Hasil daripada kajian Haliza Hamzah dan Joy. N. Samuel dalam buku mereka, Perkembangan Kanak-kanak mendapati bahawa terdapat
Prinsip kedua dalam proses ini ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Sebagai huraian, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan adalah contoh kepada prinsip ini. Pertumbuhan pula berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.
Dalam prinsip ketiga, penulis menekankan pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan. Menurut penulis, dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambahkan kemahiran yang sedia ada. Kemahiran yang ada padanya pada waktu ini merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.
Prinsip keempat pula adalah berkaitan dengan corak dan aturan perkembangan yang hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza mengikut individu. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. ini merupakan satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang dapat kita kaji dan lihat di dalam sesebuah bilik darjah.
Prinsip yang terakhir pula menekankan perkembangan sebagai hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Bagi penulis, kematangan merupakan kemunculan potensi atau tahap yang sedia ada di dalam seseorang individu. Sebagai contoh, merangkak, duduk, berjalan berlari adalah potensi yang telah sebati dalam diri setiap individu. Potensi ini adalah hasil daripada faktor-faktor genetik. Pembelajaran pula adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi yang memerlukan usaha.
Justeru, tersimpullah bahawa pembelajaran membantu kepada perkembangan potensi setiap individu. Sebagai contoh, pekembangan otot dan saraf anggota badan yang lengkap dan sempurna memungkinkan seseorang itu berlari pecut, akan tetapi, dia hanya boleh berlari pecut jikalau diselitkan melalui latihan dan peniruan teknik-teknik untuk berlari pecut.
No comments:
Post a Comment