Cari Nota Dengan Cepat...!

Sunday, July 5, 2009

Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak.

Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak.

Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh proses-proses biologi, kognitif dan sosio-emosi (Santrock, 2008).

Secara ringkas, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkat seperti berikut:

  • Peringkat bayi (0-2 tahun)

Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Sifat-sifat asas manusia seperti bahasa,kebolehan fizikal, kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan.

  • Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun)

Kanak-kanak dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial.

  • Peringkat kanak-kanak (9-11 tahun)

Kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan.

  • Peringkat awal remaja (12-15 tahun)

Sensetif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik.

  • Peringkat remaja

Perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari.

1 comment:

Anonymous said...

nice

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...