Baru-baru ini, penulis berpeluang menonton sebuah filem Inggeris bertajuk Upside Down. Sebelum itu, penulis ingin memberi rating 8/10 untuk filem ini. Haha Setelah sekian lama menantikan sebuah fiksyen sains yang lain dari yang lain, akhirnya Upside Down berjaya memuaskan hati penulis. Yang penting, filem ini tiada makhluk asing, zombie mahupun makhluk halimunan yang membosankan dan biasanya ada di dalam filem fiksyen sains.
Filem ini mengisahkan tentang dua dunia seperti dunia kita yang biasa ini. Namun, dua dunia ini saling bertentangan dan berada di orbit yang sama. Senang cerita, kalau korang dongak kat langit, korang akan nampak bumi yang satu lagi. Dekat giler, seolah-olah dah nak berlanggar. Dua-dua bumi ini dihuni oleh manusia yang sama. Setiap bumi mempunyai daya graviti masing-masing. Bumi di bahagian atas dipanggil Uptop manakala bumi di bawah dipanggil Downside.
Uptop merupakan bumi yang maju dan kaya manakala Downside merupakan bumi yang mundur. Paling menarik, sekiranya orang Downside cuba pergi ke Uptop, orang Downside tetap akan ditarik oleh daya graviti Downside, maknanya dia akan terapung dan terbang ke arah Downside semasa cuba berada di Uptop. Perkara sama juga akan berlaku jika orang Uptop cuba pergi ke Downside. Dan jika ada barang dari Downside dibawa masuk ke Uptop, barang tersebut akan ditarik oleh graviti yang berlawanan.
Walaupun kedua-dua bumi ini dihuni oleh manusia yang sama, namun manusia di Downside tidak boleh masuk ke Uptop, sama juga manusia di Uptop tidak boleh masuk ke Downside. Itu hukum dunia dalam cerita ini. Nak dijadikan cerita, seorang lelaki dari Downside telah bertemu dengan seorang gadis di Uptop ketika mereka sama-sama lepak di puncak gunung yang begitu dekat dengan kedua-dua dunia ini. Mereka jatuh cinta. Namun, adakah cinta mereka bersatu walaupun berlainan dunia? Haaa... Silalah tonton filem ini untuk mendapat jawapannya.
Filem ini dilakonkan oleh hero yang hensem bernama Jim Sturgess dan heroin dilakonkan oleh Kirsten Dunst.
No comments:
Post a Comment