Cari Nota Dengan Cepat...!

Wednesday, October 7, 2015

Contoh Minit Mesyuarat Dialog Prestasi Kurikulum PK 07/3 Sekolah

PK 07/3

 MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN  _______,

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA (TAHUN 2014)

Tarikh                          : 27 Disember 2013

Masa                           : 8.00 pagi - 1.00 petang.

Tempat                        : Perpustakaan

Pengerusi                    : Puan _______

Kehadiran(Bilangan)   :    orang

Turut Hadir (Jika ada)  : -


1

PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mesyuarat Puan ________ mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru dalam mesyuarat kurikulum kali pertama SK _______. Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat pada kali ini adalah untuk membincangkan dan memaklumkan beberapa perkara berkaitan kurikulum tahun 2014 yang akan datang di sekolah. Kehadiran guru dalam mesyuarat diteliti dan guru yang tidak dapat hadir diminta memberi sebab.

2
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh : Encik ________
Disokong untuk pengesahan oleh : Puan ___________


3


PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
                                                                  


4
FOKUS MESYUARAT

4.1   Jadual Waktu Kelas dan Persendirian:
1.    Jadual waktu peribadi dan kelas telah diedarkan pada 26 Disember 2013. Sila semak dan buat pembetulan jika ada.
2.    Jika guru mempunyai masalah, contohnya waktu bertindih, diminta maklumkan kepada GPK 1 segera.
3.    Guru Kelas diminta fotostat satu salinan Jadual Kelas untuk diberikan kepada setiap murid.
                                                                                            Tindakan:Semua Guru

4.2   Guru Yang Tidak Hadir Ke Sekolah (Cuti, Kursus, Mesyuarat, Bengkel dan lain-lain)
1.    Guru yang ingin mengambil cuti rehat, cuti tanpa gaji dan cuti tanpa gaji perlu mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar.
2.    Bagi cuti sakit, kursus, mesyuarat dan lain-lain perlu memaklumkan kepada GPK 1 untuk tindakan penyediaan Jadual Ganti Kelas.
3.    Guru Ganti Kelas dikehendaki membawa Bahan GGT ke kelas untuk kelas gantian.
Tindakan:Semua Guru

4.3   Bahan Guru Ganti Terancang (BM, BC dan BI)
1.    GGT (Guru Ganti Terancang)
2.    Program GGT banyak membantu sekolah dan menjadikan PdanP lebih bermakna semasa Guru Ganti memasuki kelas.
3.    Bahan GGT untuk Kelas Ganti bagi BM, BC dan BI berada di almari baharu di Bilik Guru.
4.    Slip Guru Ganti perlu ditulis dalam dua salinan.

                                                                                           Tindakan:Semua Guru

4.4   MMI Melindungi Masa Instruksional
1.    Pengisian Data mempunyai tiga bahagian:
a.    Guru keluar semasa P dan P
b.    Rumusan Keberadaan Guru
c.    Rumusan Aktiviti Guru Ganti
2.    Laporan MMI : Perlu isi data secara online dan hantar kepada PPD setiap akhir bulan.
3.    Laporan guru keluar semasa P dan P adalah berdasarkan:
a.    Bil. Guru Cuti (termasuk semua jenis cuti)
b.    Bil. Guru yang menghadiri Urusan Rasmi (mesyuarat, kursus, seminar, bengkel, sukan, kokurikulum dan lain-lain agensi kerajaan)
c.    Bil. Guru yang menghadiri urusan tidak rasmi.

Tindakan:Semua Guru

4. 5   Minit Curai
1.    Setiap guru dikehendaki mengisi Minit Curai sebaik sahaja selepas menghadiri sebarang mesyuarat, bengkel, kursus dan lain-lain.

Tindakan: Semua Guru

4.6  Kajian Tindakan
1.    Setiap guru dan GPK perlu menghantar satu salinan kertas. cadangan/kerja kajian tindakan kepada penyelaras Kajian Tindakan.
Tindakan:Semua Guru

4.7   Audit Akademik dan Analisis Item
1.    Perlu diadakan untuk mata pelajaran UPSR.
2.    Dibuat setiap kali Pentaksiran Setara dan Penilaian Dalaman.
3.    Bagi kelas Tahun 4 dan 5 sahaja.
4.    Program Peningkatan akan diteruskan.
                                                                                        Tindakan:Semua Guru

4.8   Kemasukan Markah SAPS
1.    Markah bagi Pentaksiran perlu diisikan dalam Sistem SAPS dalam tempoh masa yang ditetapkan.
2.    Perlu diisikan di ruangan markah yang terakhir disebelah ruangan ETR borang HEADCOUNT di dalam Buku Rekod Mengajar.
3.    Ruangan AR3 untuk pentaksiran/penilaian akhir tahun.

Tindakan:Semua Guru

4.9   Semakan Soalan Dan Hantar Soalan
1.    Kesemua kertas soalan dikehendaki disemak oleh Guru Besar dan GPK sebelum diriso atau dicetak.
2.    Catatkan bungkusan kertas soalan seperti berikut:
a.    Tarikh
b.    Subjek
c.    Tahun/Kelas
d.    Nama Guru
       
Tindakan:Semua Guru

4.10 Penyeliaan P dan P  dan Pelaporan AdaPP (3 kali setiap tahun)
1.    Setiap guru perlu dipantau sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
2.    Semua guru akan dicerap mengkikut jadual cerapan dalam buku pengurusan sekolah. Pencerap ialah Guru Besar, GPK dan Guru Panitia.
3.    Guru Besar, GPK dan Guru Panitia perlu menggunakan borang instrumen pencerapan.
4.    Laporan SPSK semasa pemantauan, guru-guru hendaklah menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai semasa P dan P untuk menarik minat murid.
5.    Guru yang kurang daripada 80% dikehendaki dipantau semula.
6.    Pengisian markah – AdaPP ialah pada Jun dan September.
7.    Hantarkan Buku Latihan/Buku Kerja untuk semakan sebelum dipantau.



Tindakan:Semua Guru

4.11  Kursus KSSR (PBS) Tahun 4/2014
1.    Guru yang telah menghadiri perlu mengadakan Kursus Dalaman sebelum sesi persekolahan dimulakan.
2.    Laporan Kursus Dalaman harus dihantarkan kepada Penyelaras KSSR

Tindakan:Guru KSSR
4.12  Buku Program Transisi Tahun 1/2014

Tindakan:Guru Tahun 1
4.13 Takwim Pentaksiran dan Penilaian Tahun 2014
1.    Tiga kali setahun – Tahun 1 (Program Transisi)
2.    Empat kali setahun – Tahun 2-6
3.    Tahun 6 – Pentaksiran Setara, Percubaan UPSR dan Peperiksaan Awam UPSR.
4.    Takwim Pentaksiran/Penilaian akan diedarkan.
Tindakan:Semua Guru

4.14 Kelas Tambahan Tahun 4,5 dan 6 (2014)
1.    Murid Tahun 4,5 dan 6 terlibat.
2.    Tarikh mula : Minggu ke-2 bulan Januari.
3.    Tahun 6 mata pelajaran UPSR
4.    Tahun 4 dan 5 mata pelajaran Bahasa Malaysia dan BI.
5.    Jadual akan diedarkan kepada para murid.
Tindakan:Guru Tahun 4,5,6

4.15 Galeri Pameran
1.    Sudut MBMMBI/Bacaan.
2.    Kemaskini serta menjaga kebersihan dari semasa ke semasa.
3.    Tambahkan bahan-bahan bacaan yang sesuai.
Tindakan:Semua Guru

4.16 Pertandingan Dalaman (Kurikulum)
1.    Guru yang bertanggungjawab perlu hantarkan dokumen berikut kepada Ketua Panitia:
a.    Laporan PK 01/2, PK 01/3
b.    Hasil karya (jika ada) untuk dipaparkan pada Papan Kenyataan.


Tindakan:Semua Guru
4.17 Guru Pendidikan Visual Seni
1.    Guru PSV Tahun 1 hingga Tahun 6:
a.    Hantar hasil karya lukisan murid kepada Ketua Panitia PSV
2.    Lukisan tersebut boleh dipamerkan di Galeri PSV.
Tindakan:Guru PSV


4.18 Majlis Persaraan
1.    Tarikh bersara (10 Januari 2014 hari Jumaat)
2.    Majlis meraikan persaraan jatuh pada 9 Januari 2014.
3.    Jadual Tugas – Semua guru yang berkaitan harus bergerak bagi tugas
yang ditetapkan.
Tindakan:Semua Guru

4.19 Memeriksa dan menanda buku latihan dan buku kerja.
1.    Guru mesti memeriksa, menanda buku latihan, buku kerja dan kerja rumah murid.
2.    Pastikan murid membuat pembetulan jika perlu.
3.    Pemantauan semakan hasil kerja murid oleh pentadbir akan dijadualkan mengikut jadual dalam buku pengurusan.

Tindakan:Semua Guru


RUMUSAN
Semua guru diharapkan dapat mengikut dan menjalankan tugas dengan baik dan bersungguh-sungguh sepanjang tahun 2014 akan datang.


PENUTUP
a.    Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya adalah pada masa yang akan ditetapkan nanti.
b.    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.











Disediakan  oleh,                                                                               Disemak  Oleh,

..........................................………                                                    ……...............................……….
(________________ )                                                                      (__________________)
Setiausaha                                                                                          GPK 1                        
30 Disember 2013                                                                              SK _______

                                                                                                            30 Disember 2013

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...