Ciri-ciri Wacana adalah seperti berikut:
Tiap wacana mestilah mempunyai tujuan:
Tujuan yang menentukan kalimat
Sekiranya tujuan penutur untuk memperolehi maklumat, kalimat yang timbul tentulah merupakan ayat tanya manakala tujuan untuk menyempurnakan sesuatu perbuatan, kalimat yang terhasil tentulah dalam bentuk ayat perintah.
Wacana mestilah berlandaskan hubungan antara penutur atau penulis dengan pendengar atau pembaca.
Wacana berkait dengan kedudukan penutur yang menuturkan sesuatu lakuan bahasa dalam masyarakat.
Hal ini akan mempengaruhi gaya wacana dalam lakuan bahasa tersebut sama ada gaya formal atau tidak formal.
Contoh : Apabila seseorang pelajar berhubung dengan gurunya, dia akan menggunakan gaya formal tetapi apabila dia berhubung dengan kawannya, dia akan menggunakan gaya tidak formal.
Wacana mestilah mempunyai ciri-ciri turutan atau susun atur dengan pengertian unsur-unsurnya dapat disusun misalnya urusan waktu, tempat
Contoh : Sebab akibat
“Oleh sebab dia belajar bersungguh-sungguh, dia mendapat kejayaan yang cemerlang dan dia telah diberi hadiah penghargaan.”
Tiap-tiap ayat dalam sebuah wacana perlu mempunyai maklumat baru yang belum ada dalam ayat sebelumnya
Ayat yang mendukung kebenaran akaliah yang terkandung dalam ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana.
Contoh ayat: Saya berkerja sehari suntuk. Saya berkerja dari awal pagi hingga lewat petang.
Wacana juga tidak boleh memasukkan maklumat yang berlawanan dengan logik akaliah.
Bertentangan dengan maklumat yang ada sebelumnya.
Contoh : Ayat “Semalam saya bekerja sehingga jam satu tengah hari” tidak boleh dimasukkan selepas ayat “Semalam saya bekerja sehari suntuk”, demikianlah sebaliknya.
Wacana mempunyai andaian dan inferensi.
Informasi atau maklumat awal dalam wacana disebut andaian manakala maklumat baru disebut inferensi.
Inferensi memberikan penokokan maklumat kepada andaian dan dalam ujaran biasanya bahagian ini diberi penekanan suara yang lebih tinggi.
8.KEJELASAN
•Perenggan yang jelas memberi makna penulisan idea yang terang, nyata, dan dapat difahami dengan mudah.
•Lawannya adalah kabur, sukar difahami dan gagal menyampaikan ideanya serta tidak melakukan tugas komunikasi dengan pembaca.
•Kejelasan dapat dihasilkan melalui ayat-ayat yang tepat dan tidak meleret-leret, istilah-istilah konkrit, tidak kabur dan tidak terlalu umum
KESATUAN
•Perenggan yang berpusat pada satu fokus ialah perenggan yang padu dan berkesatuan. Ayat atau fikiran yang melencong atau terkeluar dari fokus akan menjadi unsur gangguan dan menjadikan pembacaan tidak lancar.
•Penulis dapat melihat dan yakin terhadap apa yang dikehendakinya dalam sesebuah perenggan tidak mempunyai banyak masalah dengan kesatuan.
•Penumpuan terhadap tujuan akan dapat mengawasi urutan fikiran supaya tidak tergelincir daripada maksud asal.
•Kesatuan akan bermasalah sekiranya kita cuba mendapatkan sesuatu idea melalui ayat.
•Perenggan yang ditulis dengan cara demikian akan memperlihatkan dua kelemahan:
a)Gangguan yang jelas dalam urutan idea yang disebabkan kehadiran buah fikiran yang tidak berkaitan.
b)Penyelewengan secara perlahan-lahan dari tujuan perenggan yang sebenarnya.Ini berlaku apabila kita membiarkan setiap ayat bergerak ke arah lain.
KEPAUTAN
•Sesebuah perenggan dikatakan berpaut apabila ayat-ayat yang dibina di dalamnya bergerak lancar dan orang yang dapat membacanya dengan mudah dari satu ayat ke satu ayat yang lain tanpa ada ruang kosong atau jurang fikiran atau idea yang tertinggal serta tidak dikemukakan.
•Perenggan yang lemah kesatuannya akan lemah kepautannya.
• Jika perenggan yang lemah kesatuannya kerana kelemahan rujukan terhadap ayat topik maka perenggan yang kepautannya disebabkan kelemahan rujukan terhadap ayat-ayat sebelumnya.
•Kelemahan kepautan bukan hanya disebabkan kelemahan kesatuan dan susunan, tetapi ia juga disebabkan kelemahan hubungan melalui penggunaan alat penghubung.
•Alat-alat penghubung itu ialah rujukan kata ganti nama diri,pengulangan perkataan penting dan penanda transisi.
KESEMPURNAAN
•Bermaksud unit fikiran yang lengkap. Perenggan tersebut untuk menjalankan tugas-tugas yang dijangkakan iaitu mengembangkan idea topiknya dengan sempurna dan lengkap.
• Selepas pembacaan terhadap perenggan atau terhadap tulisan tersebut, pembaca akan berasa puas hati dan tidak tertanya-tanya akan perkara yang digambarkan dalam ayat topik.
•Ujian terhadap kesempurnaan dilakukan oleh pembaca. Pembacalah sepatutnya berpuas hati bukan penulis.
•Penulis hendaklah melihat perenggan itu sebagaimana pembaca melihatnya.
•Alat-alat yang biasa digunakan untuk mencapai kesempurnaan ialahbutiran sokongan, contoh-contoh dan perbandingan.
•Perenggan yang tidak sempurna ialah perenggan yang tidak lengkap.
•Ada perkara-perkara yang hendak dikembangkan tidak dapat dilakukan ataupun perkembangan yang dibuat itu tidak mencukupi. Ayat topiknya tidak dihuraikan dan dikembangkan dengan sewajarnya.
KEBOLEHBACAAN
•Kebolehbacaan atau keterbacaan bersangkut dengan aspek proses membaca iaitu pemahaman, kefasihan dan minat.
•Pemahaman bukanlah sekadar dikaitkan dengan makna-makna tulisan bercetak tapi bergantung kepada kelancaran atau kefasihan dan tarikan atau minat kita terhadap bahan yang kita baca itu.
•Aspek keterbacaan menegaskan masalah pemahaman terhadap pengetahuan makna dan frasa serta boleh menghubungkan bahan-bahan yang dibaca dengan pengalaman-pengalaman seseorang.
***ada banyak lagi ciri-ciri wacana. Sila rujuk pada buku rujukan seperti: KAJIAN BAHASA MELAYU,
KETRAMPILAN PENULISAN
5 comments:
Thanks 4 da infrmtion...
penin la nk analisis wacana...
help2...
Sama-sama.. :) Pening eh? Wacana agak susah sikit nak belajar..
terima kasih utk informasi...
minta izin copy nota....
wa~
senang sket buat asgmnt da nota2 free mcm ni
tunggu copy paste jer...ha
thnx a lot~
Post a Comment