Cari Nota Dengan Cepat...!

Friday, January 4, 2013

Kawasaki RR 150, Ninja RR 150

Motosikal enjin 2 lejang memang berkuasa walaupun cc kecil. Sebagai contoh, Aprilia RS125 yang boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 160kmj++ walaupun enjin 125cc. Namun untuk memiliki Aprilia RS125 bukanlah murah, motosikal dengan teknologi motoGP itu berharga sekitar RM27,000! Buat masa ini, hanya terdapat 2 model motosikal 2 lejang yang dikeluarkan di Malaysia. Iaitu Yamaha 125ZR dan Kawasaki Ninja KRR ZX150. 

Kawasaki Ninja KRR ZX150. Harga pasaran RM10,800++



Pelbagai nama dan gelaran diberikan kepada motosikal ini. Ada yang menyebut Kawasaki KIPS, Kawasaki Ninja 150, Kawasaki 150 RR, Kawasaki RR, Kawasaki RR 150, Ninja RR 150 dan pelbagai lagi. Tapi apa yang penting, ia merujuk kepada sebuah motosikal keluaran Kawasaki bersesaran 150cc dan jenis sport fullfairing. Pandangan penulis, Kawasaki RR 150 ini mula popular dan diburu pembeli selepas Yamaha mengambil keputusan menghentikan pengeluaran Yamaha RX-Z. Selepas itu, penunggang motosikal mahukan sebuah motosikal 2 lejang yang berkuasa selain Yamaha RX-Z. Sekitar tahun 2010, Kawasaki RR 150 ini mula dilihat banyak di jalan raya. Sehingga pada tahun 2012, boleh dikatakan semua peminat motosikal tanah air mengenali model ini walhal sebelum ini ia tidak begitu popular walaupun telah lama berada di pasaran.

Terdapat beberapa sebab kenapa Kawasaki RR 150 ini mendapat perhatian dalam hati peminat motosikal. Pertama, harganya yang berbaloi iaitu RM10,800 (ikut tempat). Kedua, enjin 2 lejang 150cc yang berkuasa maksimum 30.0PS dan tork maksimum 21.6Nm menyamai kuasa motosikal 250cc 4 lejang di pasaran sekarang. Ketiga,  enjin Kawasaki RR 150 ini dilengkapi dengan liquid-cooled, di mana ia memberi keyakinan untuk perjalanan jauh. Pengalaman penulis, banyak penunggang Kawasaki RR 150 ini memecut habis di lebuh raya tanpa was-was. Keempat, reka bentuknya yang super sport kelihatan besar dan tegap berbanding motor kapcai.

Boleh dikatakan Ninja RR 150 ini adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang inginkan sebuah motosikal pada harga mampu milik, masih bergelar pelajar atau pekerja baru, mahu sebuah motosikal yang berkuasa bawah 150cc dan memecut laju memotong kenderaan lain di lebuh raya.

Untuk spesifikasi penuh, klik sini.

37 comments:

Share2u said...

Yeah... Ske motor ney..

Naura_t said...

Double R

Unknown said...

Skit lg dpt la ni..

Unknown said...

Skit lg dpt la ni..

Hotarru said...

Full consumption ok tak compare ngn 250cc? Ade org ckp ninja 250cc lg jimat dr ninja 150cc ni..

fiqq said...

mmg la jimat dah 250cc tu bkn 2stroke ..2stroke mkn minyak sikit tp puas hati atas highway :)

sani said...

Kawan kabo xleh jalan lama kat highway, nanti jeng moto..contoh kuantan ke kl,, kena stop kat R&R mana2..betul ke???

Unknown said...

Tumpang tanya,kenapa motor rr saya bila bawa enjin moto mati2 xkira bawa slow atau. Laju.....tapi blh start balik...blh tunjuk ajar x

Yoh Ahsakura/Kaitou Arisawa said...

Rasanya semput sebab karburetor sumbat kot

Yoh Ahsakura/Kaitou Arisawa said...

Rasanya semput sebab karburetor sumbat kot

Unknown said...

salam.. sy ada jual arafa x belt.. sila ke fb page arafa jersey utk tonton video promo.. tq

mohamadnaim said...

Salam... Antara kawasaki rr nih dengan zsr cyclone mana lagi best dari sedap speed dan bla2...

isyraf said...

Ada lagi tak model ni....kawan kata dah stop production kalau Ada pun 15+++k

Unknown said...

RR <3

Unknown said...

Terbaik..xlame lagi .

Hafiz said...

Yayayayaa....betol3.....

Hafiz said...

Motor jarang Jalan kot....

Hafiz said...

Motor jarang Jalan kot....

Hafiz said...

Yayayayaa....betol3.....

Unknown said...

RR sensitive dgn mesin. Check stiap hari bila mau keluar. Selalu check karburetor.. dan modified skit klau faham enjin. Alhamdulillah rr saya smooth lg. Bnyak kali race sekali touring. Hehe

Unknown said...

RR sensitive dgn mesin. Check stiap hari bila mau keluar. Selalu check karburetor.. dan modified skit klau faham enjin. Alhamdulillah rr saya smooth lg. Bnyak kali race sekali touring. Hehe

Unknown said...

Rr♡..240k/m pun boleh dapat

Unknown said...

Rr♡..240k/m pun boleh dapat

Unknown said...

ad sape2 nk jual x rr area perak..pm no k..01126410699

Unknown said...

klu minyak petrol naik ke plug ape masalah yeee

Unknown said...

ada sape2 blh bg tau x? RR klu tukar spoket belakang n depan n rantai pkai saiz ape ek????

Unknown said...

klu minyak petrol naik ke plug ape masalah yeee

Unknown said...

Depan sprocket 15
Belakang 33

Unknown said...

Rr skarang brp harga? Yg bru bukn second.minx penjelasan.

Unknown said...

Belanja boleh??? Plisss
Nk sangat motor ni tapi x mampu

Unknown said...

Motor ni ade keluaran lagi ke tak ?

Unknown said...

Motor ni ade keluaran lagi ke tak ?

sporting goods said...

Tkda keluaran dh..klu ada kedai yg simpan baru dh jd 18k..sape nk pakai rr boleh Roger saya..saya nk jual rr saya kaler merah thn 2013 april, enjin standard ekzos standard,kilometer baru 18k sbb jarang sgt guna...hrga buka 9.5k boleh nego..boleh whats app saya di 0163114603..saya area Cheras KL

Unknown said...

ak balik dari klang ke maran brenti isi mnyak jer .. 140/160 .. alhamdulillah stakat ni okey

Handzolah said...

Berapa harga pasaran rr sekarang?

Unknown said...

berapa spoket standard moto.nie

luqman said...

Boleh tahan moto nie atas jalan raya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...