Apakah Teater Pembaca?
- Satu cara menghidupkan sebuah skrip pendek. (boleh diambil dari buku teks)
- Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek.
- Teater pembaca dikenali sebagai ‘teater minda’ kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.
- Pelakon tidak perlu menghafal dialog.
- Persembahan sepenuhnya membaca teks.
- Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan terbatas dan mimik muka.
- Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.
- Tidak melibatkan ruang yang luas
- Tidak perlukan latihan yang lama.
- Boleh dilaksanakan secara spontan.
- Sesuai dalam melatih keterampilan berbahasa, ia melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yg dilakonkan.
- Teater pembaca ini menekankan aspek 'membaca'.
- Beberapa orang pelajar dipilih berdasarkan kehendak skrip.
- Setiap pelajar yg dipilih diberikan watak dan skrip.
- Seorang pencerita (narator) dipilih untuk membaca bahagian naratif dalam skrip.
- Sediakan ruang lakon di hadapan kelas, menghadap penonton.
- Pelakon boleh berdiri atau duduk di atas kerusi.
- Pembaca (naratif) di bahagian tepi kiri atau kanan, pelakon di tengah.
- Pelakon membaca dialog mengikut urutan dalam skrip.
- Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak selangkah ke hadapan dan membaca/melakonkan dialog dengan penuh perasaan dan intonasi yang sesuai.
No comments:
Post a Comment