Adidas Superstar merupakan sneakers yang tak asing lagi bagi remaja. Adidas Superstar sudah lama berada di pasaran sejak 1969 lagi. Bagi penulis, zaman kegemilangan Adidas Superstar di Malaysia ialah pada sekitar penghujung 1990-an dan awal 2000. Masa tu remaja di Malaysia banyak dipengaruhi budaya Hip Hop. Jadi secara tak langsung ramai remaja memakai kasut Adidas Superstar sebagai ikutan fesyen Hip Hop.
Sekarang, Adidas Superstar dilihat tidak lagi menjadi kegilaan remaja. Zaman sudah berubah. Namun, di luar negara Adidas Superstar masih lagi legend dan dipakai. Bagi remaja yang membesar pada zaman awal tahun 2000-an...sudah tentu kenangan dengan kasut ini sukar dilupakan. Jadi, penulis mencari kasut ini dengan mencari maklumat di internet dan kedai-kedai kasut yang menjual snekers. Untuk yang terkini, Adidas masih mengeluarkan Adidas Superstar version 2.0 yang lebih slim.
Kepada yang mencari, mungkin agak sukar menjumpainya kerana tidak banyak kedai yang menjual. Namun, berdasarkan pengalaman penulis, antara kedai dan butik yang menjual Adidas Superstar 2.0 ini ialah di:
1. Butik Adidas City Square Johor Bahru.
2. Royal Sporting House, Jusco Tebrau Johor.
3. Butik Adidas Mid Valley Megamall, KL
4. Butik Adidas Paradigm Mall, Selangor.
Harga? RM299. Kalau bernasib baik sesetengah butik buat sale atau bagi rebat lagi-lagi hujung tahun ini.