Cari Nota Dengan Cepat...!

Thursday, December 9, 2010

DEFINISI LINGUISTIK

DEFINISI LINGUISTIK:


Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis“langage-langue”; Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan Inggeris“language”.

Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain.

Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2)


Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.


Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.


STRUKTUR BAHASA

Menurut Levi Strauss (1963: 279), (1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain.

Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis

Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis.

Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik.


fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik.


morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.

sintaksis: hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran.


semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks.


leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.

Definisi Bahasa

Definisi Bahasa:


Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.


Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Kamus besar Bahasa indonesia Edisi kedua cetakan kesepuluh (1999:77) pula mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang diperguna oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.


Beberapa pendapat mengenai bahasa:


Abdullah Hassan (1984:14) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan


Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.

Arbak (1983:7) bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan.


Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam sekali lagi memberi definisi bahawa bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.


Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sitem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.


Raja Mukhtaruddin (1980: 25) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.


Lutfi Abas (1975: 4 ) mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.


Asmah Omar (1983: 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusiaDisebalik ciri fizikal ini terdapat makna.

Friday, December 3, 2010

MASALAH DI LUAR BANDAR

MASALAH DI LUAR BANDAR

i. kekurangan tenaga keja khususnya di sektor pertanian
ii. pembaziran sumber alam- tidak dapat dimajukan- tiada penduduk

MASALAH PEMBANDARAN

MASALAH PEMBANDARAN

8.1. MASALAH DI KAWASAN BANDAR
i. masalah pengangguran dan kemiskinan bandar-penduduk ramai, kerja kurang, kurang pendidikan dan tidak dapat bersaing
ii. masalah perumahan dan fenomena persetingganan-tidak mampu memiliki rumah
iii. masalah persekitaran fizikal bandar- pencemaran udara, air, tanah, bau, bunyi
iv. Masalah persekitaran sosial bandar- kadar jenayah, pelacuran, pengedaran dadah , kesihatan dll
v. Masalah ke atas sumber-sumber alam di bandar- tekanan terhadap sumber tanah, kepupusan hutan, kerosakan sumber-tanah menjadi mahal

Thursday, December 2, 2010

FENOMENA PEMBANDARAN

FENOMENA PEMBANDARAN


7.1. REBAKAN BANDAR
Proses perluasan saiz bandar dan pengaruh bandar dari kawasan pusat bandar ke pinggir bandar
Berkembang sejajar dengan perkembangan sistem jaringan pengangkutan

7.2. SUBBANDAR
Murujuk kepada kawasan pinggir bandar
Kawasan pinggir bandar berperanan sebagai penyokong kepada pusat bandar
Berkait rapat dengan proses rebakan bandar dan ketepuan pembangunan di pusat bandar
Funsi yang biasa seperti petempatan dan perindustrian
Subnaadar kan membentuk bandar baru

7.3. METROPOLIS
Sesebuah bandaraya akan digelas metropolis apabila mempunyai penduduk melebihi sejuta orang
Mempunyai hairarki yang lebih tinggi
Lingkungan pengaruh yang lebih luas dari bandar raya
Mempunyai kepelbagaian fungsi-pusat pentadbiran, perkhidmatan, pengangkutan, perdagangan, kewangan, pendidikan, perniagaan

7.4. MEGALOPOLIS
Percantuman metropolis-metropolis membentuk saiz yang lebih luas dan besar-megalopolis
Penduduk melebihi 10 juta orang
Contoh- megalopolis boston- penduduk 40 juta orang- keluasan 700 kilometer
Megalopolis tokaido- menacntumkan tokyo, yokohama

7.5. KONURBASI
Proses penggabungan dan percantuman antara pinggir bandar dengan pinggir bandar yang lain
Dua buah bandar bercantum- zon konurbasi
Contoh shah alam dan petaling jaya

7.6. BANDAR SATELIT
Bandar yang dibina dan diwujudkan tidak jauh dari bandar induk
Fungsi- kawasan kediaman dan perindustrian
Bandar sateli dengan bandar utama masih berhubung dari segi pentadbiran, kewangan, peniagaan dan perkhidmtan
Hubungan diteruskan dengan rangkaian pengangkutan

7.7. BANDAR BARU
Kawasan petempatan bercirikan bandar
Dirancang dan dibangunkan di kawasan yang tidak ada bandar khususnya di luar bandar
Berkembang tanpa perlu bergantung dengan bandar lain. Contoh- bandar baru Bangi/ Nilai dll

MASALAH-MASALAH BANDAR PRIMAT

MASALAH-MASALAH BANDAR PRIMAT


i. masalah perumahan
ii. masalah persaingan, pengangguran, kemiskinan bandar akibat migrasi
iii. masalah sosial- jenayah, pelacuran, penyakit dll
iv. masalah kesesakan-lalu lintas dan petempatan
v. masalah persekitaran- pencemaran air, udara, bau, bunyi
vi. fenomena pulau haba-kesan rumah hijau
vii. kejadian banjir kilat

FAKTOR-FAKTOR YANG MEWUJUDKAN BANDAR PRIMAT

BANDAR PRIMAT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEWUJUDKAN BANDAR PRIMAT


  • tumpuan pembangunan ekonomi- ibu negara-pusatt pentadbiran, perdagangan, peindustrian, perkhidmatan, kewangan dll
  • tarikan yang kuat terhadap bandaraya utama-penghijrahan penduduk kawsan luar bandar ke benadar utama
  • penjajahan masa lampau- tidak menyebarkan pembangunan ke kawaan lain
  • pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bandar- pengangkutan, bekalan air, elektrik, pelabuhan dll
  • faktor demografi- penghirah terdiri dari golongan muda- kadar fertiliti tinggi-penambahan dalam kadar kelahiran bandar

Tuesday, July 20, 2010

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TREND PEMBANDARAN YANG PESAT DI BENUA ASIA DAN AFRIKA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TREND PEMBANDARAN YANG PESAT DI BENUA ASIA DAN AFRIKA

i. pembangunan ekonomi bandar yang pesat selepas tahun 1970an-ekonomi moden berkembang pesat-perniagaan, perindustrian di bandar-bandar sejajar dengan dasar kerajaan di negara-negara membangun
ii. kemunduran eknonmi desa khususnya sektor pertanian- penghijrahan buruh-buruh pertanian ke bandar
iii. kestabilan politik dan eknonmi- taamatnya perang dunia 11 –politik aman-ruang dan peluang setiap negara melaksanakan polisi dan program pembandaran negara masing-masing
iv. faktor demografi-kependudukan pertambahan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian.
v. Pembandaran memusat kepada bandar-bandar utama sahaja- mewujudkan bandar primat- kewujudan sebauh bandar sahaja yang terbesar saiznya berpuluh-puluh kali ganda berbanding dengan bandar kedua dalam negara tersebut.

Friday, June 4, 2010

FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI PROSES URBANISASI DI NEGARA MEMBANGUN

FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI PROSES URBANISASI DI NEGARA MEMBANGUN

i. faktor sejarah- penjajahan dan kemasukan migran asing-eksploitasi sumber-sumber alam dan penguasaan politik- contoh kuala lumpur-bijih timah , berkembang dengan pertambahan penduduk dan pelabagai sektor lain.
ii. Faktor pekembangan ekonomi moden – kemajuan industri- menawarkan peluang pekerjaan-tumpuan penduduk-petempatan bertambah- pusat-pusat kemudahan dan perkhidmatan bertambah- perniagaan, perdagangan- contoh shah alam, petaling jaya
iii. Faktor politik- dasar dan perancangan kerajaan- rancangan pembangunan wilayah – bandar baru muadzam shah, bandar al miktafi billah- bandar-bandar satelit- putra jaya, petaling jaya- mengatasi limpahan bandar besar kuala lumpur
iv. Faktor kemudahan sosial- kemudahan asas. Kemudahan sistem pengangkutan, pendidikan tinggi, kemudahan kesihatan, kemudahan elektrik, bekalan air, sistem perhubunan dll
v. Faktor kependudukan atau demografi- migrasi dan pertumbuhan semulajadi. Proses utama ialah migrasi masuk dari kawsan luar bandar atau kawsan lain- saiz banadar utama terlalu besar berbanding badar lain- bandar primat-bangkok, jakarta, manila, ho chi minh

Konsep Urbanisasi : PEMBANDARAN

Konsep Urbanisasi : PEMBANDARAN

1.0. MAKSUD PEMBANDARAN/URBANISASI: Pembandaran/urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya

2.0. ASPEK-ASPEK PROSES PEMBANDARAN
i. pertambahan jumlah dan peratus poenduduk yang tinggal di kawasan bandar –bandar- lebih 10 000 orang
ii. perluasan saiz bandar , pertambahan bangunan, ruang perniagaan, kawasan petempatan bandar, peningkatan sistem pengangkutan, pertambahan fingsi bandar dll
iii. Perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk dari kawasan ekonomi tradisional /pertanian kepada eknomi moden seperti perkilanagan, perkhidmatan, perniagaan, perdaga gan dll
iv. Perubahan cara hidup dari tradisional kepoda nilai dan gaya hidup bandar yahg lebih moden

3.0. TAHAP PERKEMBANGAN PEMBANDARAN DI MALAYSIA

A. PEMBANDARAN AWAL(ABAD KE 15)

i. melaka- pusat bandar yang lung di rantau ini-pusat pentadbiran, perdagangan, penyebaran agama, petempatan dll
ii. sebab- kedudukan strategik, dasar kolonialisme- tidak membenarkan bandar lain wujud

B. ZAMAN PENJAJAHAN

i. pusat-pusat petempatam sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran bahan mentah
ii. tarikan utama- bijih timah- taiping, larut, ipoh, kuala kumpur


C. PEMBANDARAN SELEPAS MERDEKA

i. berlaku migrasi besar-besaran ke kawasan bandar-urbanusasi semakin pesat
ii. migrasi untuk mencaru pekerjaan dan juga melanjutkan pelajaran di bandar-bandar
iii. contohnya bandar kuala lumpur, johor bharu, ipoh dll
iv. bandar-bandar utama terus berkembang sedangkan kawasan lain terus ketinggalan-mewujudkan dualisme ekonomi.

D. PEMBANDARAN ERA 1990-an DAN ABAD KE 21

i. penyebaran urbanisasi ke pinggir bandar-dimajukan dan dibangunkan sebagai bandar satelit-bandar baru yang lengkap dan moden
ii. bandar-bandar sekitar kuala lumpur- selayang, bandar baru nilai, setapak, cheras, snawang
iii. bandar- bandar baru berteraskan industri di desa-kerteh-petroleum, MEC city kuantan-elektronik.
iv. Abad ke 21- era it-jaringan internet,e-mel, sistem jaringan telekomunikasi yang canggih-MSC, CYBERJYA

Nota ini telah diberikan oleh Cput untuk dikongsi di dalam blog ini. Terima kasih :)

Tuesday, March 16, 2010

Konsep Urbanisasi

Konsep Urbanisasi

Pembandaran atau Urbanisasi adalah satu fenomena yang lazim berlaku khususnya di negara yang sedang membangun. Secara umum nya istilah Urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Urbanisasi sering berlaku apabila penempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks seperti dari bandar yang kecil menjadi bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.
Konsep Urbanisasi seringkali dikait kan dengan :

i) Pertambahan dan peratusan penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Di Malaysia sesebuah
penempatan itu dikelaskan sebagai bandar jika jumlah penduduk di sekitar kawasan tersebut
telah melebihi 10000 orang.

ii) Perluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan, ruang niaga kawasan penempatan,
peningkatan sistem jaringan pengangkutan dan pertambahan fungsi bandar.

iii) Urbanisasi juga boleh ditakrifkan sebagai perubahan struktur dan kegiatan ekonomi
penduduk di sesebuah kawasan dari ekonomi tradisional kepada ekonomi moden seperti
perindustrian, perkilangan, perkhidmatan, perniagaan, perdagangan, dan lain-lain lagi.

iv) Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang
lebih moden.

Nota ini telah diberikan oleh Cput untuk dikongsi di dalam blog ini. Terima kasih :)

Tuesday, March 2, 2010

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir

PPISMP Ambilan Julai 2009

Tajuk : Kemahiran Berfikir

Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan

Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

Ipg Kampus Perempuan Melayu Melaka

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.


KONSEP BERFIKIR

  • Edward de Bono ( 1976 )
    - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
  • Dewey ( 1910 ) menegaskan :
    - Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
  • Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.



Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.


PROSES BERFIKIR

· Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

  1. Operasi Kognitif
    - adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
  2. Operasi Meta kognitif
    - merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

  • Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
  • Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
  • Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
  • Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
  • Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
  • Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.


TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR


Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry


- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.





Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner


- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;

  1. Kecerdasan linguistik
  2. Kecerdasan logical-matematik
  3. Kecerdasan visual-Spatial
  4. Kecerdasan muzik
  5. Kecerdasan tubuh kinestetik
  6. Kecerdasan interpersonal
  7. Kecerdasan intrapersonal


Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.


Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali


- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).
Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.
Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.


Teori Konstruktivisme


- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.


ALAT BERFIKIR


- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.


JENIS-JENIS PEMIKIRAN

  • Pemikiran Konvergen


    - Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
    Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.


Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.
Jawapan Tunggal
Masalah Tertutup





  • Pemikiran Divergen.


    - Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
  • Pemikiran Reflektif

    - Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
    Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.

  • Pemikiran Kritis dan Kreatif


    Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitif
    Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

*terima kasih kepada Cput yang memberikan nota ini untuk dikongsi dalam blog rujuknota. :)

Friday, January 15, 2010

Bacaan Mekanis

BACAAN MEKANIS (BERSUARA)
Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti
membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau
apapun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti
membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan
informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah
bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan
terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan
menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai
kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan
yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta
pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata
dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.

Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan;
(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang
betul.
(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa,
kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus.
(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta
tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran
yang lain.
(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan
membaca bersuara.
(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.
(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

*sumber tidak diketahui nama penulis.

RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid. 1997. Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan
Malaysia. Balakong, Selangor; Longman Malaysia
Amdun Husain. 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur;
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. Siri Panduan Guru KBSR Asas Kemahiran
Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka

Jenis Peringkat Membaca

Jenis peringkat membaca:
Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu:
· Bacaan mekanis (bersuara)
· Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)
· Bacaan intensif (mendalam)
· Bacaan ekstensif (meluas)

Sunday, January 10, 2010

Pendekatan Tematif

PENDEKATAN TEMATIF

§ Berkait rapat dengan aktiviti P & P secara kumpulan

§ Sesuai digunakan sebagai proses perbincangan tema dalam aktiviti kumpulan


*nota diambil daripada pensyarah IPGM.

Pendekatan Elektif

PENDEKATAN ELEKTIF

§ Merupakan gabungan pendekatan yang digunakan sebagai satu strategi untuk melaksanakan P & P di dalam kelas.

Contohnya:
Guru menggunakan pendekatan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan yang menjalankan aktiviti pengkayaan dan strategi pemusatan guru untuk kumpulan yang menjalankan pemulihan.


*nota diambil daripada pensyarah IPGM.

Pendekatan Induktif

§ PENDEKATAN INDUKTIF

§ Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat

§ Murid membuat kesimpulan

§ Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan menyediakan contoh-contoh yang sesuai

§ Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid membina kesimpulan

§ BBM harus disediakan untuk memudahkan murid membuat kesimpulan

§ Aktiviti P & P melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan


*nota diambil daripada pensyarah IPGM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...