- Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball O’ Hara.
- Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu apa yang dilihatnya.
- Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh manusia.
- Permainan Kim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanya seperti mata, dan ingatan, telinga dan pendengaran, deria rasa dan deria bau.
Contoh Permainan KIM 1:
- Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih.
- Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain.
- Setiap pamain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini.
- Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu.
- Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.
Contoh Permainan KIM 2:
Alat-alat permainan :
-Sebuku sabun mandi
-Seketul belacan
-Seekor ikan kering
-Sekuntum bunga ros
-Sebotol minyak wangi
-Secawan kopi
-Puntung rokok
-Sehiris limau kasturi
-Sebotol pelembut pakaian
-Sebungkus serbuk kari.
Syarat permainan:
- Untuk menjalankan permainan ini, pemain dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan boleh terdiri daripada 5-6 orang ahli tetapi tidak melebihi 10 orang dalam satu kumpulan kecil.
- Permainan ini memerlukan peserta menggunakan kekuatan dan kepekaan deria bau hidu yang sinonim dengan hidung.
- Kemudian sekumpulan yang bertanding ditutup mata mereka menggunakan kain, seeloknya menggunakan kain hitam.
- Selepas itu, dalam masa 1 minit mereka diminta untuk meneka benda yang dihidu secara bergilir-gilir tetapi tetap berada di dalam satu kumpulan yang sama.
- Mereka diminta mengingat apakah benda yang mereka hidu dan menyimpan jawapan mereka.
- Setelah tamat masa 1 minit , sekumpulan tadi diminta menulis di dalam kertas benda-benda yang mereka telah hidu tadi sebanyak mungkin.
- Masa yang diberi hanyalah selama 1 minit juga.
- Mereka perlu menulis dengan pantas seberapa banyak jawapan ( benda yang dihidu) yang mereka ingat di atas sehelai kertas.
- Permainan akan dikira selesai setelah tamat 1 minit masa diberi untuk menjawab soalan.
- Pemenang dalam kumpulan akan dikira berdasarkan siapa yang dapat menulis jawapan terbanyak dengan betul.
No comments:
Post a Comment