Cari Nota Dengan Cepat...!

Friday, January 15, 2010

Bacaan Mekanis

BACAAN MEKANIS (BERSUARA)
Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti
membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau
apapun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti
membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan
informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah
bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan
terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan
menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai
kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan
yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta
pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata
dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.

Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan;
(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang
betul.
(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa,
kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus.
(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta
tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran
yang lain.
(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan
membaca bersuara.
(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.
(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

*sumber tidak diketahui nama penulis.

RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid. 1997. Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan
Malaysia. Balakong, Selangor; Longman Malaysia
Amdun Husain. 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur;
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. Siri Panduan Guru KBSR Asas Kemahiran
Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka

Jenis Peringkat Membaca

Jenis peringkat membaca:
Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu:
· Bacaan mekanis (bersuara)
· Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)
· Bacaan intensif (mendalam)
· Bacaan ekstensif (meluas)

Sunday, January 10, 2010

Pendekatan Tematif

PENDEKATAN TEMATIF

§ Berkait rapat dengan aktiviti P & P secara kumpulan

§ Sesuai digunakan sebagai proses perbincangan tema dalam aktiviti kumpulan


*nota diambil daripada pensyarah IPGM.

Pendekatan Elektif

PENDEKATAN ELEKTIF

§ Merupakan gabungan pendekatan yang digunakan sebagai satu strategi untuk melaksanakan P & P di dalam kelas.

Contohnya:
Guru menggunakan pendekatan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan yang menjalankan aktiviti pengkayaan dan strategi pemusatan guru untuk kumpulan yang menjalankan pemulihan.


*nota diambil daripada pensyarah IPGM.

Pendekatan Induktif

§ PENDEKATAN INDUKTIF

§ Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat

§ Murid membuat kesimpulan

§ Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan menyediakan contoh-contoh yang sesuai

§ Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid membina kesimpulan

§ BBM harus disediakan untuk memudahkan murid membuat kesimpulan

§ Aktiviti P & P melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan


*nota diambil daripada pensyarah IPGM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...