Gunakan Fungsi Search Untuk Mencari Nota

Loading...

Friday, July 24, 2009

Sejarah, asal usul dan perkembangan sukan skuasy Malaysia.

Sejarah, asal usul dan perkembangan sukan skuasy Malaysia.

Tarikh tepat permaina skuasy diperkenalkan di Malaysia tidak dapat dipastikan. Namun adalah dipercayai, ia diperkenalkan pada sekitar tahun 1920-an atau lebih awal lagi. Permainan skuasy dibawa masuk ke negara ini oleh orang-orang Inggeris yang bertugas di negara ini. Permainan ini biasanya dimaiankan oleh pegawai-pegawai tentera, pegawai diplomat, pegawai kerajaan, pengurus dan kakitangan syarikat-syarikat lombong. Pada masa itu, permainan ini dimainkan di kelab-kelab khusus untuk orang-orang kulit putih dan di dalam berek-berek askar sahaja. Amat sukar untuk kita melihat rakyat tempatan bermainnya.

Permainan ini mula diminati oleh rakyat negara ini selepas Perang Dunia Kedua. Itu pun cuma mereka yang tinggal di bandar-bandar sahaja yang bermainnya. Selepas tahun-tahun 1960-an, skuasy menjadi semakin diminati sehingga ada sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Banyak juga jabatan kerajaan dan pihak swasta yang memberikan galakan kepada kakitangannya mengambil bahagian dalam sukan ini. Akhirnya kini skuasy sudah mula diterima oleh kebanyakan ahli sukan dan rakyat negara ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...