Cari Nota Dengan Cepat...!

Showing posts with label harga motosikal. Show all posts
Showing posts with label harga motosikal. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Yamaha XJ6 2013 Naked Malaysia Price & Review

Yamaha XJ6 2013 Malaysia Versi Naked. Harga dijangka RM38,000

Yamaha XJ6 merupakan sebuah motosikal berkuasa 600cc yang telah berada di pasaran Malaysia beberapa tahun lalu. Namun, populariti Yamaha XJ6 ini dilihat agak kurang berbanding pencabar terdekatnya iaitu Kawasaki ER6-N dan Kawasaki ER6-F. Mungkin disebabkan faktor rekabentuknya yang agak biasa-biasa sahaja dan kurang garang. Harganya pula RM39,800.00 lebih tinggi berbanding pesaing terdekatnya itu. Namun, Yamaha XJ6 menawarkan jentera yang dikuasakan dengan enjin 600cc 4 inline di mana enjin ini menghasilkan bunyi yang garang dan memukau.

Pendapat penulis semasa mula-mula Yamaha membawa masuk Yamaha XJ6 Diversion versi fairing, kenapa pihak Yamaha tidak membawa masuk sekali model Yamaha XJ6 naked? Model naked dilihat lebih garang dan streetfighter sesuai dengan golongan muda yang berjiwa lasak. Persoalan tersebut terjawab apabila khabar angin begitu panas mengatakan Yamaha akan membawa masuk Yamaha XJ6 2013 versi naked pada tahun 2013. Penulis yakin bahawa model ini akan menjadi panas dan popular dan menjadikan pembeli pening kepala untuk memilih sama ada Kawasaki ER-6n atau Yamaha XJ6 2013 naked ini. Ia juga akan memberi pesaing an kepada Kawasaki Z800 yang baru sahaja keluar tahun lalu.

Apa yang menarik tentang Yamaha XJ6 2013 Malaysia ini adalah kedudukan tempat duduknya yang rendah iaitu 785mm sesuai untuk penunggang Malaysia berbanding kebanyakan superbike adalah 800mm ke atas. Bentuknya juga nampak ringkas tetapi garang serta tidak nampak memberatkan.




Spesifikasi Yamaha XJ6 2013 versi naked:

Engine
Engine type : liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, forward-inclined parallel 4-cylinder, 4-valves
Displacement : 600cc
Bore x stroke : 65.5 mm x 44.5 mm
Compression ratio : 12.2 : 1
Maximum power : 57.0 kW (77.5PS) @ 10,000 rpm
Maximum Torque : 59.7 Nm (6.1 kg-m) @ 8,000 rpm
Lubrication system : Wet sump
Carburettor : Fuel Injection
Clutch Type : Wet, Multiple Disc
Ignition system : TCI
Starter system : Electric
Transmission system : Constant Mesh, 6-speed
Final transmission : Chain


Chassis
Frame : Diamond Shaped
Front suspension system : Telescopic forks
Front travel : 130 mm
Caster Angle : 26º
Trail : 103 mm
Rear suspension system : Linked monoshock with spring preload adjustment
Rear Travel : 130 mm
Front brake : Hydraulic dual disc, Ø 298 mm
Rear brake : Hydraulic single disc, Ø 245 mm
Front tyre : 120/70 ZR17M/C (58W)
Rear tyre : 160/60 ZR17M/C (69W)
 
Dimensions
Overall length : 2,120 mm
Overall width : 770 mm
Overall height : 1,085 mm
Seat height : 785 mm
Wheel base : 1,440 mm
Minimum ground clearance : 140 mm
Wet weight (including full oil and fuel tank): 205 kg / ABS 210 kg
Fuel tank capacity : 17 litres
Oil tank capacity : 3.4 litres



Friday, January 4, 2013

Kawasaki RR 150, Ninja RR 150

Motosikal enjin 2 lejang memang berkuasa walaupun cc kecil. Sebagai contoh, Aprilia RS125 yang boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 160kmj++ walaupun enjin 125cc. Namun untuk memiliki Aprilia RS125 bukanlah murah, motosikal dengan teknologi motoGP itu berharga sekitar RM27,000! Buat masa ini, hanya terdapat 2 model motosikal 2 lejang yang dikeluarkan di Malaysia. Iaitu Yamaha 125ZR dan Kawasaki Ninja KRR ZX150. 

Kawasaki Ninja KRR ZX150. Harga pasaran RM10,800++



Pelbagai nama dan gelaran diberikan kepada motosikal ini. Ada yang menyebut Kawasaki KIPS, Kawasaki Ninja 150, Kawasaki 150 RR, Kawasaki RR, Kawasaki RR 150, Ninja RR 150 dan pelbagai lagi. Tapi apa yang penting, ia merujuk kepada sebuah motosikal keluaran Kawasaki bersesaran 150cc dan jenis sport fullfairing. Pandangan penulis, Kawasaki RR 150 ini mula popular dan diburu pembeli selepas Yamaha mengambil keputusan menghentikan pengeluaran Yamaha RX-Z. Selepas itu, penunggang motosikal mahukan sebuah motosikal 2 lejang yang berkuasa selain Yamaha RX-Z. Sekitar tahun 2010, Kawasaki RR 150 ini mula dilihat banyak di jalan raya. Sehingga pada tahun 2012, boleh dikatakan semua peminat motosikal tanah air mengenali model ini walhal sebelum ini ia tidak begitu popular walaupun telah lama berada di pasaran.

Terdapat beberapa sebab kenapa Kawasaki RR 150 ini mendapat perhatian dalam hati peminat motosikal. Pertama, harganya yang berbaloi iaitu RM10,800 (ikut tempat). Kedua, enjin 2 lejang 150cc yang berkuasa maksimum 30.0PS dan tork maksimum 21.6Nm menyamai kuasa motosikal 250cc 4 lejang di pasaran sekarang. Ketiga,  enjin Kawasaki RR 150 ini dilengkapi dengan liquid-cooled, di mana ia memberi keyakinan untuk perjalanan jauh. Pengalaman penulis, banyak penunggang Kawasaki RR 150 ini memecut habis di lebuh raya tanpa was-was. Keempat, reka bentuknya yang super sport kelihatan besar dan tegap berbanding motor kapcai.

Boleh dikatakan Ninja RR 150 ini adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang inginkan sebuah motosikal pada harga mampu milik, masih bergelar pelajar atau pekerja baru, mahu sebuah motosikal yang berkuasa bawah 150cc dan memecut laju memotong kenderaan lain di lebuh raya.

Untuk spesifikasi penuh, klik sini.

Thursday, January 3, 2013

Megelli 250S Malaysia Review & Price

Jika disebut motosikal 250cc di Malaysia, nama-nama seperti Kawasaki Ninja 250R, Honda CBR250R dan Naza Blade 250R sudah tentu dikenali oleh penunggang di seluruh Malaysia. Nama-nama tersebut cukup sebati dan menjadi idaman bagi penunggang yang inginkan motosikal berkapasiti sederhana pada harga yang munasabah.

Megelli 250S. Harga pasaran RM16,720


Sumber gambar. bhauto

Terbaru, sebuah jenama dari UK iaitu Megelli telah memperkenalkan sebuah motosikal naked berkuasa 250cc ke pasaran Malaysia. Pertama kali memandang gambarnya, Megelli 250S ini ada iras-iras seperti Ducati Streetfighter. Jika dilihat pada spesifikasi enjin satu silindernya, ia mengeluarkan kuasa maksimum setinggi 26hp dan tork maksimum setinggi 22.8Nm. Jumlah tersebut mungkin biasa-biasa sahaja bagi sebuah jentera 250cc namun jika dilihat pada berat kasar yang hanya 122kg, sudah pasti ia lebih berkuasa dan agresif berbanding pencabar jentera 250cc terdekatnya yang rata-rata mempunyai berat kasar 160kg++.

Fork hadapan adalah jenis USD seperti kebanyakan fork superbike. Motosikal ini juga dilengkapi tayar buatan Pirelli Sport Demon. Bukan mudah untuk melihat pengeluar motosikal bawah 250cc memasang tayar berjenama Pirelli pada motosikal keluaran kilang mereka. Selain itu, motosikal ini adalah jenama dari UK dan dipasang di China.

Masih lagi menggunakan karburetor sebagai sistem minyak. Namun, penggunaan karburetor masih lagi relevan untuk sesetengah perkara. Bagi kaki modifikasi, sudah tentu penggunaan karburetor memudahkan mereka untuk melakukan modifikasi peningkatan kuasa pada sebuah motosikal.

Pendapat penulis, Megelli 250 S ini memberi pilihan kepada penunggang untuk memiliki sebuah motosikal 250cc pada harga yang lebih murah dan reka bentuk yang agresif.

Wednesday, January 2, 2013

Velocita 250cc Malaysia Price & Review

Motosikal sport dan full fairing memang cantik dan memukau. Untuk segmen motosikal bawah 250cc, model Kawasaki Ninja 250R, Naza Blade 250R dan Honda CBR250R begitu popular di Malaysia. Motosikal dengan enjin berkapasiti 250cc dikatakan memadai untuk memecut dengan pantas di lebuh raya menyaingi kenderaan lain seperti kereta.

Namun, harga untuk motosikal tersebut dalam lingkungan RM18,000-RM23,000. Mungkin untuk golongan pelajar khususnya pelajar IPT, nilai tersebut begitu tinggi untuk dimiliki. Justeru, penulis ingin berkongsi sebuah motosikal sport 250cc pada harga mampu milik dan lebih murah. Mungkin ramai yang belum mengetahui.

Velocita 250cc - Redza Motorcycle. Harga RM11,999


Velocita 250cc Sumber gambar




Redza Motorcycle mungkin satu nama baru di Malaysia. Ia adalah kolaborasi rekabentuk Itali dan teknologi Jepun. Buat masa ini, penulis masih lagi kekurangan info berkaitan motosikal ini. Tengok design, memang seperti Yamaha R125 ataupun Yamaha R6. Cun! Berdasarkan iklan di mudah.my, motor ini dah boleh booking. Untuk pertanyaan dan informasi lanjut, klik sini.

Spesifikasi Velocita 250cc tidak rasmi yang diperoleh penulis (mungkin berbeza dengan sebenar) :

Enjin : 165FMM Single Cylinder, 4 Stroke, air-cooling, CBB counter balance shaft engine
Bore x Stroke : 65.5×66.2 (223.4cc)

Max. Power (Kw/R/Min) : 12/7500

Max. Torque (n.m/r/min) : 18.3/6000

Front/Rear tire : 110/70-17  /  130/70-17
Front/Rear wheel : 2.75-17 / 3.75-17

Net Weight (kg) : 128

Benelli Keeway RKV200G Malaysia Review & Price

Pasaran motosikal bawah 250cc di Malaysia bagi penulis agak lembab. Kurang inovasi dan pembaharuan. Model motosikal baru yang keluar selalunya berspesifikasi biasa-biasa sahaja. Hanya kemasan luaran dan reka bentuk berubah. Penunggang motosikal terutamanya golongan pelajar dan muda di mana tahap kewangan mereka terhad membataskan kemampuan untuk memiliki motosikal berkuasa besar. 

Jika dilihat 15 tahun lalu, motosikal enjin 2 lejang mendominasi pasaran motosikal berkapasiti kecil. Namun, enjin 2 lejang cukup berkuasa walaupun cc enjin kecil. Lihat sahaja model Yamaha 125ZR, walaupun hanya 125cc, namun kuasa dan kelajuan yang diberikan cukup mantap. Model seperti Yamaha TZM 150, Honda NSR 150, Modenas Dinamik, Suzuki RGV dan Kawasaki KIPS 150 memang menjadi idaman budak muda ketika zamannya. Walaupun enjin 120cc-150cc sahaja, tapi motosikal tersebut cukup berkuasa.

Kini, enjin 2 lejang bukan lagi popular. Katanya atas dasar alam sekitar dan penggunaan bahan api yang kurang efisyen. Kebanyakan motosikal baru adalah enjin 4 lejang. Walaupun lebih menjimatkan dan senyap, namun ia kekurangan kuasa. Bagi penulis, enjin 4 lejang 150cc masih lagi kurang berkuasa namun masih memuaskan. Tidak seperti enjin 150cc 2 lejang yang kuasanya mampu menandingi enjin 250cc 4 lejang.

Memandangkan pengeluar motosikal Jepun dilihat kurang membawa pembaharuan dalam pasaran motosikal bawah 250cc, jenama dari Korea dan China dilihat mula agresif membawa motosikal mereka ke Malaysia kerana melihat permintaan yang positif. Jenama seperti SYM, Benelli, Nimota dan sebagainya dilihat membawa perubahan positif. Mereka mengeluarkan motosikal berkapasiti 250cc, 200cc dan 150cc yang mampu milik dan lebih berkuasa.

Benelli-Keeway RKV200G (200cc 4 lejang)



Terbaru, syarikat Benelli dari China telah membawa masuk model Keeway RKV200G. Motosikal naked ini mempunyai kapasiti enjin 200cc dan dilengkapi USD fork seperti kebanyakan superbike. Dengan panel meter yang canggih, tayar yang lebar sudah tentu membawa imej yang tegap dan yakin.

Benelli-Keeway RKV200G. Harga RM7299.00

Menurut komen dari seorang otai di laman forum motosikal, kualiti motosikal Keeway RKV200G ini berkualiti menyamai kualiti motosikal Jepun. Part plastiknya dibuat daripada plastik bermutu tinggi. Enjin Keeway RKV200G ini menggunakan oil cool seperti Suzuki Belang. Jadi ia sesuai untuk perjalanan jauh dengan yakin. Kuasa tork juga tinggi iaitu 14.5Nm (kapcai standard 125cc-135cc 10-12Nm), sudah tentu tidak menjadi masalah untuk mendaki bukit atau membawa beban. Cuma mungkin tidak setanding dengan KTM Duke 200, namun dengan harga RM7299.00, sudah tentu ianya berbaloi untuk dimiliki.

Motor ni kalau bawak, tentu orang akan pandang dan mengatakan ianya adalah superbike! Kualiti? Ketahanan? Mungkin ramai akan kata motosikal keluaran China dan Korea kurang tahan. Tapi itu dulu, sekarang motosikal keluaran mereka semakin hari semakin meningkat kualitinya. Lihat sahaja skuter SYM 200 tu, banyak di lebuh raya. Selamber. Laju. Beli motor berjenama bagus pun kalau tak reti jaga barai jugak kan. Jadi, kalau inginkan sebuah motosikal dengan enjin yang lebih besar berbanding kapcai tetapi pada harga berpatutan dan kualiti not bad, banyak pilihan antaranya Keeway RKV200G.




Honda NC700X, NC700S Malaysia Price

Jika anda kaki motor, sudah pasti anda perasan kebanyakan big bikers di Malaysia gemar menggunakan motosikal jenis adventure seperti BMW R1200GS. Hal ini kerana permukaan jalan raya Malaysia yang pelbagai seperti lebuh raya, jalan kampung, jalan tanah merah, jalan berselekoh dan berbagai lagi. Motosikal jenis adventure ini sangat sesuai untuk memenuhi kepelbagaian jenis jalan tersebut.

Namun, untuk harga motosikal berjenama BMW tentulah tinggi dan tidak semua penunggang mampu untuk memilikinya. Jadi, pada tahun 2013 terdapat khabar angin mengatakan bahawa Honda akan membawa masuk motosikal jenis adventure pada harga yang lebih mampu milik. Ia adalah Honda NC700X dan Honda NC700S

1. Honda NC700X. Harga dijangka RM49,000

Motosikal berkapasiti 670cc dan enjin jenis parallel twin dengan kedudukan enjin yang sedikit condong sudah tentu menarik perhatian peminat motosikal. Rekabentuk yang garang dan tajam menyerlahkan lagi kemampuan jentera ini untuk meratah setiap jenis permukaan jalan raya. Jika benar ianya dibawa masuk ke Malaysia dan harga dalam lingkungan RM49,000, sudah tentu ianya mampu menarik perhatian bakal pembeli.



Honda NC700X 2013

Untuk spesifikasi penuh, klik sini.

2. Honda NC700S. Harga dijangka RM47,000

Kemungkinan untuk model ini adalah sama dengan model Honda NC700X namun terdapat sedikit kelainan dari segi variasi.

KTM Duke 390 Malaysia Price

Pada awal tahun 2012, terdapat rumours mengatakan bahawa KTM Malaysia akan membawa masuk model KTM Duke 200 ke Malaysia. Dan ternyata ianya benar. Kini, pada tahun 2013 terdapat khabar angin bahawa KTM akan membawa masuk model KTM Duke 390 pula ke Malaysia. Berita baik sesiapa yang mahukan sebuah jentera kecil dan ringan tetapi dengan kapasiti enjin yang besar dan berkuasa. Harapnya ia betul-betul dibawa masuk ke Malaysia nanti.

KTM Duke 390. Harga dijangka RM27,000.

Jika dilihat dari segi luaran, ianya kelihatan sama sahaja dengan KTM Duke 125 dan KTM Duke 200. Cuma chasiss diberi warna oren. Dengan enjin satu silinder berkapasiti 373.2cc, kuasa setinggi 44hp dipadankan dengan berat kering yang hanya 139kg, sudah tentu ianya sebuah jentera yang siap sedia untuk meratah setiap selekoh dan memanjat bukit seperti Genting Highlands dengan mudah.

Mungkin ramai mengatakan jentera ini agak mahal dan sedikit kelihatan kecil, namun penulis percaya ianya sebuah jentera yang hebat dan berbaloi seperti adiknya KTM Duke 200. Penulis merasakan jentera ini sangat sesuai untuk rider yang sukakan cabaran meratah bukit dan selekoh serta mengharungi kesibukan kota dengan mudah. Bentuknya yang garang dan menampakkan aura 'true rider'.

Untuk spesifikasi penuh, klik sini.
KTM 390 Duke 2013

Honda CBR500R, CB500F, CB500X 2013 Malaysia Price

Penulis merupakan seorang peminat dunia permotoran. Semasa belajar di IPT, penulis sering mengikuti konvoi dan mengembara ke seluruh pelusuk negeri dengan menunggang motosikal. Boleh dikatakan dalam dunia permotoran di Malaysia sering mendengar khabar angin atau rumours berkaitan kedatangan model baru motosikal. Dan kebanyakan rumours itu adalah benar. Sebagai contoh, pada akhir tahun 2010 terdapat khabar angin mengatakan model baru Yamaha 135lc 5 Speed akan dibawa masuk ke Malaysia dan akhirnya ianya betul-betul dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2011. KTM Duke 200 dikhabarkan akan dibawa masuk ke Malaysia dan akhirnya pada tahun 2012 ianya menjadi realiti dan mula banyak kelihatan di jalan raya Malaysia.

Jadi, sempena tahun baru 2013 ini apakah khabar angin/rumours berkaitan model baru yang mungkin dibawa masuk ke Malaysia? Di bawah penulis menyenaraikan beberapa model motosikal yang dijangka akan dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2013 berdasarkan beberapa sumber yang dipercayai. Harapan agar ianya betul-betul dibawa masuk dan memberi pilihan yang pelbagai kepada pembeli.

1. Honda CBR500R. Harga dijangka RM28,000

Merupakan sebuah motosikal sport berkapasiti 500cc dan kategori middleweight. Dilengkapi enjin 2 silinder sebaris. Boleh dikatakan sebagai abang kepada Honda CBR250R.


Untuk spesifikasi, sila klik sini.

2. Honda CB500F. Harga dijangka RM25,000

Merupakan sebuah motosikal naked berkapasiti 500cc dan kategori middleweight. Juga dilengkapi enjin 2 silinder sebaris. Kemungkinan menjadi pencabar kepada Kawasaki ER-6n.


Untuk spesifikasi, sila klik sini.

3. Honda CB500X. Harga dijangka RM27,000

Merupakan sebuah motosikal sport tourer seperti BMW R1200GS berkapasiti 500cc. Dilengkapi enjin 2 silinder sebaris. Sesuai untuk kegunaan pengembara dan perjalanan jarak jauh. Melihat reka bentuknya ia sesuai untuk onroad dan offroad.


Untuk spesifikasi, sila klik sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...