SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PAGI,
RAUB, PAHANG
PROJEK KEWARGANEGARAAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TAHUN 4
TEMA: MALAYSIA NEGARAKU
TAJUK:
PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIA
GURU PENASIHAT:
Ali Bin Abu
Azmi Bin Azman
TEMPOH:
3 OGOS 2011 HINGGA 24 OGOS 2011
TAHUN 4 : PORTFOLIO PERDANA MENTERI – PERDANA MENTERI MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Dalam sistem pendidikan sekolah rendah, guru berperanan dalam mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam diri setiap pelajar. Potensi tersebut seharusnya dikembangkan dan digilap untuk menghasilkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.
Sempena Bulan Kemerdekaan Negara pada bulan ini, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk murid yang bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, menghargai pemimpin-pemimpin negara dan tokoh-tokoh kemerdekaan negara ke dalam diri murid. Selain itu, ia bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid disamping mengasah bakat murid.
Antara projek atau aktiviti yang dirancang bagi membolehkan murid mengetahui nama-nama pemimpin negara ialah Projek Portfolio Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia.
2.0 RASIONAL
Sebagai seorang warganegara Malaysia, setiap individu perlu tahu setiap nama Perdana Menteri Malaysia yang pernah memimpin negara sebagai tanda menghargai dan cintakan negara.
3.0 MATLAMAT
1. Mengeratkan silaturrahim antara murid-murid dengan guru-guru.
2. Memupuk nilai kerjasama terhadap kumpulan bagi menghasilkan sesuatu kerja.
3. Dapat membina pengetahuan baru dan pengetahuan am dalam diri murid tentang pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia.
4. Untuk memeriahkan lagi hari kemerdekaan tahun ini.
5. Dapat mengembangkan peranan dalam melakukan perkara dalam satu pasukan.
4.0 OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada murid dalam mencari idea-idea kreativiti sendiri dalam membina pengetahuan tentang Perdana Menteri Malaysia.
2. Memberi ruang kepada murid bagi mempamerkan kreativiti tersendiri.
3. Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh : 3 Ogos 2011 hingga 24 Ogos 2011
5.2 Hari : Selasa
5.3 Masa : 10.45 hingga 11.45
5.4 Tempat : SK Seri Pagi
6.0 KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 4
7.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK
Penaung : Tuan Haji Muhamad Bin Azmir
Guru Penasihat :
1. Pengerusi : Muhd Roqkaimi Akimi
2. Naib Pengerusi : Muhd Fakrull Nizam
3. Setiausaha : Shasya Amira
4. Bendahari : Muhd Arif
a. Ahli Jawatankuasa : Fadhilah, Hisyam, Aiezad, Alif Danial,
Safikah, Athirah, Nabila, Humaira, Aiman
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Fail 1 Inci = RM4 X 4 (RM16)
2. Pembalut Hadiah = RM1 X 4 (RM4)
3. Kertas Warna A4 = RM4.00 X 1 (RM4)
Jumlah = RM 24.00
9.0 SUMBER KEWANGAN
Guru Praktikum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 dan 5.
.
10.0 Penutup
Perlaksanaan program ini untuk melahirkan erti kemerdekaan antara semua murid di sekolah ini. Murid juga dapat mengenal nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dari zaman kemerdekaan sehingga sekarang.
Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang dan kerjasama yang optimum dan sebaiknya daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program ini. Berharap agar usaha murni ini akan dapat memberikan faedah dan manfaat terhadap murid .
BORANG PELAKSANAAN PROJEK
TAJUK PROJEK : PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIA
BIL | TARIKH | MASA | AKTIVITI |
1. 2. 3. 4. | 3.8.2011 (Selasa) 10.8.2011 (Selasa) 17.8.2011 (Selasa) 24.8.2011 (Selasa) | 10.45 – 11.45 pagi 10.45 – 11.45 pagi 10.45 – 11.45 pagi 10.45 – 11.45 pagi | 1. Menerangkan projek yang akan dijalankan. 2. Pembentukan AJK dan senarai tugas. 1 .Merancang bahan dan alatan 2. Pembelian bahan dan alatan 3. Menyediakan bahan untuk membuat folio 4. Merancang tugasan dan jadual tugasan 1.Mencari bahan portfolio dari pelbagai sumber. 2.Setiap kumpulan membuat tugasan yang diberi. 1. Menyiapkan refleksi individu. 2. Melengkapkan folio 3. Menghantar refleksi dan folio 4. Penilaian |
No comments:
Post a Comment