Honda EX5 Dream 110
Boon Siew Honda Malaysia telah melancarkan Honda EX5 110 baru. Kali ini EX5 110 menerima sentuhan baru dan berbeza daripada sebelumnya. Walaupun reka bentuk tak lari beza, namun ianya sesuatu yang baru. Nampak lebih moden dan terkini. Ramai mat motor mengkritik reka bentuk Honda EX5 110 baru ini. Ada yang kata tak lawa lah. Namun, percayalah, bila ia sudah berada di jalan raya pasti akan popular dan diterima ramai.
Enjin 110cc baru dengan sesaran yang lebih besar pasti menambah nilai motosikal ini. Walaupun cuma lebih besar 10cc, tapi ia berbaloi dan lebih selesa untuk ditunggang lebih-lebih lagi membawa pembonceng belakang. Imej Honda EX5 110 baru ini mirip model Honda Super Cub C100 di Jepun yang moden. Kawaii habis!
Pengalaman penulis menunggang jentera Honda EX5 tahun 2001, memang lasak dan menjimatkan. Balik kampung dari Kuala Lumpur ke Johor melalui lebuh raya selamberrr... Mentenen pun murah. Jaga minyak hitam, plug dan bateri sahaja.
Cuma pendapat penulis, apa kata Boon Siew Honda keluarkan Honda EX5 110 baru ini dengan versi brek disk hadapan dan sport rim berserta tayar tanpa tiub. Tentu lebih berbaloi!
Harga? Bermula RM3900.
4 comments:
Tumpang tanya.baru2 ni sy ada beli motor baru ex5 dream 100cc.tapi masalahny sy kurang pasti sangat bunyi yg betul2 bunyi enjin baru.
Adakah bunyi enjin ex5 bru ni mcm 2.block ada kdengaran bunyi taiming-cin. Dn enjin pun bunyi lbh krang mcm kereta remot tu. Sdangkan sy suda tray ranning-in sda hampir 7hari. Paras rpm dh 200km.tapi bunyi. Enjin masih gk x brubah2.dibndingkn dgn ex5 kwn2 lain..jauh beza.sy sda brtany orner kdai moto ni.dia ckp enjin baru mmng. Bnyi mcm 2../ok sape2 yg ada pngalaman mcm ni blh bgi tahu sy apa prlu sy lakukan
Mungkin u dh lenjan kaw2 u punya motor kot....motor baru mana boleh lenjan lagi
sy rasa honda EX5 100cc buatannya bagus kalau nak di bandingkan dengan ex5 110....dengar2 cerita enjin ex5 110 ada setengah2 part dalam enjinnya ada barang dari china....
Ni nk tanya pasal honda dream 110 ni..agak2 berapa km baru nak servis motor ni ye?dh tiga bln guna motor ni km pun dah nk dkt 1k cuma tak tahu dh perlu di servis atau blm????tq
Post a Comment