Cari Nota Dengan Cepat...!

Tuesday, March 13, 2012

Sejarah Sukan Olimpik

Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M.

Sukan ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama dengan upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek).

Boleh dikatakan segenap lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan lain-lain mengambil bahagian.

Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara mengadakan pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota.
Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan stadium sejauh 170meter.
Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol, tinju dan sebagainya.

Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu.

Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke-19.

Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937), seorang Perancis.

Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian.

Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896. Sejak itu, setiap empat tahun sukan ini diadakan.

Sukan Dalam Masyarakat Yunani Purba

Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap:

1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).
2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).
3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M).
4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M).

Yunani Homer:
Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.

Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan.

Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari.

Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan mengangkat berat.

Dalam zaman ini, penduduknya boleh dikatakan melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan tenaga dan kekuatan.

Yunani Sparta
Sparta merupakan sebuah negara tentera.

Semua rakyat hanya mempunyai satu profesion iaitu sebagai askar, maka pendidikan jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan.

Ini bertujuan untuk membentuk setiap rakyat sebagai petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yenyera yang amat diperlukan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti gimnastik, lari dan lompatan serta permainan bola.

Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara lompat, berenang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing.

Yunani Athens Awal
Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain daripada untuk menyediakan warganegara di medan perang, iaitu untuk nilai estetika dan harmoni
.
Bagi mereka, tubuh badan adalah sama penting dengan otak.

Oleh demikian sukan dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan ukiran.

Orang Greek yang menghargai kecantikan (fizikal) menganggap bahawa gemuk, kurang segar, dan pertumbuhan yang tidak wajar sebagau mengaibkan dan sebagai tanda kurang pendidikan.
Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun adalah seperti berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, baling lembing dan lempar cakera bersaiz kecil.

Bagi pelajar yang lebih besar (dari segi umur), aktiviti lebih bertenaga seperti perlumbaan, baling lembing dan lempar cakera bersaiz besar, lompatan, bertinju, bergomol dan perlumbaan kereta kuda disediakan.

Yunani Athens Lewat
Selepas perang Parsi, Athens yang dahulu merupakan masyarakat pertanian, telah berubah menjadi pusat perdagangan dan sebuah pusat kosmopolitan.

Penduduknya mempunyai lebih banyak masa lapang untuk perkembangan intelektual.

Tujuan sekarang ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi manusia petindak.

Antara aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah gimnastik, olahraga, lumba berperisai, baling lembing, memanah, equestrian dan tinju.
Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada peserta.

Contoh Kertas Kerja Projek Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PAGI,

RAUB, PAHANG

PROJEK KEWARGANEGARAAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TAHUN 4

TEMA: MALAYSIA NEGARAKU

TAJUK:

PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIA

GURU PENASIHAT:

Ali Bin Abu

Azmi Bin Azman

TEMPOH:

3 OGOS 2011 HINGGA 24 OGOS 2011

TAHUN 4 : PORTFOLIO PERDANA MENTERI – PERDANA MENTERI MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Dalam sistem pendidikan sekolah rendah, guru berperanan dalam mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam diri setiap pelajar. Potensi tersebut seharusnya dikembangkan dan digilap untuk menghasilkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.

Sempena Bulan Kemerdekaan Negara pada bulan ini, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk murid yang bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, menghargai pemimpin-pemimpin negara dan tokoh-tokoh kemerdekaan negara ke dalam diri murid. Selain itu, ia bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid disamping mengasah bakat murid.

Antara projek atau aktiviti yang dirancang bagi membolehkan murid mengetahui nama-nama pemimpin negara ialah Projek Portfolio Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang warganegara Malaysia, setiap individu perlu tahu setiap nama Perdana Menteri Malaysia yang pernah memimpin negara sebagai tanda menghargai dan cintakan negara.

3.0 MATLAMAT

1. Mengeratkan silaturrahim antara murid-murid dengan guru-guru.

2. Memupuk nilai kerjasama terhadap kumpulan bagi menghasilkan sesuatu kerja.

3. Dapat membina pengetahuan baru dan pengetahuan am dalam diri murid tentang pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia.

4. Untuk memeriahkan lagi hari kemerdekaan tahun ini.

5. Dapat mengembangkan peranan dalam melakukan perkara dalam satu pasukan.

4.0 OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada murid dalam mencari idea-idea kreativiti sendiri dalam membina pengetahuan tentang Perdana Menteri Malaysia.

2. Memberi ruang kepada murid bagi mempamerkan kreativiti tersendiri.

3. Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 3 Ogos 2011 hingga 24 Ogos 2011

5.2 Hari : Selasa

5.3 Masa : 10.45 hingga 11.45

5.4 Tempat : SK Seri Pagi

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Tahun 4

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK

Penaung : Tuan Haji Muhamad Bin Azmir

Guru Penasihat :

1. Pengerusi : Muhd Roqkaimi Akimi

2. Naib Pengerusi : Muhd Fakrull Nizam

3. Setiausaha : Shasya Amira

4. Bendahari : Muhd Arif

a. Ahli Jawatankuasa : Fadhilah, Hisyam, Aiezad, Alif Danial,

Safikah, Athirah, Nabila, Humaira, Aiman

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Fail 1 Inci = RM4 X 4 (RM16)

2. Pembalut Hadiah = RM1 X 4 (RM4)

3. Kertas Warna A4 = RM4.00 X 1 (RM4)

Jumlah = RM 24.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

Guru Praktikum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 dan 5.

.

10.0 Penutup

Perlaksanaan program ini untuk melahirkan erti kemerdekaan antara semua murid di sekolah ini. Murid juga dapat mengenal nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dari zaman kemerdekaan sehingga sekarang.

Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang dan kerjasama yang optimum dan sebaiknya daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program ini. Berharap agar usaha murni ini akan dapat memberikan faedah dan manfaat terhadap murid .

BORANG PELAKSANAAN PROJEK

TAJUK PROJEK : PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIA

BIL

TARIKH

MASA

AKTIVITI

1.

2.

3.

4.

3.8.2011

(Selasa)

10.8.2011

(Selasa)

17.8.2011

(Selasa)

24.8.2011

(Selasa)

10.45 – 11.45 pagi

10.45 – 11.45 pagi

10.45 – 11.45 pagi

10.45 – 11.45 pagi

1. Menerangkan projek yang akan

dijalankan.

2. Pembentukan AJK dan senarai tugas.

1 .Merancang bahan dan alatan

2. Pembelian bahan dan alatan

3. Menyediakan bahan untuk membuat folio

4. Merancang tugasan dan jadual tugasan

1.Mencari bahan portfolio dari pelbagai

sumber.

2.Setiap kumpulan membuat tugasan yang

diberi.

1. Menyiapkan refleksi individu.

2. Melengkapkan folio

3. Menghantar refleksi dan folio

4. Penilaian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...