Cari Nota Dengan Cepat...!

Sunday, August 2, 2009

SISTEM MATA WANG : Sistem Ekonomi dan Sosial, Ciri-ciri Masyarakat Melayu Tradisional

SISTEM MATA WANG

· Bijih timah, Emas perak pernah dijadikan alat pertukaran untuk menilai barang diniagakan disamping sebagai piawaian mata wang.

· Stelah perdagangan nberkembang pesat pertukaran barang tidak lagi sesuai dan seimbang dengan barang oleh itu penggunaan wang primitif , siput , Cowrie dan kepingan logam atau syiling diperkenalkan.

· Di Sabah dan Sarawak Manik-manik yang diperbuat daripada kaca dan batu permata dikenali manik-manik mata wang semasa menukar barang.

· Dipendalaman sarawak cerek tembaga, meriam tembaga kecil sejenis mata wang yang sering digunakan dalam sistem tukar barang di Brunei, Sabah dan Sarawak

· Menjelang pertengahan abad ke 15, mata wang mula diperbuat di Tanah Melayu, Zaman KMM wang logam diperb uat daripada kaleng ( Calains) dalam bentuk timah

· Sistem nilai pertukaran dalam perdangangan besar-besaran menggunakan jongkong emas seberat 1 kati 8 tahil. Bentuk binatang buaya, ayam, gajah, kura-kura dan belalang. Penggunaan jongkong digunakan di Perak, Selangor Negeri Sembilan dan Sumetara kerana ia berat.

· Selepas kedatangan pedagang eropah pelbagai jenis matawang emas dan perak di perkenalkan disamping penggunaan mata wang tempatan.

· Tahun 1580, pihak British mengedarkan wang dolar perak Sepanyol di Tanah Melayu, Mata wang digunakan di Tanah Melayu dan Negeri Selat.

· Wang dolar Sepanyol diterima sebagai pengukur nilai untuk semua mata wang di Tanah Melayu selama 300 tahun sehingga negeri melayu berhenti membuat wang sendiri dan mengguna wang dolar Sepanyol. Ini menyebabkan mata wang kerajaan melayu terhapus.

· Mulai 1906 mata wang asing tidak lagi diterima sebagai alat pertukaran yang sah selepas kerajaan British memperkenalkan dolar wang kertas negeri selat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...