Cari Nota Dengan Cepat...!

Tuesday, April 19, 2011

Kelebihan Power Point dan Kelemahan Power Point

Kelebihan Power Point

a) Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.

b) Menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian.

c) Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan bila-bila sahaja.

d) Dapat melahirkan animasi slaid.

e) Sesuai untuk membina kemahiran menulis pelajar terutamanya dalam merumuskan karangan.

Kelemahan Power Point

a) Perlu mempertimbangkan keperluan penggunaan kesan animasi dalam menyediakan slaid supaya pelajar tidak hanya tertarik kepada animasi slaid.

b) Memerlukan kemahiran dan pengetahuan dari segi peruntukan wang, pengawalan masa pembelajaran sebenar, tempat yang sesuai serta kemudahan teknologi komputer yang lengkap.

c) Perlu mempertimbangkan kesan penglihatan pelajar terhadap slaid yang disediakan.

d) Dari segi pengawalan dan pengurusan kelas, perlu sentiasa peka dan menggunakan ‘eye contact’ dalam pengajarannya supaya hubungan dan interaksi dua hala dapat dilakukan di antar guru dengan pelajar.

Penggunaan Perisian Grafik: Power Point

Penggunaan Perisian Grafik: Power Point

Power Point ialah sejenis fail program yang biasanya digunakan untuk menyediakan bahan-bahan persembahan slaid atau pembentangan kertask kerja denga cara yang lebih menarik dan dalam bentuk yang bersepadu dari segi kesan warna, cahaya, pergerakan dan bunyi.

Kelemahan Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan

Kelemahan Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan

  • Penyalahgunaan komputer di kalangan masyarakat termasuk golongan pelajar kerana sukar untu dikawal. Contoh: penyebaran unsur lucah di Internet.
  • Apabila pelajar mendapati apa yang mereka perlukan tidak terdapat dalam PBK, pembelajaran yang berjalan akan menjadi pasif dan membosankan.
  • Pelajar tidak mempunyai pilihan lain selain dari terpaksa melihat dan mempelajari apa yang dipaparkan dalam skrin komputer. Ini menyebabkan pelajar hilang kebolehan membaca dan berfikir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...