Cari Nota Dengan Cepat...!

Saturday, July 4, 2009

Perbezaan Individu.

Perbezaan Individu.

Perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza mengikut kematangan dan pengalaman pembelajaran individu tersebut. Kematangan bermaksud perkembangan ciri-ciri yang sedia ada dalam individu yang diperturunkan oleh gen masing-masing ( Hurlock,1978). Misalnya kebolehan merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Kebolehan ini tidak perlu dilatih tetapi jika ada sekatan di dalam persekitaran kanak-kanak tersebut ia boleh membantutkan perkembangan kanak-kanak ini.

Pembelajaran ialah perkembangan yang melibatkan latihan dan usaha. Seseorang kanak-kanak belajar menggunakan potensi yang diperolehi melalui pembelajaran ( Hurlock, 1978).

Perbezaan antara individu boleh dilihat daripada beberapa aspek iaitu:

  • Kognitif – kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir secara logik, menaakul dan mengira.
  • Fizikal – perbezaan dari segi paras rupa, berat, ketinggian, jantina dan rambut.
  • Sosial – kemahiran berinteraksi, bergantung sama ada individu tersebut bersifat introvet atau ekstrovet.
  • Emosi – kebolehan, mengenali, mengawal dan mengurus perasaan serta sikap sabar dan toleransi terhadap orang lain.
  • Kecerdasan – kecerdasan boleh didefinisikan sebagai kebolehan mendapat pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di dunia ini.

3 comments:

kirhmuru said...

THANKS! IT HELPS!!!

Anonymous said...

Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

- David

izzuddin said...

Maaf, boleh saya dapat kan nama penuh en/puan kerana saya ingin kreditkan dalam research saya. Harap dapat berikan dengan secepat mungkin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...