KEGIATAN EKONOMI KOMERSIAL
Kegiatan ekonomi ini berbeza dengan tradisional
· Abad ke 15 corak ekonomi masyarakat melayu memasuki era komersial. Bagi golongan pemerintah mereka sudah lama bergiat dalam perdagangan
· Kegiatan ekonomi komersial sudah lama dialam melayu sebelum zaman melaka lagi
· Bukti hubungan dagang dalaman dan wujud rangkaian dagangan tempatan menunjukkan ekonomi di negeri melayu bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya saradiri
· Beberapa kegiatan menternak dan memburu binatang mengumpul hasil hutan dan tanaman padi dianggap saradiri sebenarnya menjurus kearah ekonomi komersial . Misalnya ada [petani menternak lembu dan mengekspotnya ke singapura dan siam
· Selaian itu ekspot gajah. Pada abad ke 18 dan 19 Kedah dan Perak sudah mengekspot gajah ke India.
Perikanan
· Mengikut sumber Portugis ekspot tunggal melaka akhir abad ke 15 ialah ikan kering. Kuala Terengganu pusat pusat perdagangan ikan terbesar di P.Timur.
· Disamping ikan kegiatan lain ialah memungut hasil laut spt mutiara dan agar-agar. Kegiatan penting suku kaum bajau dan suluk diSabah.
· Hasil laut menjadi minat pedagang cina India dan barat terutama mutiara. Hasil laut juga dibuat ubat-ubatan dan makanan istimewa.
Tanaman Padi
· Padi diekspot ke negara jiran terutamanya padi dari kawasan subor saja.
· Kedah dan Kelantan pembekal padi. Kedah membekal 2000 koyan ke P.Pinang. Kelantan ke Singapura
· Lain-lain negeri ialah Selangor, Perak dan Terengganu
· Abad ke 19 Srlangor menjadi pengeluar padi dan tidak perlu mengimportnya.
· Pertanian Dagangan
· Pertanian dagangan diperkenalkan oleh pembesar yang menggunakan pengeluaran secara tradisional tetapi menggunakan buroh asing.
· Kegiatan ekonomi berasaskan dagangan diambil berat oleh Inggeris sehingga menjadi sumber pendapatan Tanah Melayu yang utama.
· Tanaman yang ditanam secara komersil ialah lada hitam, gambir, buah pala,cengkih, tebu, ubi kayu dan kopi.
· Lada Hitam ditanam dip.pinang sejak 1790an dan mendapat pasaran baik di Eropah.Awal abad ke 19 Cengkih dan Buah pala ditanam diP.Pinang tetapi yang berjaya ialah tebu.
· Sebelum 1800 Tebu ditanam di Batu Kawan S,Prai setelah lada hitam dan buah pala merosot. Selepas tahun 1874 kawasan lain tanaman tebu ialah Kerian.Awal abad ke 20 kilang memproses gula didirikan kawasan tersebut.
· Pada pertengahan abad ke 19 tanaman ubi kayu menjadi tanaman ekspot yang penting dan diusahakan meluas di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan.
· Pertengahan abad ke 19 tanaman ubi kayu ekspot penting diusahakan secara meluas di Melaka,Selangor dan negeri Sembilan
· Pada masa yang sama, kegiatan bercorak komersial semakin mendapat tempat di Johor, anatara tanaman ialah lada hitam dan gambir.
· Pada 1840an lada hitam dan gmbir mula dibuka di Selat Teberau. Sehingga awal abad ke 20 lada hitam dan gambir menjadi ekspot utama johor.
· Sistem Kangchu yang diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim dan dimajukan oleh Sultan Abu Bakar.
· Lada hitam juga diusahakan di Sarawak di Kuching Serian dan Sarikei-Marabong
· Tahun 1876 konsesi tanah diberi pada orang Cina untuk mengusahakan tanaman lada hitam menyebabkan Sarawak menjadi pengeluar dan pengekspot lada hitam terbesar di dunia.
· Tanaman kopi diusahakan oleh peladang Eropah ditanam secara besar2an di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
· Menjelang abad ke 20, tanaman getah diusahakan secara besar@an oleh pengusaha Eropah selepas kemerosotan harga kopi, Getah ditanam secara ladang dan menggunakan pekerja yang dibawa masuk dari India Selatan.
· Benih Getah mula dibawa masuk dari Brazil ke England dan kemudian ditanam di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak secara besar2an
· Tanaman getah mendapat pasaran yang baik diEropah kerana perkembangan industri yang pesat diEropah
· Perlombongan
· Bijih timah dipercayai di perdagang sebelum KMM sejak abad ke 9
· Kawasan pengeluaran Lembah Kinta, Larut, Dinding, dan Beruas ( Perak) Sungai Linggi dan Sungai Ujong ( N.9) Sungai Bernam, Sungai Selangor dan Sungai Klang ( Selangor) Kelantan, Johor dan Kedah
· Kegiatan ini dijalankan oleh orang-orang Melayu dan punca pendapatan utama pembesar Melayu. Kawasan perlombongan dimiliki oleh pembesar contohnya Long Jaafar dan Ngah Ibrahim
· Peringkat awal dagangan bijih timah untuk menukar barangan keperluan lain seperti kain, gelas dan manik. Orang Cina pula guna bijih timah untuk kertas bakar sembahyang, Orang Eropah diguna sebagai perkakas rumah
· Pada abad ke 16 orang Eropah Portugisd Belanda mula datang ke Asia Tenggara untuk mendapatkan bijih timah.
· Pada abad ke 18 dan 19 Belanda dan British membeli bijih timah dari Perak dan Selangor. Bijih timah diusahakan secara meluas di Tanah Melayu pertengahan abad 19.
· Pada tahun 1820an tiga kawasan perlombongan yang penting Hilir Perak, Sungai Ujong dan Lukut
· Perak menjadi pengeluar bijih timah utama dan menjadi semakin rancak selepas penemuan bijih timah di Larut 1840an.
· Di Sungai Ujong buruh Cina sudah mula kerja di lombonglombong sejak 1828. Pertengahan abad ke 19 sungai ujong sebagai pengeluar utama bijih timah. Tahun 1855 ekspot mencecah ke Negeri-Negeri Selat mencecah 20000 pikul.
· Selepas 1850an Kuala Lumpur menjadi kawasan melombong bijih timah yang penting. Yap Ah Loy kapitan cina yang turut menyumbang perkemabangan bijih timah di Lembah Kelang.
· Terengganu merupakan negeri kedua pengeluararan bijih timah. Kawasannya di Kemaman.
· Menjelang 1880an hasil keluaran di negeri pantai barat bertambah berbanding negeri lain kerana pembesar bergantung modal dengan dan buroh Cina.
· Golongan pemerintah melayu memonopoli ekspot bijih timah sehingga abad pertengahan 19 .
· Akibat desakan golongan saudagar di Negeri Selat dan perubahan ekonomi yang berasaskan keuntungan maksimun dan prinsip pasaran bebas, para pembesar mula kehinlangan monopoli dalam kerusahaan bijih timah;
· Peranan ini diambil alih saudagar Negeri Selat yang memiliki dan mengusahakan kawasan perlombongan. Perubahan monopoli ini berbeza sungai ujiongh 1830an Selangor dan Perak 1850an
· Mengikut peraturan baru pelombong dibenarkan ekspot bijih timah hanya yang memiliki lombong sendiri. Oleh itu peranan pembesar dalam kegiatan perlombongan beransur hilang.
· Keadaan ini menyebabkan pergaduhan dan perbalahan merebut kawasan lombong. Ini memberi peluang British campurtangan.
· Perkembangan industri di Eropah menyebabkan permintaan ke atas bijih timah meningkat pertengahan abad ke 19 .Harga bijih timah melambung naik dan menggalakkan pembukaan kawasan lombong meningkat.
· Menjelang 1880an Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah yang terbesar dan pengeluarannya separuh dari pengeluaran dunia. Bijih timah sumber pendapatan negara yang utama.
No comments:
Post a Comment