Kelebihan Power Point
a) Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.
b) Menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian.
c) Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan bila-bila sahaja.
d) Dapat melahirkan animasi slaid.
e) Sesuai untuk membina kemahiran menulis pelajar terutamanya dalam merumuskan karangan.
Kelemahan Power Point
a) Perlu mempertimbangkan keperluan penggunaan kesan animasi dalam menyediakan slaid supaya pelajar tidak hanya tertarik kepada animasi slaid.
b) Memerlukan kemahiran dan pengetahuan dari segi peruntukan wang, pengawalan masa pembelajaran sebenar, tempat yang sesuai serta kemudahan teknologi komputer yang lengkap.
c) Perlu mempertimbangkan kesan penglihatan pelajar terhadap slaid yang disediakan.
d) Dari segi pengawalan dan pengurusan kelas, perlu sentiasa peka dan menggunakan ‘eye contact’ dalam pengajarannya supaya hubungan dan interaksi dua hala dapat dilakukan di antar guru dengan pelajar.