Cari Nota Dengan Cepat...!

Saturday, December 26, 2015

Rancangan Pengajaran Tahunan RPT Pendidikan Jasmani PJ Tahun 6 KSSR 2016

Bermula tahun 2016, murid tahun 6 di semua sekolah akan menggunakan silibus PJ Tahun 6 KSSR baharu. Semua guru boleh melihat contoh RPT PJ Tahun 6 KSSR yang diperoleh dari PPD Pasir Gudang, Johor. RPT PJ Tahun 6 KSSR merupakan dokumen penting yang diperlukan oleh guru semasa mengajar Pendidikan Jasmani. Guru boleh mendapatkan dokumen RPT PJ Tahun 6 KSSR dengan klik link di bawah dan muat turun melalui google drive. Format RPT PJ Tahun 6 KSSR ini dalam bentuk Doc.

Rancangan Pengajaran Tahunan RPT PJ Tahun 6 KSSR >>>>  https://drive.google.com/open?id=0B38B5YvhwoJXeEIxb2VsT2VPRDQ

Friday, December 25, 2015

Harga Kawasaki Ninja RR150 Baru di Malaysia

Mungkin ramai yang ingin tahu berapakah harga motosikal Kawasaki Ninja RR150 yang baru. Buat masa sekarang, Kawasaki Malaysia sudah tidak mengeluarkan lagi Kawasaki Ninja RR150 baru. Jadi, untuk membeli Kawasaki Ninja RR150 baru memang tidak boleh. Kedai sudah tidak jual, tiada stok. Pilihan yang ada untuk pembeli adalah Kawasaki Ninja RR150 second hand (terpakai). Namun, terdapat kedai yang masih menjual Kawasaki Ninja RR150 baru tetapi stok sangat terhad dan rare. Tersangat rare! Harga pula sangat tinggi. RM17000...! Fuhhh... Harga asal ialah sekitar RM11000-12000 OTR.


Thursday, December 24, 2015

Top Speed Sebenar Kawasaki RR150 (KIPS 150)

Bila sebut motosikal berkuasa bawah 250cc, kita tidak dapat lari daripada menyebut berapakah top speed motosikal itu. Sejak kemunculan Yamaha 135lc, ramai mengatakan Yamaha 135lc mampu mencapai topspeed sehingga 180kmj. Adakah ia benar? Pengalaman penulis menunggang Yamaha 135lc, ia pernah mencapai bacaan meter 160kmj, namun apabila penulis menguji kelajuan menggunakan gps(lebih tepat), penulis dapati Yamaha 135lc hanya mampu mencapai kelajuan 116-120kmj sahaja (bacaan meter menunjukkan 160kmj).

Jadi, untuk motosikal Kawasaki RR150 2lejang, berapakah topspeed sebenar? Adakah ia boleh mencecah 200kmj dalam kondisi motosikal standard? Mengikut video dibawah, Kawasaki RR150 mampu mencapai top speed sehingga 171kmj menggunakan gps. Ia cukup laju bagi jentera 150cc 2lejang. Tested!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...