Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M.
Sukan ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama dengan upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek).
Boleh dikatakan segenap lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan lain-lain mengambil bahagian.
Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara mengadakan pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota.
Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan stadium sejauh 170meter.
Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol, tinju dan sebagainya.
Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu.
Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke-19.
Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937), seorang Perancis.
Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian.
Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896. Sejak itu, setiap empat tahun sukan ini diadakan.
1 comment:
thanks... =D
Post a Comment