Cari Nota Dengan Cepat...!

Friday, July 10, 2009

Perkembangan Kognitif.

Perkembangan Kognitif.

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Untuk mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan dua teori utama perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

1 comment:

Unknown said...

tekiu..sangat berguna utk saya ^^v

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...