuasa tork juga tinggi iaitu 14.5Nm (kapcai standard 125cc-135cc 10-12Nm), sudah tentu tidak menjadi masalah untuk mendaki bukit atau membawa beban. Cuma mungkin tidak setanding dengan KTM Duke 200, namun dengan harga RM7299.00, sudah tentu ianya berbaloi untuk dimiliki.

Motor ni kalau bawak, tentu orang akan pandang dan mengatakan ianya adalah superbike! Kualiti? Ketahanan? Mungkin ramai akan kata motosikal keluaran China dan Korea kurang tahan. Tapi itu dulu, sekarang motosikal keluaran mereka semakin hari semakin meningkat kualitinya. Lihat sahaja skuter SYM 200 tu, banyak di lebuh raya. Selamber. Laju. Beli motor berjenama bagus pun kalau tak reti jaga barai jugak kan. Jadi, kalau inginkan sebuah motosikal dengan enjin yang lebih besar berbanding kapcai tetapi pada harga berpatutan dan kualiti not bad, banyak pilihan antaranya Keeway RKV200G.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...