Cari Nota Dengan Cepat...!

Sunday, August 23, 2009

Nilai Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK)

-nilai-nilai dalam pendidikan jasmani dan kesihatan dibentuk atas prinsip bahawa manusia telah dijadikan sebaik-baik makhluk;

-menghargai, memelihara dan meningkatkan keadaan kesihatan diri dan masyarakat supaya dapat meningkatkan produktivi dan kesejahteraan hidup;
-menghargai amalan kelaziman latihan kecergasan dan kesihatan;

-menghargai pentingnya mengikut prinsip-prinsip latihan;

-Menyedari pentingnya rehat dan rekreasi serta mengamalkannya;

-mengamalkan lakuan gerak badan yang baik dan sempurna dalam kegiatan harian;

-Mementingkan langkah-langkah keselamatan dalam sebarang kegiatan harian;
-berkeyakinan dalam menyusun program latihan kecergasan dan melakukannya bagi keperluan diri sendiri;

-memelihara serta menghargai keadaan tubuh badan yang sihat dan cergas;

-bertimbang rasa terhadap orang lain yang menghadapi masalah kesihatan dan bersedia membantu sejauh mana yang boleh; dan,

-bertanggungjawab, bekerjasama, berdisiplin, bertoleransi serta bersemangat persahabatan, kepimpinan dan kesukanan dalam segala kegiatan sukan dan kegiatan harian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...