Cari Nota Dengan Cepat...!

Wednesday, August 19, 2009

Konsep Sejarah.

Mari kita lihat sejarah kepada sejarah.
Ilmu sejarah wujud pada pertengahan kurun ke 19 iaitu bermulanya seorang tokoh ahli fikir sejarah LEOPOLD Von RANKE
Ranke :
Lahir 21 Disember 1795
di Wieche Saxony Jerman.
Berhidmat di Universiti Berlin sehingga 1871, menulis buku dalam sejarah 63 jilid. Seorang tokoh sejarah di Eropah.
Pendapatnya sejarah harus dikaji adalah “seperti sebenar berlaku”
Sejarah itu haruslah terdiri daripada peristiwa yang benar berlaku tidak peristiwa bercampur aduk dengan cerita dongeng.

Apa itu sejarah?
E.H. Carr – Buku What is History?
Sejarah adalah satu proses perhubungan yang tidak akan putus antara ahli sejarah dan bahannya. Ia satu kesenambungan peristiwa dari zaman dahulu hinggalah sekarang
Sambungan…
Sejarah itu bentuk penyelidikan proses sosial dan justeru itu merupakan perhubungan antara masyarakat sekarang dengan masyarakat yang telah lalu.
Perkataan sejarah yang pada asalnya bahasa Yunani “ Histori”bermakna
“ penyelidikan”.
Maknanya peristiwa yang pernah berlaku pada masa lalu dan ingatan yang tercatat mengenai masa lalu.

Dari segi semantik –
Kamus Dewan –
Sejarah itu sastera lama, asal usul, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku yang lampau, kisah, riwayat, tambo, dan kajian yang telah lalu “tawarikh”
R.O.Winstedt – sejarah asalnya perkataan Arab – salasilah, tawarikh dan babab- syajaratun – erti pohon.

Di Barat- Perkataan History- berasal dari Yunani purba HISTORIA – penyelidikan peristiwa semasa atau sezaman, sepanjang ingatan penyelidik dan penyaksi peristiwa yang diselidik.
Sejarah dari sudut filosofi-

Dua sudut :
Umum-
luas semua kejadian masa lalu.
Khusus-
satu catatan atau rekod satu peristiwa masa dahulu.
Sejarah itu pengetahuan masa lalu



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...