Cari Nota Dengan Cepat...!

Monday, July 6, 2009

Perkembangan Fizikal.

Perkembangan Fizikal.

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007)[1]. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978)[2]. Secara langsung perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.

Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.

Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003 ), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunaakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hari.



[1] Woolfolk & Margetts : Educational Psychology ( Pearson: Prentice Hall, 2007)

[2] Hurlock E.B : Child Development ( McGraw Hill, 1978)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...