Cari Nota Dengan Cepat...!

Sunday, January 29, 2012

Strategi Pelaksanaan Pencalonan Murid Kelas Khas

Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M.

Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
* guru mata pelajaran / guru kelas
* guru besar
* ibu bapa

Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh dicalonkan.

Tuesday, January 24, 2012

3 Alternatif Kelas Pemulihan

Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.

Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang.

Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

Tuesday, January 10, 2012

Ambiguiti

Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud kata yang bermakna ganda atau mendua makna. Kegandaan makna ini berlaku pada satuan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeda.

Contoh:
Buku sejarah baru
(Buku sejarah itu baru / Buku itu berisi sejarah zaman baru)

Orang malas lalu di sana
(Jarang ada orang yang mahu lalu di sana / Orang malas sahaja lalu di sana)

Menteri baru kahwin
(Menteri yang baru dilantik itu kahwin / Menteri yang sudah lama jadi menteri, tetapi kahwinnya baru)

Wednesday, January 4, 2012

Pengertian Tatabahasa

Seperangkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun.

Salah satu cabang kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa.

Etika berbahasa, betul - salah, tepat - kurang tepat, baik – tidak baik bahasa yang digunakan ketika berbahasa. Contoh:

> Pakaiannya anggun
> Pakaiannya adalah anggun
> Pakaiannya ialah anggun
> Suaminya akan balik Pahang
> Suaminya akan balik ke Pahang
> Dia masuk tanpa memberi salam
> Dia masuk dengan tidak memberi salam


sumber: Prof. Madya Dr. Hj. Ibrahim Hj. Salleh
B. Litt. (Hons) & Dip. Ed., M.S., Ph.D.

(slide PowerPoint BBM 3203 Tatabahasa Melayu, UPM)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...