Cari Nota Dengan Cepat...!

Thursday, December 9, 2010

DEFINISI LINGUISTIK

DEFINISI LINGUISTIK:


Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis“langage-langue”; Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan Inggeris“language”.

Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain.

Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2)


Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.


Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.


STRUKTUR BAHASA

Menurut Levi Strauss (1963: 279), (1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain.

Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis

Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis.

Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik.


fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik.


morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.

sintaksis: hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran.


semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks.


leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...