Cari Nota Dengan Cepat...!

Tuesday, July 7, 2009

Prinsip asas dalam perkembangan fizikal.

Prinsip asas dalam perkembangan fizikal.

  1. Perkembangan bermula dari kepala dan beransur ke kaki.
  • Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan badan, kaki dan tangan.
  • Seorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya kaki.
  • Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir.
  • Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan.
  • Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri seterusnya berjalan.
  1. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar.
  • Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan.
  • Pada peringkat pre natal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan.
  • Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir dalam perkembangan fizikal badan.
  • Seorang bayi selepas kelahiran cuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot tangannya.
  • Selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk menggenggam objek.
  • Seterusnya, bayi akan dapat memegang objek dengan sebelah tangan menggunakan jari tangan kerana otot tangan sudah berkembang.
  1. Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik.
  • Sebagai contoh, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis dengan kuat.
  • Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjuk kepada kepalanya yang sakit.
  • Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi akan dapat memberitahu kepalanya yang sakit.
  1. Aspek perkembangan fizikal berkembang pada tahap yang berbeza.
  • Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama.
  • Kreativiti misalnya berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...