Cari Nota Dengan Cepat...!

Thursday, January 3, 2013

Megelli 250S Malaysia Review & Price

Jika disebut motosikal 250cc di Malaysia, nama-nama seperti Kawasaki Ninja 250R, Honda CBR250R dan Naza Blade 250R sudah tentu dikenali oleh penunggang di seluruh Malaysia. Nama-nama tersebut cukup sebati dan menjadi idaman bagi penunggang yang inginkan motosikal berkapasiti sederhana pada harga yang munasabah.

Megelli 250S. Harga pasaran RM16,720


Sumber gambar. bhauto

Terbaru, sebuah jenama dari UK iaitu Megelli telah memperkenalkan sebuah motosikal naked berkuasa 250cc ke pasaran Malaysia. Pertama kali memandang gambarnya, Megelli 250S ini ada iras-iras seperti Ducati Streetfighter. Jika dilihat pada spesifikasi enjin satu silindernya, ia mengeluarkan kuasa maksimum setinggi 26hp dan tork maksimum setinggi 22.8Nm. Jumlah tersebut mungkin biasa-biasa sahaja bagi sebuah jentera 250cc namun jika dilihat pada berat kasar yang hanya 122kg, sudah pasti ia lebih berkuasa dan agresif berbanding pencabar jentera 250cc terdekatnya yang rata-rata mempunyai berat kasar 160kg++.

Fork hadapan adalah jenis USD seperti kebanyakan fork superbike. Motosikal ini juga dilengkapi tayar buatan Pirelli Sport Demon. Bukan mudah untuk melihat pengeluar motosikal bawah 250cc memasang tayar berjenama Pirelli pada motosikal keluaran kilang mereka. Selain itu, motosikal ini adalah jenama dari UK dan dipasang di China.

Masih lagi menggunakan karburetor sebagai sistem minyak. Namun, penggunaan karburetor masih lagi relevan untuk sesetengah perkara. Bagi kaki modifikasi, sudah tentu penggunaan karburetor memudahkan mereka untuk melakukan modifikasi peningkatan kuasa pada sebuah motosikal.

Pendapat penulis, Megelli 250 S ini memberi pilihan kepada penunggang untuk memiliki sebuah motosikal 250cc pada harga yang lebih murah dan reka bentuk yang agresif.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...