OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI
Mengapa objektif diperlukan dalam Pendidikan Jasmani
Bucher & Wuest ( 1987)
Menolong Pendidikan Jasmani di dalam aspek-aspek berikut;
Untuk memahami apa yang hendak dilakukan
Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nilai pendidikan jasmani iaitu sumbangannya terhadap masyarakat
Membuat keputusan yang bermakna bila menghapi sesuatu isu dan masalah.
Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat
Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui penglibatan didalam program.
OBJEKTIF-OBJEKTIF
Thomes,Lee & Thomes (1988) menegaskan bahawa secara tradisional ,pendidikan jasmani mempunyai empat objektif utama;
PEMBANGUNAN FIZIKAL ATAU ORGANIK
Pembangunan neurootot atau motor
Pembangunan kognatif
Pembangunan sosial,emosi dan afektif
Pembangunan fizikal atau organik
Melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan kuasa fizikal di dalam individu dengan membangunkan pelbagai sistem organan di dalam tubuh badan individu.
Objektif pembangunan neurootot atau motor
Melibatkan pembangunan kesedaran tubuh badan
Pelakuan pergerakan fizikal dengan sedikit tenaga
Bergerak dengan kecap dan indah
1.Pergerakan yang berkesan bergantung kepada kerjasama sistem otot dan saraf yang terlibat di dalam aktiviti seperti berlari,melompat,bergayut,menyepak,membongkok,mengilas dan melontar.
2.Di dalam aktiviti pendidikan jasmani ,kemahiran neurootot membekalkan seseorang individu dengan kebolehan melakukan sesuatu dengan kadar kecekapan yang tinggi.
3.Membangunkan seberapa banyak kemahiran yang mungkin ada pada setiap individu supaya minat individu bertambah luas dan pelbagai.
Disamping itu,kemahiran membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih berkesan,membina keyakinandiri dan mendapat pengiktirafan diri.
OBJEKTIF PEMBANGUNAN KOGNATIF
Melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterpretasikan pengetahuan.
Mengimplikasikan pembangunan pengetahuan spesifik yang berkaitan dengan peraturan ,undang-undang dan strategi yang terlibat dengan pelbagai pengelaman dalam pendidikan jasmani
OBJEKTIF PEMBANGUNAN SOSIAL,EMOSI DAN AFEKTIF
Objektif pembangunan sosial,untuk menolong seseorang individu menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat dan membangunkan konsep kendiri.
Objektif pembangunan emosi melatih mengawal emosi dalam keadaan tertentu dan melatih memahami emosi orang lain.
Objektif pembangunan afektif melibatkan sikap,apresiasi dan nilai
TUJUAN-TUJUAN SEORANG GURU PENDIDIKAN JASMANI
Untuk menyumbang ke arah pembangunan fizikal kanak-kanak
Untuk membangkitkan pembelajaran secara inkuari dan penemuan melalui aktiviti fizikal yang kreatif dan imaginatif
Untuk membangunkan koordinasi fizikal dan mental,kawalan diri dan keyakinan diri.
Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mengalami pengalaman yang luas mungkin melalui pelbagai pergerakan dan aktiviti,dengan atau tampa alatan dan menggunakan alatan dalam pelbagai cara.
Untuk meningkatkan keupayaan fizikal kanak-kanak dengan membangun sifat mudah menyesuaikan diri dalam situasi berbeza
Untuk membolehkan setiap kanak-kanak mengalami perasaan kejayaan melalui aktiviti fizikal
No comments:
Post a Comment