Cari Nota Dengan Cepat...!

Friday, July 10, 2009

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget.

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget.

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu.

  • Kematangan biologi. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik.
  • Interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.
  • Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya.
  • Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.

Proses mencapai keseimbangan.

  • Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka.
  • Kita sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, dalam menyelesaikan sesuatu kekusutan.
  • Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dijangka.
  • Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan.
  • Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman ini di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema.
  • Proses penyusuan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi.
  • Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian.
  • Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks.
  • Contohnya: bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda atau skema untuk mengenal huruf. Anda membentuk skema untuk memandu atau memasak.
  • Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru.
  • Contohnya: kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu sekiranya diminta memasak nasi tomato.
  • Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan masalah.
  • Mereka perlu mengubahsuai skema lama kepada skema baru di panggil adaptasi.
  • Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi.
  • Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada.
  • Contoh: dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan ‘d’ sebagai ‘b’ apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada.
  • Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.
  • Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru.
  • Di dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan ‘d’ daripada ‘b’.
  • Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengamilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.
  • Kesimpulannya, jika kita menggunakan skem baru untuk sesuatu situasi atau pengalaman yang baru dan ia berjaya maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut.

7 comments:

Anonymous said...

Ini adalah tulisan anda saudara/i sendiri atau bagaimana?...sebaiknya tulis nama anda atau sumber ada gunakan untuk menulis artikel ini..

hazimah said...

artikel yang bagus

Anonymous said...

Saya setuju dengan pandangan di atas. Seharusnya, saudari menyatakan sumber maklumat di atas supaya kredibiliti fakta itu dapat dipastikan..

Anonymous said...

Pendapat aku lak lau pnlis tulis rujukan..siap dgn muka surat senang ler kita copy u xment..walhal kita xpnh tgk pun buku tu... He2 sorry lau salah ya

beruang gebu said...

mungkin itu nota dari lect nye..pape pun time kaseh yea..

Farizal Lazim said...

Tulisan ni semua hasil pengajian dan interaksi dengan pensyarah serta bacaan penulis lah, kalonak lebih dan sumber asal rujuk lah buku psikologi pendidikan...jangan malas...huhu

Farizal Lazim said...

Tulisan ni semua hasil pengajian dan interaksi dengan pensyarah serta bacaan penulis lah, kalonak lebih dan sumber asal rujuk lah buku psikologi pendidikan...jangan malas...huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...