Cari Nota Dengan Cepat...!

Showing posts with label Pengajian Sosial. Show all posts
Showing posts with label Pengajian Sosial. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Contoh Kertas Kerja Projek Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PAGI,

RAUB, PAHANG

PROJEK KEWARGANEGARAAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TAHUN 4

TEMA: MALAYSIA NEGARAKU

TAJUK:

PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIA

GURU PENASIHAT:

Ali Bin Abu

Azmi Bin Azman

TEMPOH:

3 OGOS 2011 HINGGA 24 OGOS 2011

TAHUN 4 : PORTFOLIO PERDANA MENTERI – PERDANA MENTERI MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Dalam sistem pendidikan sekolah rendah, guru berperanan dalam mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam diri setiap pelajar. Potensi tersebut seharusnya dikembangkan dan digilap untuk menghasilkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.

Sempena Bulan Kemerdekaan Negara pada bulan ini, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk murid yang bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, menghargai pemimpin-pemimpin negara dan tokoh-tokoh kemerdekaan negara ke dalam diri murid. Selain itu, ia bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid disamping mengasah bakat murid.

Antara projek atau aktiviti yang dirancang bagi membolehkan murid mengetahui nama-nama pemimpin negara ialah Projek Portfolio Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang warganegara Malaysia, setiap individu perlu tahu setiap nama Perdana Menteri Malaysia yang pernah memimpin negara sebagai tanda menghargai dan cintakan negara.

3.0 MATLAMAT

1. Mengeratkan silaturrahim antara murid-murid dengan guru-guru.

2. Memupuk nilai kerjasama terhadap kumpulan bagi menghasilkan sesuatu kerja.

3. Dapat membina pengetahuan baru dan pengetahuan am dalam diri murid tentang pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia.

4. Untuk memeriahkan lagi hari kemerdekaan tahun ini.

5. Dapat mengembangkan peranan dalam melakukan perkara dalam satu pasukan.

4.0 OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada murid dalam mencari idea-idea kreativiti sendiri dalam membina pengetahuan tentang Perdana Menteri Malaysia.

2. Memberi ruang kepada murid bagi mempamerkan kreativiti tersendiri.

3. Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 3 Ogos 2011 hingga 24 Ogos 2011

5.2 Hari : Selasa

5.3 Masa : 10.45 hingga 11.45

5.4 Tempat : SK Seri Pagi

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Tahun 4

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK

Penaung : Tuan Haji Muhamad Bin Azmir

Guru Penasihat :

1. Pengerusi : Muhd Roqkaimi Akimi

2. Naib Pengerusi : Muhd Fakrull Nizam

3. Setiausaha : Shasya Amira

4. Bendahari : Muhd Arif

a. Ahli Jawatankuasa : Fadhilah, Hisyam, Aiezad, Alif Danial,

Safikah, Athirah, Nabila, Humaira, Aiman

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Fail 1 Inci = RM4 X 4 (RM16)

2. Pembalut Hadiah = RM1 X 4 (RM4)

3. Kertas Warna A4 = RM4.00 X 1 (RM4)

Jumlah = RM 24.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

Guru Praktikum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 dan 5.

.

10.0 Penutup

Perlaksanaan program ini untuk melahirkan erti kemerdekaan antara semua murid di sekolah ini. Murid juga dapat mengenal nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dari zaman kemerdekaan sehingga sekarang.

Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang dan kerjasama yang optimum dan sebaiknya daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program ini. Berharap agar usaha murni ini akan dapat memberikan faedah dan manfaat terhadap murid .

BORANG PELAKSANAAN PROJEK

TAJUK PROJEK : PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIA

BIL

TARIKH

MASA

AKTIVITI

1.

2.

3.

4.

3.8.2011

(Selasa)

10.8.2011

(Selasa)

17.8.2011

(Selasa)

24.8.2011

(Selasa)

10.45 – 11.45 pagi

10.45 – 11.45 pagi

10.45 – 11.45 pagi

10.45 – 11.45 pagi

1. Menerangkan projek yang akan

dijalankan.

2. Pembentukan AJK dan senarai tugas.

1 .Merancang bahan dan alatan

2. Pembelian bahan dan alatan

3. Menyediakan bahan untuk membuat folio

4. Merancang tugasan dan jadual tugasan

1.Mencari bahan portfolio dari pelbagai

sumber.

2.Setiap kumpulan membuat tugasan yang

diberi.

1. Menyiapkan refleksi individu.

2. Melengkapkan folio

3. Menghantar refleksi dan folio

4. Penilaian

Wednesday, September 28, 2011

Teori Penduduk Malthus

TEORI PENDUDUK MALTHUS
1. Malthus menyatakan penduduk lebih cenderung bertambah lebih cepat daripada pengeluaran bekalan makanan
2. Penduduk bertambah secara geometri (1,2,4,8,16,32,64,…) manakala bekalan makanan pula bertambah secara arimetik (1,2,3,4,5,6,…..)
3. Oleh itu bekalan makanan tidak mampu menampung penduduk yang kian bertambah
4. Perimbangan boleh dicapai dengan cara menyekat pertambahan penduduk. Di antara caranya ialah dengan kebuluran, perperangan, penyakit yang membawa kematian, mencegah kelahiran dan membujang.

KRITIKAN TERHADAP TEORI MALTHUS./KELEMAHAN TEOARI MALTHUS
1. Pengeluaran makanan bertambah kerana teknologi dalam pengeluaran makanan- benih yang bermutu tinggi, baka baik, baja kimia, racun serangga membolehkan hasil pengeluaran pertanian bertambah berlipat kali ganda.
2. Kemajuan dalam system pengangkutan- bekalan makanan dapat diagihkan ke kawasan yang mengalami masalah kekurangan bekalan makanan
3. Pertambahan penduduk tidak bertambah secepat seperti yang diramalkan oleh Maltuhs kerana kejatuhan dalam kadar kelahiran terutamanya di negara maju
4. Teori Malthus tidak tepat di negara maju tetapi boleh diterima di negara mundur

Friday, August 5, 2011

Maksud Perbandaran

MAKSUD PEMBANDARAN/URBANISASI:

Pembandaran/urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.

ASPEK-ASPEK PROSES PEMBANDARAN

i. pertambahan jumlah dan peratus poenduduk yang tinggal di kawasan bandar –bandar- lebih 10 000 orang
ii. perluasan saiz bandar , pertambahan bangunan, ruang perniagaan, kawasan petempatan bandar, peningkatan sistem pengangkutan, pertambahan fingsi bandar dll
iii. Perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk dari kawasan ekonomi tradisional /pertanian kepada eknomi moden seperti perkilanagan, perkhidmatan, perniagaan, perdaga gan dll
iv. Perubahan cara hidup dari tradisional kepoda nilai dan gaya hidup bandar yahg lebih moden

Langkah Seimbangkan Taburan Penduduk

a) Membangunkan kawasan luar Bandar
b) Menyediakan kemudahan pembandaran di kawasan luar Bandar
c) Membina pusat-pusat pengajian tinggi di luar bandar
d) Mengadakan rancangan-rancangan pembangunan wilayah- pembukaan wilayah baru
e) Memodenkan sector pertanian
f) Membawa industri ke kawasan luar bandar.

Monday, August 1, 2011

Faktor Taburan Penduduk Tidak Seimbang


a) Faktor Fizikal

i. bentuk muka bumi yang berbeza – tanah tinggi – jarang penduduk
tanah rendah – tumpuan penduduk

b) Faktor Ekonomi

i. pusat perindustrian
ii. pusat perdagangan
iii. pusat perniagaan

c) Faktor Politik

i. pusat pentadbiran
ii. dasar kerajaan

d) Faktor Sosial

i. pusat pendidikan
ii. pusat kegiatan budaya dan social

e) Faktor kemudahan pengangkutan

i. jalan raya yang baik
ii. jalan kereta api yang baik
iii. pengangkutan awam yang cekap

f) Faktor Sejarah

i. Lebih awal dimajukan/dibuka/ diberi tumpuan
ii. Penghijrahan dari luar.

Monday, July 25, 2011

Kesan Positif Pertumbuhan Penduduk Yang Pesat

KESAN POSITIF PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT

1. Pembangunan tanah untuk pertanian dapat dimajukan- pengeluaran bahan makanan meningkat, menghasilkan bahan mentah yang banyak dan meningkatkan eksport.
2. Penerokaan sumber dapat dipergiatkan kerana tenaga kerja yang banyak dan cukup
3. Kegiatan pembalakan dapat dimajukan
4. Kegiatan perikanan dapat dimajukan
5. Mengeksport tenaga buruh keluar negara- mendapat tukaran wang asing
6. Pasaran yang tempatan yang luas untuk memasarkan hasil keluaran barangan negara
7. menguatkan pertahanan negara

Masalah Penduduk Lebihan

1. Golongan penduduk muda yang tinggi membebankan penduduk dewasa.

2. Kemiskinan semakin meningkat- akibat penduduk yang ramai,sumber pendapatan tidak mencukupi, tanah pertanian yang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang ramai.

3. Pertambahan tanggungan / beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas – pendidikan, kesihatan bagi menampung keperluan penduduk muda.

4. Kekurangan peluang pekerjaan – penduduk ramai pekerjaan terhas berlakunya pengangguran.

5. Kepadatan penduduk Bandar tinggi- berlaku kesesakan seperti setinggan dan masalah sosial.

6. taraf hidup rendah- negara tidak maju.

7. Taraf pendidikan rendah, tidak semua rakyat dapat menikmati peluang pendidikan- kadar buta huruf tinggi.

8. Kekurangan makanan- kebuluran kerana hasil pengeluaran makanan tidak dapat menampung jumlah penduduk.

9. Masalah perumahan yang tidak mencukupi.

10. Kurang kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan.

Kesan Pertumbuhan Pendudukan Yang Pesat

KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT

PENDUDUK LEBIHAN : Penduduk yang ada melebihi daripada sumber-sumber yang ada atau sumber-sumber yang ada tidak bertambah tetapi penduduk yang bertambah. Penduduk bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada menyebabkan pengeluaran perkapita yang rendah. Sumber-sumber yang ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ada.

Tuesday, July 5, 2011

Dasar Kependudukan Negara Malaysia

DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA

1. Malaysia telah melaksanakan satu dasar kependudukan iaitu untuk mencapai matlamat negara Malaysia mempunyai 70 juta penduduk dalam tempoh 100 tahun akan datang.

2. Dasar kependudukan ini dilaksanakan adalah untuk mempastikan pertumbuhan penduduk adalah seiring dengan daya pengeluaran negara

3. Selain itu dasar kependudukan negara adalah bertujuan untuk :

i. menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk pembangunan negara tanpa perlu bergantung kepada tenaga kerja asing
ii. meningkatkan daya pengeluaran negara
iii. meningkatkan daya pembelian nasional/pasaran tempatan
iv. untuk keselamatan negara dengan mempunyai rakyat yang aman dan negara yang kuat dari segi pertahanan.

Friday, June 10, 2011

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian rendah (negara maju)

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian rendah (negara maju)

i. taraf hidup tinggi- makanan berzat, seimbang, kesedaran penjagaan kesihatan
ii. taraf perubatan dan kesihatan moden- banyak penyakit berbahaya boleh diubati dengan kaedah rawatan moden
iii. dasar kerajaan- membasmi penyakit dari awal – imunisasi
iv. pendidikan kesihatan sejak dari sekolah tentang amalan hidup sihat

Faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian tinggi (negara membangun)

Faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian tinggi (negara membangun)

i. taraf hidup yang rendah – kurang zat makanan, penjagaan kesihatan yang tidak baik
ii. taraf kesihatan yang rendah- banyak wabak penyakit yang merebak dan tidak dapat dikawal.
iii. Politik- perang saudara, pencerobohan
iv. Adat/agama – adat yang menggalakkan suami mati isteri membunuh diri.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran rendah (Negara maju)

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran rendah (Negara maju)

i. kadar fertility rendah – kahwin pd usia yang lewat
ii. amalan perancangan keluarga- mengehadkan bilangan ahli keluarga kerana kesibukan tugas / kos hidup tinggi
iii. wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi – lebih suka hidup membujang
iv. dasar kerajaan mengehadkan bilangan anak untuk mengelakkan kesesakan tempat tinggal – jepun dan singapura

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran tinggi (Negara Membangun)

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran tinggi (Negara Membangun)


i. kadar fertility tinggi- kahwin di usia muda
ii. kegagalan amalan perancangan keluarga
iii. tahap pendidikan rendah
iv. tahap kesihatan yang baik – penjagaan kesihatan ibu dan bayi- mengurangkan risiko kematia ibu dan bayi
v. dasar kerajaan – menggalakkan bilangan penduduk ramai untuk pembangunan ekonomi.

Tuesday, May 3, 2011

Komponen Litosfera

KOMPONEN LITOSFERA

i. lapisan luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan(benua dan pulau
ii. meliputi 29.3 % permukaan bumi dan selebihnya dasar laut. Ketebalam 50 km di permukaan bumi dan 5 km di dasar laut.
iii. Komponen utama- batuan dan mineral
iv. Sumber tanih yang subur untuk aktiviti pertanian-tanih laterit. Tanih gambut, tnih aluvium

Komponen Biosfera

KOMPONEN BIOSFERA

i. Bahagian kerak bumi dan atmosfera – yang dihuni oleh manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan mikro organisme , bakteria, protoza dll
ii. terdiri daripada beberapa ekosistem- ekosostem hutan, paya bakau, tasik, muara dll
iii.menjadi habitat atau tempat tinggal untuk segala hidupan, membekalkan makanan, dan kaya dengan sumber biologi/ biodivesiti flora dan fauna kayu balak
iv. kepentingan kepada manusia- makanan,perubatan, tadahan air, ekopleancongan, kayu dll

Friday, December 3, 2010

MASALAH DI LUAR BANDAR

MASALAH DI LUAR BANDAR

i. kekurangan tenaga keja khususnya di sektor pertanian
ii. pembaziran sumber alam- tidak dapat dimajukan- tiada penduduk

MASALAH PEMBANDARAN

MASALAH PEMBANDARAN

8.1. MASALAH DI KAWASAN BANDAR
i. masalah pengangguran dan kemiskinan bandar-penduduk ramai, kerja kurang, kurang pendidikan dan tidak dapat bersaing
ii. masalah perumahan dan fenomena persetingganan-tidak mampu memiliki rumah
iii. masalah persekitaran fizikal bandar- pencemaran udara, air, tanah, bau, bunyi
iv. Masalah persekitaran sosial bandar- kadar jenayah, pelacuran, pengedaran dadah , kesihatan dll
v. Masalah ke atas sumber-sumber alam di bandar- tekanan terhadap sumber tanah, kepupusan hutan, kerosakan sumber-tanah menjadi mahal

Thursday, December 2, 2010

FENOMENA PEMBANDARAN

FENOMENA PEMBANDARAN


7.1. REBAKAN BANDAR
Proses perluasan saiz bandar dan pengaruh bandar dari kawasan pusat bandar ke pinggir bandar
Berkembang sejajar dengan perkembangan sistem jaringan pengangkutan

7.2. SUBBANDAR
Murujuk kepada kawasan pinggir bandar
Kawasan pinggir bandar berperanan sebagai penyokong kepada pusat bandar
Berkait rapat dengan proses rebakan bandar dan ketepuan pembangunan di pusat bandar
Funsi yang biasa seperti petempatan dan perindustrian
Subnaadar kan membentuk bandar baru

7.3. METROPOLIS
Sesebuah bandaraya akan digelas metropolis apabila mempunyai penduduk melebihi sejuta orang
Mempunyai hairarki yang lebih tinggi
Lingkungan pengaruh yang lebih luas dari bandar raya
Mempunyai kepelbagaian fungsi-pusat pentadbiran, perkhidmatan, pengangkutan, perdagangan, kewangan, pendidikan, perniagaan

7.4. MEGALOPOLIS
Percantuman metropolis-metropolis membentuk saiz yang lebih luas dan besar-megalopolis
Penduduk melebihi 10 juta orang
Contoh- megalopolis boston- penduduk 40 juta orang- keluasan 700 kilometer
Megalopolis tokaido- menacntumkan tokyo, yokohama

7.5. KONURBASI
Proses penggabungan dan percantuman antara pinggir bandar dengan pinggir bandar yang lain
Dua buah bandar bercantum- zon konurbasi
Contoh shah alam dan petaling jaya

7.6. BANDAR SATELIT
Bandar yang dibina dan diwujudkan tidak jauh dari bandar induk
Fungsi- kawasan kediaman dan perindustrian
Bandar sateli dengan bandar utama masih berhubung dari segi pentadbiran, kewangan, peniagaan dan perkhidmtan
Hubungan diteruskan dengan rangkaian pengangkutan

7.7. BANDAR BARU
Kawasan petempatan bercirikan bandar
Dirancang dan dibangunkan di kawasan yang tidak ada bandar khususnya di luar bandar
Berkembang tanpa perlu bergantung dengan bandar lain. Contoh- bandar baru Bangi/ Nilai dll

MASALAH-MASALAH BANDAR PRIMAT

MASALAH-MASALAH BANDAR PRIMAT


i. masalah perumahan
ii. masalah persaingan, pengangguran, kemiskinan bandar akibat migrasi
iii. masalah sosial- jenayah, pelacuran, penyakit dll
iv. masalah kesesakan-lalu lintas dan petempatan
v. masalah persekitaran- pencemaran air, udara, bau, bunyi
vi. fenomena pulau haba-kesan rumah hijau
vii. kejadian banjir kilat

FAKTOR-FAKTOR YANG MEWUJUDKAN BANDAR PRIMAT

BANDAR PRIMAT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEWUJUDKAN BANDAR PRIMAT


  • tumpuan pembangunan ekonomi- ibu negara-pusatt pentadbiran, perdagangan, peindustrian, perkhidmatan, kewangan dll
  • tarikan yang kuat terhadap bandaraya utama-penghijrahan penduduk kawsan luar bandar ke benadar utama
  • penjajahan masa lampau- tidak menyebarkan pembangunan ke kawaan lain
  • pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bandar- pengangkutan, bekalan air, elektrik, pelabuhan dll
  • faktor demografi- penghirah terdiri dari golongan muda- kadar fertiliti tinggi-penambahan dalam kadar kelahiran bandar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...