Cari Nota Dengan Cepat...!

Saturday, July 4, 2009

Kecerdasan Pelbagai.

Kecerdasan Pelbagai.

Menurut Howard Gardner, ada lapan jenis kecerdasan iaitu:

Linguistik : Sensitif kepada bunyi, maksud perkataan dan fungsi yang berbeza di dalam bahasa.

Muzik : Kebolehan menghasilkan dan menghargai irama dan muzik.

Spatial : Keupayaan menggunakan imaginasi dalam bentuk gambar dan rajah.

Logikal-matematik : Kebolehan mencerap dan menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi Matematik.

Kinestetik : Kemahiran memanipulasi objek dan menggunakan otot-otot badan dengan baik.

Interpersonal: Kebolehan memahami dan berinteraksi dengan individu lain.

Intrapersonal: Kebolehan memahami diri dan menentukan arah hidup sendiri.

Naturalis : Kebolehan memerhati dan memahami corak dalam alam semulajadi.

Kecerdasan Emosi.

  • Kecerdasan emosi ialah kebolehan individu memahami dan mentafsir perasaannya sendiri dan menggunakan maklumat ini sebagai panduan semasa berfikir dan bertindak.
  • Ia juga dijelaskan sebagai kebolehan individu mengurus emosi dan meluahkan perasaan dengan tepat.
  • Konsep kecerdasan emosi ini telah diperkembangkan oleh Peter Salovey dan John Mayer dan dipopularkan oleh Daniel Goleman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...