Cari Nota Dengan Cepat...!

Saturday, July 18, 2009

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF SERTA TEORI YANG BERKAITAN

Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003 ), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunaakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hari.

Perkembangan fizikal berdasarkan buku Perkembangan Kanak-kanak merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia ( Woolfolk dan Margetts, 2007 ). Kenyataan ini disokong oleh hasil dapatan melalui laman web http://www.geocities.com, yang menyatakan perkembangan fizikal merangkumi pertumbuhan fizikal, kemahiran pergerakan kasar dan halus. Menurut Hurlock, 1978, perubahan-perubahan yang berlaku ini merangkumi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung.

Dari aspek kebersihan alam sekitar, teori ini lebih menekankan pendedahan kepada kanak-kanak mengenai cara-cara untuk menjaga alam sekitar. Aspek keselamatan pula kanak-kanak diberi pengetahuan mengenai tindakan yang menyebabkan kemalangan itu berlaku disamping cara-cara mengatasi kemalangan tersebut. Berlainan dengan aspek kesihatan, aspek ini membincangkan mengenai cara-cara untuk mrnjaga kebersihan diri seperti mandi dan memotong kuku selain aspek pemakanan seimbang, sihat dan berkhasiat. Aspek psikomotor pula mendedahkan kanak-kanak kepada amalan senaman dan pergerakan anggota badan yang betul.

Terdapat banyak pendapat ahli tokoh dan sejarah mengenai definisi perkembangan fizikal, termasuklah Gallahue ( 1993 ) yang menyatakan perkembangan fizikal terbahagi kepada tiga bahagian iaitu keseimbangan ( kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relative kepada tindakan graviti ), aspek pergerakan ( berkaitan dengan tongkah laku kanak-kanak ) dan aspek manipulasi ( kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek persekitarannya ).

Bagi Wright dan Sudgen ( 1999 ) dalam model peralihan mereka, kematangan seseorang individu berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran itu pula berlaku dalam ruang persekitaran serta memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak.

Berbeza dengan Schmidt dan Wrisberg ( 2000 ), kemahiran fizikal kanak-kanak dijelaskan sebagai erbahagi kepada dua aspek, iaitu tertutup dan terbuka. Kemahiran fizikal tertutup dimaksudkan sebagai perjalanan aktiviti yang di dalam persekitaran yang terkawal serta tidak berubah, manakala kemahiran fizikal terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti fizikal secara berubah.

Dalam perkembangan ini juga terdapat empat prinsip asas perkembangan fizikal antaranya ialah perkembangan kanak-kanak bermula daripada kepala dan beransur ke kaki. Prinsip kedua pula menyatakan bahawa arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Disamping itu, prinsip ketiga telah menyatakan bahawa kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik manakala prinsip keempat berbunyi aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.

Peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak terbahagi kepada dua kategori iaitu peringkat awal kanak-kanak dalam lingkungan usia 2 hingga 6 tahun dan peringkat kanak-kanak dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun. Bagi peringkat awal kanak-kanak, kadar pertumbuhan fizikal mereka pada peringkat ini adalah perlahan berbanding dengan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini juga adalah dua kali ketinggian semasa lahir manakala berat badannya pula berkrmungkinan bertambah sebanyak empat kali ganda.

Berbanding perkembangan fizikal kanak-kanak bagi kategoro kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun pula, kadar pertumbuhan dan perkembangan mereka adalah stabil dan tidak begitu pesat berbanding peringkat sebelum ini. Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan mereka lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.

Perkembangan kognitif kanak-kanak pula merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Hasil dapatan dari laman web http://www.anakku.my/artikel pula menerangkan perkembangan kognitif sebagai proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual. Proses ini berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat kepada peringkat perkembangan seterusnya.

Seorang ahli falsafah terkemuka, Jean Piaget ( 1896 – 1980 ) merupakan ahli psikologi Switzerland terkenal yang telah mengasaskan teori Jean Piaget. Beliau telah cuba menjelaskan tentang kaedah ilmu dan membina hipotesis. Antara konsep penting yang diutarakan oleh beliau dalam teori ini ialah perkembangan kognitif merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Sebagai contoh, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan seperti menghisap, memandang, mencapai, merasa dan memegang.

Tambah beliau juga, terselit empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu, iaitu faktor kematangan biologi. Faktor ini merupakan proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik. Faktor kedua pula ialah faktor interaksi individu dengan persekitaran. Faktor ini lebih menekankan individu yang berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku dengan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati. Faktor ketiga pula ialah faktor pengalaman sosial. Secara umumnya, perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran seperti ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Faktor terakhir pula ialah faktor keseimbangan yang menyatakan proses ini sebagai salah satu cara yang digunakan individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru difahami.

Peringkat-peringkat ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu peringkat sensorimotor ( semenjak lahir – 2 tahun ), peringkat pra-operasi ( 2 – 7 tahun ), peringkat operasi konkrit ( 7 – 11 tahun ) dan peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas. Dalam teori ini juga, perkembangan kanak-kanak dapat dilihat dalam dua kategori iaitu peringkat pra operasi dan peringkat konkrit. Dalam peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh menggunakan skema-skema fizikal yang mudah. Seterusnya, mereka akan beralih ke peringkat di mana mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema terbaru. Kanak-kanak pada tahap ini mewakili sesuatu dengan simbol mental seperti isyarat bahasa, gambar dan sebagainya. Sebagai contoh, kanak-kanak mewakili imej sebenar buku dengan perkataan buku atau dengan menggunakan gambar.

Bagi kanak-kanak kategori operasi konkrit ( 7 hingga 12 ), mereka berkebolehan berfikir secara logi walaupun pemikiran meraka masih terikat dengan situasi konkrit. Mereka sepatutnya memahami proses perubahan, keterbalikan dan menaakul. Menurut piaget, kanak-kanak peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pengekalan bersandarkan tiga prinsip asas iaiatu prinsip identity yang menerangkan mengenai bilangan atau amaun sesuatu objek adalah sama walaupun bentujnya berubah. Prinsip kedua dalam teori ini ialah prinsip ganti rugi. Bagi mereka, mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan digani oleh perubahan dalam suatu aspek lain. prinsip terakhir pula membincangkan mengenai prinsip keterbalikan. Dalam prinsip ini, pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...