Cari Nota Dengan Cepat...!

Tuesday, July 21, 2009

Kata Akronim

KATA AKRONIM
- Kata akronim tergolong dalam kata nama tunggal
Kata nama akronim ialah perkataan yang dihasilkan melalui pencantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan.
- Bahagian-bahagian perkataan boleh terdiri daripada huruf-huruf, suku-suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan.

Jenis-jenis akronim
Terbahagi kepada empat jenis:

a. Pencantuman huruf awal perkataan- ditulis dengan huruf besar.
PKNK – Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
IPTAA – Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

b. Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan- Ditulis bermula dengan huruf besar
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional
Mara - Majlis Amanah Rakyat
Intan - Institut Tadbiran Awam

c. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti.

Jalurah - Jalan lurah

Angkubah - Angka ubah

Jentolak - jentera tolak


d. Cantuman suku kata awal perkataan-ditulis dengan huruf kecil dan bukan nama khas

tadika - taman didikan kanak-kanak

cerpen –cerita pendek

pawagam- panggung wayang gambar



4 comments:

Keristrasi Jantan Putih said...

Jika hanya menyebut huruf, itu bukanlah akronim. Itu cuma singkatan sahaja.

Unknown said...

Global apa ye akronim

Unknown said...

Please global

Unknown said...

Ketogori

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...