Cari Nota Dengan Cepat...!

Wednesday, July 29, 2009

Sistem Ekonomi dan Sosial Zaman Tradisional

Sistem Ekonomi dan Sosial Zaman Tradisional

Ciri-Ciri


Masyarakat melayu tradisional telah mempunyai satu bentuk sistem ekonomi yg teratur iaitu bentuk sara diri

Saradiri – maksudnya kegiatan ekonomi dijalankan untuk mendapatkan bahan ,makanan dan lain-lain hasil untuk memenuhi keperluan harian

Keperluan asas ekonomi petani dalam masyarakat melayu tradisional ialah secukup hidup iaitu menyara keluarga sendiri

Alatan pertanian adalah mudah iaitu menggunakan haiwan atau binantang dan manusia tanpa teknologi moden

Kegiatan utama saradiri ialah:



Bercucuk tanam


Menangkap ikan


Memungut hasil
hutan



mereka mendapatkan sumber makanan harian drpd dusun, sungai atau laut yang berdekatan.

Barang pakaian harian dan garam tidak mampu dikeluarkan boleh perolehi dari kampung atau tempat lain melalui sistem pertukaran barang.

Kegiatan ekonomi masyarakat melayu tradisional mempunyai hubungan rapat dengan kawasan penempatan. Mereka mendirikan penempatan dekat dengan laut, pinggir sungai atau hutan .

Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian dan perikanan. Kekuatan ekonomi utama ialah pertanian.

Tanaman utama padi tanaman lain ialah sayuran dan buah-buahan,

Menternak, memburu, dan mengumpul hasil hutan.

Sebahagian kecil pertukangan dan perlombongan dan kraf tangan.

Sebahagian kecil tinggal berhampiran dengan pelabuhan dan melibatkan diri dalam perdagangan.

Sebab-sebab petani tidak dapat mengeluarkan lebihan hasil :

· Kekurangan tenaga buroh

· Tiada ternakan yang boleh melakukan kerja berat

· Menangung beban kerja kerah pemerintah

· Sesetengah negeri hendaklah menyerahkan 1 per sepuloh hasil mereka kepada pembesar tradisi.

· Atas sebab2 diatas petani tidak dapat mengusahakan tanaman lebihan

· Hanya golongan pemerintah sahaja banyak mengumpul kekayaan

· Mereka tidak mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan hanya sebagai petani dan lain kerja nelayan, buat perahu, pengayuh sampan dan anyam bakul dan kerja kerah yang upah tidak dibayar.

· Tugas mengeluarkan makanan org yang sama pengkhususan orang yang sama

· Keperluan hidup bersifat sederhana dgn menitik beratkan keperluan keluarga. Pengkhususan tanaman tidak wujud

· Kegiatan pertanian tertumpu kawasan subur

· Pemilikan tanah hanya dapat menampung keluarga 2 ekar setiap keluarga

· Hasil pertanian bergantung pada keluasan tanah yang dapat dikerjakan jumlah keperluan sendiri dan tenaga kerja keluarga.

·

Tanaman Padi

2 jenis padi – padi huma dan padi sawah

· Padi huma ditanam secara berpindah randah. Pertanian ini diamalkan peringkat awal oleh org asli Semai, Dayak Iban Jakun Temiar

· Mereka tinggal dekat dengan kawasan tanaman dan satu atau dua musim mereka berpindah. Beberapa tahun mereka kembali

· Padi sawah ditanam kawasan banyak air. Diperkenalkan oleh orang siam diutara dan orang minangkabau di selatan

· Kebanyakan kawasan tebing sungai dan tanah pamah persisir pantai.

· Kawasan penempatan awal petani berasaskan padi sawah di delta besar Kelantan dan kedah. Negeri kedah yang paling awal sejak zaman kesultanan melaka.

· Abad ke 19 sistem pengairan diperkenalkan terusan mat saman dari alor setar ke kaki bukit Gunung Jerai 1885. Sempena nama menteri besar Wan Muhamad Saman b Wan Ismail

Penternakan

· Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu dan kerbau. Selain daripada untuk makanan juga digunakan untuk membajak dan menarik kayu

· Berburu kegiatan ekonomi sampingan kancil rusa pelanduk seladang dan ayam hutan

· Menjerat gajah penting kerana pelbagai guna disamping sebagai alat pengangkutan utama golongan pemerintah.

· Gajah jadi barangan hadiah dan ketinggian taraf seseorang pemerintah serta kenaikan untuk peperangan.

· Perikanan

· Kegiatan menangkap ikan hasil pencarian utama masyarakat tradisional terutama penduduk hampir dengan laut, sungai dan tasik

· Banyak dinegeri pantai timor tanah melayu, kelantan, pahang terengganu

· Diguna secara saradiri jika ada lebihan untuk ditukar untuk keperluan lain. Lebihan hasil laut seperti ikan atau udang dibuat keropok, belacan, cencaluk dan budu untuk dijual

· Nelayan menukarkan ikan masin dengan beras dari kampung yang mengusahakan tanaman padi di kawasan pendalaman

· Musim menangkap ikan bulan mac-okt kerana musim tengkujuh

· Cara menangkap ikan berbeza antara tempat. Alat yang digunakan ialah lembing dan tempuling. Alat lain serampang, tombak, tali kail, jala, bubu, pukat, pancing, jaring, tangguk, kelong, gawai, jeramal, serkat ikan dan lukah.

· Penangkap ikan dilaut menggunakan pukat, jala, jaring, kelong, dan rawai. Di sungai menggunakan pancing, jala, tangguk, kail, lukah, tombak dan serampang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...