Cari Nota Dengan Cepat...!

Showing posts with label Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Show all posts

Saturday, December 26, 2015

Rancangan Pengajaran Tahunan RPT Pendidikan Jasmani PJ Tahun 6 KSSR 2016

Bermula tahun 2016, murid tahun 6 di semua sekolah akan menggunakan silibus PJ Tahun 6 KSSR baharu. Semua guru boleh melihat contoh RPT PJ Tahun 6 KSSR yang diperoleh dari PPD Pasir Gudang, Johor. RPT PJ Tahun 6 KSSR merupakan dokumen penting yang diperlukan oleh guru semasa mengajar Pendidikan Jasmani. Guru boleh mendapatkan dokumen RPT PJ Tahun 6 KSSR dengan klik link di bawah dan muat turun melalui google drive. Format RPT PJ Tahun 6 KSSR ini dalam bentuk Doc.

Rancangan Pengajaran Tahunan RPT PJ Tahun 6 KSSR >>>>  https://drive.google.com/open?id=0B38B5YvhwoJXeEIxb2VsT2VPRDQ

Tuesday, March 13, 2012

Sejarah Sukan Olimpik

Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M.

Sukan ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama dengan upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek).

Boleh dikatakan segenap lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan lain-lain mengambil bahagian.

Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara mengadakan pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota.
Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan stadium sejauh 170meter.
Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol, tinju dan sebagainya.

Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu.

Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke-19.

Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937), seorang Perancis.

Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian.

Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896. Sejak itu, setiap empat tahun sukan ini diadakan.

Sukan Dalam Masyarakat Yunani Purba

Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap:

1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).
2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).
3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M).
4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M).

Yunani Homer:
Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.

Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan.

Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari.

Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan mengangkat berat.

Dalam zaman ini, penduduknya boleh dikatakan melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan tenaga dan kekuatan.

Yunani Sparta
Sparta merupakan sebuah negara tentera.

Semua rakyat hanya mempunyai satu profesion iaitu sebagai askar, maka pendidikan jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan.

Ini bertujuan untuk membentuk setiap rakyat sebagai petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yenyera yang amat diperlukan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti gimnastik, lari dan lompatan serta permainan bola.

Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara lompat, berenang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing.

Yunani Athens Awal
Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain daripada untuk menyediakan warganegara di medan perang, iaitu untuk nilai estetika dan harmoni
.
Bagi mereka, tubuh badan adalah sama penting dengan otak.

Oleh demikian sukan dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan ukiran.

Orang Greek yang menghargai kecantikan (fizikal) menganggap bahawa gemuk, kurang segar, dan pertumbuhan yang tidak wajar sebagau mengaibkan dan sebagai tanda kurang pendidikan.
Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun adalah seperti berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, baling lembing dan lempar cakera bersaiz kecil.

Bagi pelajar yang lebih besar (dari segi umur), aktiviti lebih bertenaga seperti perlumbaan, baling lembing dan lempar cakera bersaiz besar, lompatan, bertinju, bergomol dan perlumbaan kereta kuda disediakan.

Yunani Athens Lewat
Selepas perang Parsi, Athens yang dahulu merupakan masyarakat pertanian, telah berubah menjadi pusat perdagangan dan sebuah pusat kosmopolitan.

Penduduknya mempunyai lebih banyak masa lapang untuk perkembangan intelektual.

Tujuan sekarang ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi manusia petindak.

Antara aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah gimnastik, olahraga, lumba berperisai, baling lembing, memanah, equestrian dan tinju.
Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada peserta.

Monday, September 5, 2011

Permainan KIM Deria Bau

  1. Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball O’ Hara.
  2. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu apa yang dilihatnya.
  3. Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh manusia.
  4. Permainan Kim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanya seperti mata, dan ingatan, telinga dan pendengaran, deria rasa dan deria bau.

Contoh Permainan KIM 1:

  • Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih.
  • Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain.
  • Setiap pamain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini.
  • Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu.
  • Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.
Contoh Permainan KIM 2:

Alat-alat permainan :
-Sebuku sabun mandi
-Seketul belacan
-Seekor ikan kering
-Sekuntum bunga ros
-Sebotol minyak wangi
-Secawan kopi
-Puntung rokok
-Sehiris limau kasturi
-Sebotol pelembut pakaian
-Sebungkus serbuk kari.

Syarat permainan:
  1. Untuk menjalankan permainan ini, pemain dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan boleh terdiri daripada 5-6 orang ahli tetapi tidak melebihi 10 orang dalam satu kumpulan kecil.
  2. Permainan ini memerlukan peserta menggunakan kekuatan dan kepekaan deria bau hidu yang sinonim dengan hidung.
  3. Kemudian sekumpulan yang bertanding ditutup mata mereka menggunakan kain, seeloknya menggunakan kain hitam.
  4. Selepas itu, dalam masa 1 minit mereka diminta untuk meneka benda yang dihidu secara bergilir-gilir tetapi tetap berada di dalam satu kumpulan yang sama.
  5. Mereka diminta mengingat apakah benda yang mereka hidu dan menyimpan jawapan mereka.
  6. Setelah tamat masa 1 minit , sekumpulan tadi diminta menulis di dalam kertas benda-benda yang mereka telah hidu tadi sebanyak mungkin.
  7. Masa yang diberi hanyalah selama 1 minit juga.
  8. Mereka perlu menulis dengan pantas seberapa banyak jawapan ( benda yang dihidu) yang mereka ingat di atas sehelai kertas.
  9. Permainan akan dikira selesai setelah tamat 1 minit masa diberi untuk menjawab soalan.
  10. Pemenang dalam kumpulan akan dikira berdasarkan siapa yang dapat menulis jawapan terbanyak dengan betul.

Perkembangan Mental dan Deria Bau Bayi

  1. Deria bau juga berkembang ketika bayi masih berada dalam kandungan ibu.
  2. Sebagaimana deria rasa, cecair ketuban juga menyediakan pengalaman pertama untuk deria bau.
  3. Selepas beberapa jam dilahirkan, bayi telah mampu bergerak balas terhadap bau.
  4. Bayi lebih cenderung kepada bau yang sedap dan nyaman seperti bau pisang dan vanilla tetapi tidak cenderung kepada bau yang busuk seperti bau ikan.
  5. Bayi lebih suka bau ibu yang menyusu (breast feed) dan cepat mengenali bau ibu sendiri dari perempuan lain.
  6. Satu kajian telah dibuat dan menunjukkan bayi lebih suka kepada alat permainan yang berbau vanila daripada permainan yang berbau erhanol atau yang tidak berbau.
  7. Berilah permainan yang mengandungi pelbagai bau kepada bayi.

Friday, September 2, 2011

Deria Bau


  1. Deria atau pancaindera bermaksud cara pencerapan secara fisiologi. (Wikipedia).
  2. Contoh deria adalah seperti penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuh.
  3. Deria bau ialah deria kimia. Terdapat ratusan saraf penerima bau, setiap satunya bergabung dengan sifat molekul yang tertentu.
  4. Molekul bau mempunyi pelbagai sifat yang boleh merangsang saraf penerima yang berpadanan.
  5. Hidung manusia boleh membezakan bau sehingga 10 000 jenis bau.
  6. Sewaktu menarik nafas, udara yang mempunyai partikel-partikel ini akan turut masuk ke dalam hidung.
  7. Di dalam hidung manusia, terdapat suatu struktur yang dipanggil hujung saraf olfaktori yang terletak di kedua-dua belah hidung.
  8. Kawasan olfaktori ini terdapat di bahagian paling atas (roof) kaviti hidung di kedua-dua belah kanan dan kiri.
  9. Keajaiban struktur dalam hidung yang dicipta sedemikian rupa supaya udara sewaktu disedut akan melalui kawasan olfaktori ini secara maksimum yang membolehkan kita mencium bau sesuatu bahan.
  10. Di kawasan struktur itu, terdapat terlalu banyak reseptor sensori yang bertanggungjawab mengesan stimulasi bau.
  11. Reseptor-reseptor ini akan diaktifkan apabila terdapat rangsangan yang dibawa oleh udara yang disedut.
  12. Impuls elektrik ini akan dikonduksikan secara bersambungan dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain sehinggalah ia sampai ke korteks otak yang akan menterjemahkan apakah jenis bau yang dihidu, berdasarkan pengalaman lepas.

Sunday, August 23, 2009

Nilai Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK)

-nilai-nilai dalam pendidikan jasmani dan kesihatan dibentuk atas prinsip bahawa manusia telah dijadikan sebaik-baik makhluk;

-menghargai, memelihara dan meningkatkan keadaan kesihatan diri dan masyarakat supaya dapat meningkatkan produktivi dan kesejahteraan hidup;
-menghargai amalan kelaziman latihan kecergasan dan kesihatan;

-menghargai pentingnya mengikut prinsip-prinsip latihan;

-Menyedari pentingnya rehat dan rekreasi serta mengamalkannya;

-mengamalkan lakuan gerak badan yang baik dan sempurna dalam kegiatan harian;

-Mementingkan langkah-langkah keselamatan dalam sebarang kegiatan harian;
-berkeyakinan dalam menyusun program latihan kecergasan dan melakukannya bagi keperluan diri sendiri;

-memelihara serta menghargai keadaan tubuh badan yang sihat dan cergas;

-bertimbang rasa terhadap orang lain yang menghadapi masalah kesihatan dan bersedia membantu sejauh mana yang boleh; dan,

-bertanggungjawab, bekerjasama, berdisiplin, bertoleransi serta bersemangat persahabatan, kepimpinan dan kesukanan dalam segala kegiatan sukan dan kegiatan harian.

Asas Komponan Makanan

Asas Komponan Makanan

1.Karbohidrat – contoh gula,kanji,fiber

Fungsi – membekalkan bahan tenaga kepada sel-sel badan

2.Protin - contoh kelas pertama daging

kelas kedua sayuran

Fungsi – menyatukan sel-sel badan dan tindakbalas kimia dalam

sel-sel badan

3.Lemak – contoh lemak binatang dan minyak masak

Fungsi - sumber tenaga yang tetap mengawal suhu badan

Saturday, August 22, 2009

Sosiologi Sukan

Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosilogi,untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan.Ini termasuklah usaha

untuk memahami interaksi yang wujud antara individu,dalam

pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti guru

pendidikan jasmani,murid,penonton,pengurusan dan media.


Proses Sosiolisasi Dalan Pendidikan Jasmani dan Sukan

Sosiolisasi

-Proses di mana manusia mempelajari mengenai budaya serta bagaimana menjadi ahli dalam sesuatu kumpulan dalam masyarakat.
-Proses sosiolisasi dala Pendidikan Lasmani/Sukan berlaku menerusi dua cara;
-
1.Sosiolisasi kedalam PJ/Sukan

- melibatkan diri ke dalam PJ/sukan kesan dari pengaruh,dorongan serta impak agen-agen sosiolisasi.Pengaruh agen-agen sosiolisasi ini membantu membentuk sikap,nilai dan pelakuan yang diperlukan.


2.Sosiolisasi menerusi PJ/Sukan

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sukan menjadi alat kepada proses sosiolisasi. Elemen-elemen

dalam sukan seperti sikap bekerjasama,toleransi,berdisiplin serta

menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses

pembentukan sikap,nilai dan pelakuan individu.

Saturday, August 15, 2009

Peranan Dan Kaitan Psikologi Sukan

1. Peranan Psikologi Sukan


Penyelidik Psikologi Sukan

- menyelidik serta menambahkan pengetahuan kita dalam bidang ini.

Pendidikan Psikologi Sukan

- mengajar kemahiran psikologi serta bidang akademik dan melakukan kajian untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini.


Ahli Psikologi Sukan

- membantu atlit menyelesaikan masalah yang bersifat klinikan lazimnya bersifat pribadi.




2. Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Pendidikan Jasmani dan Prestasi Atlit

Kognatif

- Tafsiran tentang perlakuan sebelum,semasa dan selepas aktiviti

Emosi

-Kesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran (kognatif) yang telah dilakukan.

Fizikal ( Pelakuan/Psikomotor )

- Tindakan yang lahir dari tafsiran serta perasaan atlit

Psikologi Sukan. Definisi Psikologi Sukan

Definisi:
-Pemikiran
-Perasaan
-Ransangan

-Motivasi

-Personaliti

-Atribusi

-Kepimpinan

-Kebimbangan

-Keagresifan


Psikologi – kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkahlaku manusia

( Wann 1997 )

Psikologi Sukan

- Satu budang kajian sainstifik yang melibatkan kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal,afektif serta kognatif keatas mereka yang terlibat senara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut ( Wann,1997 )

Biomekanik. Definisi Biomekanik

Pendahuluan:
Mengkaji Pergerakan
Mengkaji Prinsip Pergerakan
Sistem Pergerakan
Perkaitan Sistem Tubuh

Definisi Biomekanik:

-Kajian tentang daya dan pergerakan berkaitan dengan aktiviti fizikal.
-Daya dan pergerakan berkaitan dengan sistem otot rangka tubuh.
-Pergerakan sistem otot rangka tubuh akan menghasilkan daya dan tenaga.
-Daya boleh dijelaskan sebagai tolakan atau tarikan
-Daya membolehkan;
1.Jasad pegun menjadi bergerak
2.Jasad bergerak menjadi pegun
3.Jasad berubah arah pergerakan


Contoh Asas Sains yang terlibat

1.Hukum Newtons

- Hukum newtons satu

- Hukum newtons dua

- Hukum newtons tiga

2.Hukum Satah

- Hukum satah satu

- Hukum satah dua

- Hukum satah tiga

3. Prinsip-prinsip kelajuan

Wednesday, August 12, 2009

Anatomi Fisiologi, Definisi Fisiologi

Fisiologi:

TINDAK BALAS KIMIA DALAM TUBUH BADAN

TIDAK BALAS BENDALIR DALAM TUBUH BADAN

TINDAK BALAS OGANISMA DALAM TUBUH BADAN

Definisi Fisiologi:

-Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh.
-Fungsi struktur tubuh seperti;
1.Sistem Pengaliran Darah
2.Sistem Penafasan
3.Sistem Saraf
4.Sistem Penghadaman
5.Sistem Perkomohan
6.Sistem Limpatik
7.Sistem Otot Rangka

Tuesday, August 11, 2009

Definisi Anatomi. Anatomi Manusia

ANATOMI

-ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut.


- Berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud asingkan dan

‘tome’ bermaksud memotong.


-Struktur Asas tubuh badan terdiri daripada Sistem Rangka dan Sistem Otot.

Sistem Rangka – 206 tulang

Fungsi sistem rangka terdiri dari:

1. Sokongan

2. Pelindung

3. Pergerakan

4. Pembentukan sel-sel darah

5. Penstoran mineral


Jenis-jenis tulang

1.Tulang Panjang – humures/femur

2.Tulang Pendek - karpal/tarsal

3.Tulang Pipih - rusuk/sternum

4. Tulang Tidak Sama Bentuk – tulang vertebra

Jenis-Jenis Otot

Tiga jenis otot


Otot Rangka – Deltoid/Bisep/Trisep
Otot Kardiak - Jantung
Otot Licin - Usus/hati ( organ dalaman)

Fungsi Sistem Otot

1.Menghasilkan pergerakan
2.Mengekalkan postur
3.Menstabilkan sendi
4.Menghasilkan haba

BIDANG-BIDANG DALAM PENDIDIKAN JASMANI

BIDANG-BIDANG DALAM PENDIDIKAN JASMANI


1.Anatomi - Struktur tubuh - Dalam dan Luar

2.Fisiologi - Kajian tentang fungsi struktur tubuh

3.Biomekanik - Mengkaji pergerakan dan kesan pergerakan.

4.Psikologi Sukan - Kajian sainstifik melihat kesan serta pengaruh

sesuatu aktiviti terhadap pelakuan fizikal,

afektif serta kognatif ke atas mereka yang

terbabit secara langsung/tidak langsung

dengan aktiviti tersebut ( Wann 1997)


5. Sosiologi Sukan - Kajian saintifik tentang struktur dan proses

sosial dalam Pendidikan Jasmani


6.Pemakanan - Mengkaji keperluan tubuh dan proses

pertumbuhan dan perkembangan dalam aktiviti

fizikal.


7. Kecederaan - Mengkaji resiko kecederaan kesan/akibat


8. Fisiotrafi - Pemulihan kecederaan sukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...