Cari Nota Dengan Cepat...!

Showing posts with label Pendidikan Sivik. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Sivik. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Contoh Kertas Kerja Projek Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PAGI,

RAUB, PAHANG

PROJEK KEWARGANEGARAAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TAHUN 4

TEMA: MALAYSIA NEGARAKU

TAJUK:

PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIA

GURU PENASIHAT:

Ali Bin Abu

Azmi Bin Azman

TEMPOH:

3 OGOS 2011 HINGGA 24 OGOS 2011

TAHUN 4 : PORTFOLIO PERDANA MENTERI – PERDANA MENTERI MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Dalam sistem pendidikan sekolah rendah, guru berperanan dalam mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam diri setiap pelajar. Potensi tersebut seharusnya dikembangkan dan digilap untuk menghasilkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.

Sempena Bulan Kemerdekaan Negara pada bulan ini, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk murid yang bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, menghargai pemimpin-pemimpin negara dan tokoh-tokoh kemerdekaan negara ke dalam diri murid. Selain itu, ia bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid disamping mengasah bakat murid.

Antara projek atau aktiviti yang dirancang bagi membolehkan murid mengetahui nama-nama pemimpin negara ialah Projek Portfolio Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang warganegara Malaysia, setiap individu perlu tahu setiap nama Perdana Menteri Malaysia yang pernah memimpin negara sebagai tanda menghargai dan cintakan negara.

3.0 MATLAMAT

1. Mengeratkan silaturrahim antara murid-murid dengan guru-guru.

2. Memupuk nilai kerjasama terhadap kumpulan bagi menghasilkan sesuatu kerja.

3. Dapat membina pengetahuan baru dan pengetahuan am dalam diri murid tentang pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia.

4. Untuk memeriahkan lagi hari kemerdekaan tahun ini.

5. Dapat mengembangkan peranan dalam melakukan perkara dalam satu pasukan.

4.0 OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada murid dalam mencari idea-idea kreativiti sendiri dalam membina pengetahuan tentang Perdana Menteri Malaysia.

2. Memberi ruang kepada murid bagi mempamerkan kreativiti tersendiri.

3. Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 3 Ogos 2011 hingga 24 Ogos 2011

5.2 Hari : Selasa

5.3 Masa : 10.45 hingga 11.45

5.4 Tempat : SK Seri Pagi

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Tahun 4

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK

Penaung : Tuan Haji Muhamad Bin Azmir

Guru Penasihat :

1. Pengerusi : Muhd Roqkaimi Akimi

2. Naib Pengerusi : Muhd Fakrull Nizam

3. Setiausaha : Shasya Amira

4. Bendahari : Muhd Arif

a. Ahli Jawatankuasa : Fadhilah, Hisyam, Aiezad, Alif Danial,

Safikah, Athirah, Nabila, Humaira, Aiman

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Fail 1 Inci = RM4 X 4 (RM16)

2. Pembalut Hadiah = RM1 X 4 (RM4)

3. Kertas Warna A4 = RM4.00 X 1 (RM4)

Jumlah = RM 24.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

Guru Praktikum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 dan 5.

.

10.0 Penutup

Perlaksanaan program ini untuk melahirkan erti kemerdekaan antara semua murid di sekolah ini. Murid juga dapat mengenal nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dari zaman kemerdekaan sehingga sekarang.

Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang dan kerjasama yang optimum dan sebaiknya daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program ini. Berharap agar usaha murni ini akan dapat memberikan faedah dan manfaat terhadap murid .

BORANG PELAKSANAAN PROJEK

TAJUK PROJEK : PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIA

BIL

TARIKH

MASA

AKTIVITI

1.

2.

3.

4.

3.8.2011

(Selasa)

10.8.2011

(Selasa)

17.8.2011

(Selasa)

24.8.2011

(Selasa)

10.45 – 11.45 pagi

10.45 – 11.45 pagi

10.45 – 11.45 pagi

10.45 – 11.45 pagi

1. Menerangkan projek yang akan

dijalankan.

2. Pembentukan AJK dan senarai tugas.

1 .Merancang bahan dan alatan

2. Pembelian bahan dan alatan

3. Menyediakan bahan untuk membuat folio

4. Merancang tugasan dan jadual tugasan

1.Mencari bahan portfolio dari pelbagai

sumber.

2.Setiap kumpulan membuat tugasan yang

diberi.

1. Menyiapkan refleksi individu.

2. Melengkapkan folio

3. Menghantar refleksi dan folio

4. Penilaian

Thursday, October 13, 2011

Contoh Laporan Kekuatan dan Kelemahan Projek Kewarganegaraan Yang Telah Dijalankan (PSK)

Kekuatan Projek Kewarganegaraan

Terdapat pelbagai kebaikan dan kekuatan projek kewarganegaraan ini semasa dijalankan. Melalui projek ini:

1. Dapat membina pengetahuan baru dan pengetahuan am dalam diri murid tentang pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia. Projek ini memerlukan murid mencari bahan daripada buku-buku, majalah-majalah, akhbar dan internet berkaitan tokoh Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia. Murid dilatih untuk mencari dan mengolah bahan secara kendiri serta tidak terlalu bergantung kepada bahan yang diberi oleh guru.
2. Projek ini menjadikan murid lebih kerap berkomunikasi dan berbincang sesama rakan dalam kelas. Setiap murid diberi peranan dan tugas untuk dilakukan dan mereka perlu memberi kerjasama yang baik untuk memastikan projek yang dibuat berjalan lancar. Kemahiran komunikasi murid diasah dan ditingkatkan.
3. Menjadikan masa lapang murid ketika di sekolah atau di rumah terisi dengan aktiviti berfaedah. Projek ini memerlukan murid mencari bahan berkaitan tokoh perdana menteri Malaysia daripada bahan bercetak seperti akhbar dan majalah yang terdapat di rumah. Selain itu, secara tidak langsung murid membaca bahan tersebut dan menimba ilmu pengetahuan baru.
4. Projek Kewarganegaraan ini berjaya menambah lagi kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan. Murid bergerak aktif dan memeriahkan suasana sambutan Bulan Kemerdekaan.
5. Projek ini telah memberi pengalaman kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan projek di sekolah daripada sebelum pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan. Contohnya penghasilan kertas kerja dan menguruskan murid semasa projek dilaksanakan.
6. Memberi pendedahan kepada guru pelatih bagaimana mengurus dan mengawal murid semasa sesuatu aktiviti atau projek berjalan. Selain itu, guru pelatih belajar bagaimana untuk menulis kertas kerja, mencari sumber kewangan, membahagikan tugas, merancang masa dan sebagainya yang berkaitan pengurusan sesuatu aktiviti projek.
7. Memberi peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan ilmu teori yang dipelajari di IPG dalam situasi sebenar di sekolah.


Kelemahan Projek Kewarganegaraan

Terdapat beberapa kelemahan dalam projek kewarganegaraan ini semasa dijalankan. Antaranya ialah:

1. Kekurangan pengalaman guru pelatih dalam mengurus sesuatu projek menyebabkan projek kewarganegaraan ini mengambil masa yang agak lama untuk dimulakan.
2. Pengurusan masa yang kurang cekap. Terdapat aktiviti yang tidak dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan kerana bertembung dengan aktiviti sekolah. Terdapat juga masalah apabila murid tidak membawa bahan projek ke sekolah pada hari aktiviti. Hal ini menyebabkan segelintir murid ketinggalan dalam proses menyiapkan portfolio projek berbanding murid lain.
3. Guru kerap membantu murid seperti memberi bahan. Contohnya bahan-bahan bercetak dan bergambar. Hal ini menyebabkan murid kurang mencari sendiri bahan dan terlalu bergantung kepada guru. Guru sebenarnya hanya berperanan sebagai pembimbing.
4. Terdapat beberapa orang murid yang kurang bersungguh dalam melaksanakan projek. Mereka bersikap sambil lewa dan tidak tidak mengambil berat. Mereka perlu diberi pengawasan yang lebih dan arahan yang kerap.
5. Faktor kekurangan alat pencetak menyebabkan murid sukar menghasilkan bahan untuk portfolio mereka. Bantuan guru diperlukan untuk mencetak bahan bertulis atau bergambar. Hal ini melambatkan proses menyiapkan portfolio murid.
6. Pemilihan waktu aktiviti yang kurang sesuai seperti waktu rehat dan waktu selepas P&P. Murid dalam keadaan letih dan kurang bersedia menyebabkan murid kurang bersemangat menjalankan aktiviti.


Cadangan Penambahbaikan

1. Aktiviti yang dijalankan kurang melibatkan luar kelas. Guru boleh membawa murid ke perpustakaan atau kawasan sekolah untuk mencari bahan berkaitan tokoh perdana menteri Malaysia.
2. Memandangkan murid tinggal di kawasan kampung, bahan seperti akhbar di rumah mereka kurang. Guru boleh membawa akhbar sendiri atau milik sekolah untuk diberikan kepada murid. Murid boleh mencari bahan dengan mudah dan banyak pilihan.
3. Guru boleh membawa murid ke makmal komputer untuk mencari bahan daripada internet. Bahan daripada internet lebih pelbagai dan menarik serta mempunyai unsur multimedia.
4. Guru perlu memberi amaran tegas sekiranya murid gagal membawa bahan aktiviti dan kurang memberi kerjasama kepada ahli kumpulan.
5. Guru boleh membawa bahan multimedia berkaitan tokoh perdana menteri Malaysia semasa aktiviti berjalan untuk mengelak suasana bosan murid.
6. Guru perlu meminta panduan dan bimbingan daripada guru pembimbing praktikum dengan lebih kerap agar perancangan dan pelaksanaan projek berjalan dengan lebih baik.
7. Guru boleh mencari contoh portfolio untuk ditunjukkan kepada murid sebagai panduan.

Thursday, August 11, 2011

Prinsip Raja Berperlembagaan

  1. YDPA sebagai ketua negara (Bahagian 4, Bab 1, Per 32)
  2. Dipilih oleh Majlis Raja-Raja secara bergilir selepas 5 tahun
  3. Kuasa tertinggi dalam perundangan, pentadbiran, kehakiman (Per. 39)
  4. Kuasa dikawal oleh perlembagaan
  5. Ketua agama Islam, lambang negara, tumpuan kesetiaan dan perpaduan
  6. Dibantu oleh Timbalan YDPA
  7. Kuasa isytihar darurat

Demokrasi Di Malaysia

Demokrasi berasal daripada perkataan Demos (rakyat) dan kratia (Pemerintahan) =

"Satu sistem politik yang memberikan ruang dan hak kepada rakyat untuk membuat keputusan. Pemerintah dari rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat."

Amalan Demokrasi Berparlimen di Malaysia:
  1. Pemilihan pemimpinan dibuat melalui sistem pilihanraya ( 5 tahun sekali)
  2. Dijalankan oleh SPR
  3. Ahli dilantik oleh YDPA
  4. Wakil yang dipilih menduduki Parlimen yang menjalankan pentadbiran melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan

Prinsip Utama Sistem Demokrasi:

  1. Parlimen
  2. Dewan Negara
  3. Dewan Rakyat
  4. Kebebasan Asasi
  5. Raja Berperlembagaan
  6. Perlembagaan
  7. Ketua Negeri
  8. Pilihan Raya


Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegar yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Konsep Kewarganegaraan:

“Penduduk sebuah negara atau bangsa yang berdasarkan Sebagai "penduduk sebuah negara atau bangsa yang berdasarkan keturunan, tempat kelahiran, dan sebagainya mempunyai kewajiban dan hak penuh sebagai seorang warga dari negara itu”

Warga suatu negara yang ditetapkan berdasarkan peraturan perundangan”. Keturunan, tempat kelahiran, dan sebagainya mempunyai hak penuh dan kewajipan sebagai seorang warga negara dari itu.

Encyclopedia Americana memberikan definisi tentang kewarganegaraan: "Kewarganegaraan adalah suatu hubungan antara individu dan negara melibatkan individu penuh keahlian politik di negara bahagian dan tetap setia kepada itu."

Kewarganegaraan iaitu "Merupakan Suatu keahlian kepada sebuah komuniti politik yang kini lebih biasa Merupakan sebuah negara yang membawa penyertaan hak-hak politik. Seorang individu yang memiliki keahlian ini dinamakan warga negara



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...