Cari Nota Dengan Cepat...!

Showing posts with label Pengajian Sosial Geografi. Show all posts
Showing posts with label Pengajian Sosial Geografi. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Klasifikasi Sumber Alam

KLASIFIKASI SUMBER ALAM

  • Sumber alam yang tidak boleh diperbaharui

Sumber yang akan pupus apabila digunakan secara berterusan, tidak boleh diganti, diwujudkan atau dicipta. Kejadian mengambil masa yang lama berjuta-juta tahun. Contoh : bahan fosil
Ada dua jenis : yang boleh dikitar semula seperti mineral dan yang tidak boleh dikitar semula seperti gas asli dan arang batu.

  • Sumber alam yang boleh diperbaharui

Terdiri dari dua jenis:
i. sumber yang berterusan dan tidak pupus- air,udara, ombak, suria
ii. sumber yang boleh diganti atau diwujudkan semula seperti hutan, tanah pertanian.

KESAN PERTUMBUHAN DAN TUMPUAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL
i. Kesan terhadap geomorfologi- penebukan bukit
ii. kesan terhadap sistem hidrologi- laut, tasik, kolam, sungai.
iii. kesan terhadap atmosfera- bahangan, kerpasan, suhu, kabut, kelembapan udara
iv. kesan ke atas sistem ekologi- organisme-organism hidup dan persekitarannya

Sunday, August 7, 2011

Kesan Pertumbuhan Dan Tumpuan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL:

i. Kesan terhadap geomorfologi - penebukan bukit.
ii. Kesan terhadap sistem hidrologi - laut, tasik, kolam, sungai.
tadahan hujan.
iii. Kesan terhadap atmosfera - bahangan, kerpasan, suhu, kabut, kelembapan udara.
iv. Kesan ke atas sistem ekologi - organisme-organisme hidup dan persekitarannya.

Friday, August 5, 2011

Maksud Perbandaran

MAKSUD PEMBANDARAN/URBANISASI:

Pembandaran/urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.

ASPEK-ASPEK PROSES PEMBANDARAN

i. pertambahan jumlah dan peratus poenduduk yang tinggal di kawasan bandar –bandar- lebih 10 000 orang
ii. perluasan saiz bandar , pertambahan bangunan, ruang perniagaan, kawasan petempatan bandar, peningkatan sistem pengangkutan, pertambahan fingsi bandar dll
iii. Perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk dari kawasan ekonomi tradisional /pertanian kepada eknomi moden seperti perkilanagan, perkhidmatan, perniagaan, perdaga gan dll
iv. Perubahan cara hidup dari tradisional kepoda nilai dan gaya hidup bandar yahg lebih moden

Monday, August 1, 2011

Faktor Taburan Penduduk Tidak Seimbang

a) Faktor Fizikal

i. bentuk muka bumi yang berbeza – tanah tinggi – jarang penduduk
tanah rendah – tumpuan penduduk

b) Faktor Ekonomi

i. pusat perindustrian
ii. pusat perdagangan
iii. pusat perniagaan

c) Faktor Politik

i. pusat pentadbiran
ii. dasar kerajaan

d) Faktor Sosial

i. pusat pendidikan
ii. pusat kegiatan budaya dan social

e) Faktor kemudahan pengangkutan

i. jalan raya yang baik
ii. jalan kereta api yang baik
iii. pengangkutan awam yang cekap

f) Faktor Sejarah

i. Lebih awal dimajukan/dibuka/ diberi tumpuan
ii. Penghijrahan dari luar.

Monday, July 25, 2011

Kesan Positif Pertumbuhan Penduduk Yang Pesat

KESAN POSITIF PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT

1. Pembangunan tanah untuk pertanian dapat dimajukan- pengeluaran bahan makanan meningkat, menghasilkan bahan mentah yang banyak dan meningkatkan eksport.
2. Penerokaan sumber dapat dipergiatkan kerana tenaga kerja yang banyak dan cukup
3. Kegiatan pembalakan dapat dimajukan
4. Kegiatan perikanan dapat dimajukan
5. Mengeksport tenaga buruh keluar negara- mendapat tukaran wang asing
6. Pasaran yang tempatan yang luas untuk memasarkan hasil keluaran barangan negara
7. menguatkan pertahanan negara

Masalah Penduduk Lebihan

1. Golongan penduduk muda yang tinggi membebankan penduduk dewasa.

2. Kemiskinan semakin meningkat- akibat penduduk yang ramai,sumber pendapatan tidak mencukupi, tanah pertanian yang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang ramai.

3. Pertambahan tanggungan / beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas – pendidikan, kesihatan bagi menampung keperluan penduduk muda.

4. Kekurangan peluang pekerjaan – penduduk ramai pekerjaan terhas berlakunya pengangguran.

5. Kepadatan penduduk Bandar tinggi- berlaku kesesakan seperti setinggan dan masalah sosial.

6. taraf hidup rendah- negara tidak maju.

7. Taraf pendidikan rendah, tidak semua rakyat dapat menikmati peluang pendidikan- kadar buta huruf tinggi.

8. Kekurangan makanan- kebuluran kerana hasil pengeluaran makanan tidak dapat menampung jumlah penduduk.

9. Masalah perumahan yang tidak mencukupi.

10. Kurang kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan.

Kesan Pertumbuhan Pendudukan Yang Pesat

KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG PESAT

PENDUDUK LEBIHAN : Penduduk yang ada melebihi daripada sumber-sumber yang ada atau sumber-sumber yang ada tidak bertambah tetapi penduduk yang bertambah. Penduduk bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada menyebabkan pengeluaran perkapita yang rendah. Sumber-sumber yang ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ada.

Tuesday, May 3, 2011

Komponen Hidrosfera

KOMPONEN HIDROSFERA

i. meliputi laut, tasik,paya, kolam dan sungai meliputi 70% permukaan bumi. 97.2% air masin. 2.8% air tawar
ii. Lautan komponen terpenting- 5 lautan utama : hindi, atlantik, pasifik, antartik dan artik
iii. Lautan – sumber alam yang pentig- untuk bekal air hujan, menyerderhanakan suhu, protein dan mineral
iv. Air tawar – sungai, tasik, kolam –sumbr air tawar terpenting

Komponen Litosfera

KOMPONEN LITOSFERA

i. lapisan luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan(benua dan pulau
ii. meliputi 29.3 % permukaan bumi dan selebihnya dasar laut. Ketebalam 50 km di permukaan bumi dan 5 km di dasar laut.
iii. Komponen utama- batuan dan mineral
iv. Sumber tanih yang subur untuk aktiviti pertanian-tanih laterit. Tanih gambut, tnih aluvium

Wednesday, October 7, 2009

SISTEM GEOMORFOLOGI

SISTEM GEOMORFOLOGI

KONFIGURASI MUKA BUMI

-TABURAN DARATAN DAN LAUTAN

KONSEP GEOMORFOLOGI

PERKATAAN GEOMORFOLOGI BERASAL DARI BAHASA YUNANI

GEO (BUMI),MORPHE (BENTUK),LOGOS (KAJIAN).INI APABILA DISAMBUNGKAN BERMAKSUD KAJIAN BENTUK BUMI. IA MERUPAKAN SATU BIDANG SAINS BUMI YANG MENGKAJI INTERAKSI ANTARA PROSES, FAKTOR DAN BENTUK DI PERMUKAAN BUMI SECARA SAINTIFIK

GEOMORFOLOGI BERKAIT RAPAT DENGAN DISIPLIN-DISIPLIN SAINS BUMI SEPERTI BIDANG FIZIK, MATEROLOGI, KIMIA, GEOLOGI, PEDOLOGI, BIOLOGI, DAN SEBAGAINYA.

DISIPLIN-DISIPLIN SAINS BUMI

PROSES GEOMOFORLOGI

IALAH SEMUA PROSES FIZIKAL, KIMIA, DAN BIOLOGI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBENTUK, MEMPERKEMBANG, DAN MENGUBAH BENTUK MUKA BUMI ATAU PANDANG DARAT FIZIKAL SAMA ADA SECARA MAKRO ATAU MIKRO

PROSES ENDOGENIK

ADALAH PROSES YANG BERPUNCA DARI DALAM BUMI

MAMPU MENGHASIL BENTUK MUKA BUMI

-PERGERAKAN TEKTONIK

-LIPATAN KERAK BUMI

-GELINCIRAN

-GEMPA BUMI

-IGNEUS

-METAMORFOSISME

PROSES EKSOGENIK

PROSES YANG BERLAKU DI LUAR BUMI ATAU DI PERMUKAAN BUMI

DAPAT MENGUKIR DAN MENGUBAH BENTUK MUKA BUMI

-LULUHAWA

-HAKISAN

-PENGANGKUTAN DAN PEMENDAPAN

-GERAKAN JISIM

ASTENOSFERA

LAPISAN YANG PALING PENTING MEMPENGARUHI PERGERAKAN DALAMAN BUMI

ADALAH LAPISAN SEPARIH CAIR YANG BERADA DI MANTEL BUMI

TERDIRI DARIPADA CAIRAN BATUAN YANG AMAT PANAS YANG MENYEBABKAN WUJUDNYA TENAGA HABA YANG TINGGI SERTA ARUS-ARUS PEROLAKAN YANG BOLEH MENGGERAKKAN LAPISAN KERAK BUMI.KESANNYA WUJUD PROSES ENDOGENIK

KEDUDUKANNYA

PROSES ENDOGENIK

PROSES OROGENESIS(PERLIPATAN)

PROSES OROGENESIS ATAU PROSES PERLIPATAN KERAK BUMI YANG MENGHASILKAN BANJARAN GUNUNG LIPAT.PROSES INI BERPUNCA DARIPADA DAYA TOLAKAN YANG BERLAKU PADA ARAH YANG BERTENTANGAN YANG DI ALAMAI OLEH KERAK BUMI

AKIBAT DAYA TOLAKAN DI KIRI DAN KANAN MAKA LAPISAN KERAK BUMI AKAN TERLIPAT MEMBENTUK BANJARAN GUNUNG YANG DISELANGI DENGAN LURAH ATAU LEMBAH.MISALNYA SISTEM GUNUNG LIPAT TUA DAN SISTEM GUNUNG LIPAT MUDA

PEMBENTUKAN GUNUNG LIPAT

1. Apabila dua plat tektonik bergerak ke arah satu dengan yang lain dan bertembung, lapisan-lapisan batuan di kawasan pertemuan terlipat.

2. lapatan ini membentuk gunung lipat.

3. Gunung lipat terdiri daripada gunung lipat tua dan gunung lipat muda.

4. Antara gunung-gunung lipat tua di dunia termasuklah Banjaran Appalachian ( Amerika Utara), Banjaran Ural ( Asia), Banjaran Penines (Britain), Banjaran Herz, dan Perisai Kanada.

5. Antara gunung-gunung lipat muda di dunia termasuklah Gunung Rocky, Gunung Andes, Gunung Alps( Switzerland), Gunung Himalaya dan Gunung Atlas ( Afrika).

6. Bahagian yang naik, antiklin (lintap mungkum) membentuk gunung manakala bahagian sinklin ( lintap lendut) membentuk lembangan.

PROSES GELINCIRAN
(SESARAN)

PROSES GELINCIRAN ATAU SESARAN KERAK BUMI YANG MENGHASILKAN REKAHAN DI KERAK BUMI, LURAH GELINCIRAN SERTA GUNUNG BONGKAH.PROSES INI BERPUNCA DARIPADA DAYA HIMPITAN DAN TEGANGAN YANG DIALAMI OLEH KERAK BUMI.

AKIBAT DAYA HIMPITAN DAN TEGANGAN INI MAKA ADA BLOK BUMI YANG TERANGKAT MEMBENTUK GUNUNG BONGKAH DAN ADA BLOK BUMI YANG JATUH MEMBENTUK LURAH GELINCIRAN.

PERMUKAAN GUNUNG BONGKAH

1. Daya mampatan dan tegangan juga boleh menghasilkan rekahan atau gelinciran pada lapisan kerak bumi.

2. Rekahan atau sesaran yang berlaku menyebabkan sebahagian kerak bumi terjatuh dan menghasilkan lurah gelinciran.

3. Lurah gelinciran yang terbentuk di bawah paras mata air akan menghasilkan tasik lurah gelinciran seperti Tasek Albert, Tasik Tanganyika, Tasik Malawi, dan Tasik Rudolf di Afrika Timur.

4. Bahagian kerak bumi yang terangkat akan menghasilkan gunung bongkah (horst) seperti Gunung Hunsruck, Vosges dan Black Forest di kawasan Rhine Eropah.

5. Gunung bongkah mempunyai puncak yang hampir rata dan berceruh curam.

PROSES IGNEUS
(GUNUNG BERAPI)

Kejadian gempa bumi dan kegiatan gunung berapi terdapat di kawasan perlanggaran plat-plat tektonik.

Perlanggaran plat-plat ini menyebabkan sebahagian plat terjunam dan mangma yang cair terkeluar.

Magma yang menjadi sejuk dan membeku dalam lapisan kerak bumi dan membentuk bentuk-bentuk dalam bumi seperti daik, sil, lopolit, lakolit, pakolit, dan batolit.

Magma yang mengalir ke atas permukaan bumi akan membentuk bentuk-bentuk jalar luar seperti gunung berapi dan dataran tinggi lava.

Lava asid adalah likat, menyejuk, dan membeku dengan cepat. Lava jenis ini membentuk gunung berapi yang bercerun-curam dan membentuk kon.Contohnya Gunung Fuji(jepun), Gunung Mayon ( Filipina) dan Gunung Vesuvius ( Itali).

Lava bes Kurang likat, menyejuk dan membeku dengan perlahan. Lava jenis ini dapat mengalir dengan jauh dan membentuk gunung berapi yang bercerun landai berbentuk perisai seperti Mauna Loa ( Hawaii) Dataran Tinggi Deccan (India)

Letusan yang kuat akan memecahkan kemuncak dan membentuk sebuah kawah dan kaldera.

Palam gunung berapi ialah tonggak batuan keras yang menonjol di bahagian tohong gunung berapi.

PROSES EKSOGENIK

PROSES
METAMORFOSISME

MELIBATKAN PERUBAHAN KANDUNGAN KIMIA SESUATU JENIS BATUAN YANG BERADA DI DALAM BUMI APABILA IA TEKSTUR,STRUKTUR DAN MENERIMA HABA DAN TEKANAN YANG TINGGI

AKIBATNYA BATUAN TERSEBUT AKAN MENGALAMI PENJELMAAN DAN AKAN BERTUKAR MENJADI PELBAGAI JENIS BATUAN YANG AMAT KERAS DAN BERNILAI TINGGI SEPERTI MARMAR,INTAN DAN PERMATA

PROSES PENGANGKUTAN
DAN PEMENAPAN

PENGANGKUTAN ADALAH PROSES PEMINDAHAN

DALAM HAL INI BAHAN-BAHAN TERLULUHAWA ATAU TERHAKIS AKAN DIANGKUT OLEH AGEN-AGEN YANG BERGERAK SEPERTI AIR MENGALIR, ANGIN, CAIRAN GLASIER DAN OMBAK

PROSES PENGANGKUTAN INI DIPENGARUHI OLEH TENAGA POTENSI DAN TENAGA KINETIK AGEN-AGEN YANG BERGERAK TERSEBUT

SEKIRANYA HALAJU AGEN YANG BERGERAK MENJADI PERLAHAN, MAKA BAHAN YANG DIANGKUT A AKAN DIMENDAPKAN.SEMASA PROSES PEMENDAPAN AKAN BERLAKU PERUBAHAN TENAGA DARI KENETIK KEPADA POTENSI

STRUKTUR BUMI

SIFAT FIZIK DAN KIMIA BUMI

Struktur bumi iaitu sifat fizik dan kimianya ditentukan melalui kaedah seismologi atau analisis gelombang gempa bumi

Gempa bumi menghasilkan gelombang P,S dan L

Berdasarkan kaedah seismologi struktur bumi terdiri daripada 3 lapisan utama:

Lapisan kerak bumi

Lapisan mantel

Lapisan teras bumi

Lapisan-lapisan ini mempunyai sifat fizikal dan kimia yang berbeza

Sifat fizik dikenal pasti melalui unsur seperti tekanan,suhu,ketumpatan dan halaju gelombang seismik yang melaluinya.

sifat kimia bumi dikenal pasti melalui ciri-ciri komposisi kimia dan mineralogi yang terkandung di dalam setiap lapisan tersebut.-----gambar

Lapisan kerak bumi

Terletak paling luar dan menyelubungi mantel

Lapisan ini terbentuk daripada bahan kurang tumpat dan terpisah dari mantel dan ketakselanjaran mohorivicic

Ketebalan kerak bumi berubah-rubah mengikut tempat

Kerak bumi lautan adalah lebih nipis dan berusia muda serta lebih tumpat berbanding kerak bumi yang terdapat di daratan atau benua.

kerak bumi terdiri daripada 2 lapisan iaitu:

Lapisan atas dikenali sebagai SIAL atau kerak benua

Lapisan bawah dikenali sebagai SIMA atau kerak lautan

Sempadan antara lapisan SIAL dan SIMA dipanggil ketanselajaran conrad

Lapisan atas iaitu SIAL atau kerak benua terletak di atas.

Lapisan ini terdiri daripada sekumpulan batuan yang cerah termasuk granit dan jenis igneus yang lain serta batuan mendak seperti batu pasir dan syal.

Dari segi sifat kimia,lapisan ini kaya dengan silika dan aluminium

Lapisan SIMA atau kerak lautan terletak di bawah SIAL mempunyai ketumpatan antara 2.8 hingga 3.1g/cm

komposisi kimia utama terdiri daripada magnesium silikat dan besi.

Jenis batuan utama SIMA adalah basalt

Usia kerak lautan atau SIMA lebih muda berbanding kerak benua,maka ia tidak stabil dan mudah mengalami gempa bumi,gunung berapi dan lain-lain gerakan tektonik dalam bumi.

Lapisan mantel

Lapisan mantel merupakan lapisan kedua dalam struktur bumi.

Isipadunya meliputi 82% daripada isipadu bumi

Jisim mantel meliputi 68% daripada bumi dan lebih tumpat berbanding kerak bumi.

Lapisan ini dipisahkan dari lapisan kerak bumi oleh ketakselanjaran mohorovicic.

Lapisan ini dipisahkan dari lapisan teras bumi oleh ketakselanjaran Gutenberg.

Bahagian atas mantel mengandungi lapisan batuan pejal dan kaya dengan basalt olivin,ultramafik dan proksin

Ketebalan mantel ialah 2830km

Terdapat juga zon astenosfera iaitu lapisan batuan yang separa cair dan likat kerana suhunya tinggi iaitu 1400c

Di zon ini berlakunya arus-arus perolakan yang panas yang menghasilkan tenaga haba yang tinggi untuk membolehkan proses-proses tektonik seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi berlaku.

Antara jenis batuan utama yang dikeluarkan ialah xenolit yang banyak mengandungi mineral seperti olivine,enstatit dan diopsid.

Komposisi kimia mantel juga kaya dengan unit yang 100% terdir daripada mineral olivin.

Berasaskan data geofizik dan geokimia yang dikemukan oleh A.E.Ringwod adalah komposisi mantel terdiri daripada 4 jenis batuan ultrabes yang utama:

Pirolit plagioklas

Pirolit piroksen

Pirolit garnet dan juga amfiolit.

Jenis batuan ini kaya dengan silika oksida dan magnesium oksida

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...