Cari Nota Dengan Cepat...!

Showing posts with label Pemulihan. Show all posts
Showing posts with label Pemulihan. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Strategi Pemulihan dalam Kelas Khas

  • Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
  • Kenal pasti masalah murid.
  • Kenal pasti punca masalah murid.
  • Menjalin hubungan mesra dengan murid.
  • Menunjukkan penghargaan kepada murid.
  • Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
  • Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.
  • pendekatan bermain sambil belajar.
  • teknik bercerita.
  • teknik latih tubi.
  • teknik bersoal jawab.
  • teknik nyanyian.
  • Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
  • Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
  • Menjalankan aktiviti pengukuhan.
  • Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

Sunday, January 29, 2012

Strategi Pelaksanaan Pencalonan Murid Kelas Khas

Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M.

Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
* guru mata pelajaran / guru kelas
* guru besar
* ibu bapa

Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh dicalonkan.

Tuesday, January 24, 2012

3 Alternatif Kelas Pemulihan

Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.

Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang.

Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

Saturday, August 13, 2011

Jenis-Jenis Pemulihan

Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks)

Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai “3M”, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan.

Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan)

Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.

Objektif Pendidikan Pemulihan

1. Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.

2. Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

3. Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.

4. Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka.

5. Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu.

6. Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

7. Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Konsep Pemulihan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.


Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.


Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.


O. C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.


Blair (1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...